Asas Operasi Injap PCV (PCV Valve)

Injap PCV adalah merupakan injap sehala yang mengawal kadar aliran udara yang keluar dari dalam crankcase yang memasuki intake manifold. Kawalan aliran udara pada injap PCV adalah dengan berpandukan pada kadar vakum pada intake manifold. 


Kadar Bukaan Injap PCV Mengikut Kadar Vakum Pada Intake Manifold
Ketika kadar vakum pada intake manifold adalah tinggi, bukaan pada injap PCV adalah sedikit dan hanya membenarkan aliran udara yang sedikit melepasi injap PCV. Ketika vakum pada intake manifold adalah rendah bukaan pada injap PCV adalah besar dan membenarkan aliran udara yang banyak melepasi injap PCV . Fungsi injap sehala pada Injap PCV adalah bertujuan untuk menyekat laluan aliran udara ketika penghasilan boost pada enjin turbo atau supercharger. Injap pcv akan menutup laluan aliran udara bagi mengelakan aliran udara daripada intake manifold memasuki crankcase yang akan meningkatkan tekanan di dalam crankcase. Injap PCV akan sentiasa membuka laluan aliran udara selagi tekanan pada intake manifold adalah lebih rendah daripada tekanan di dalam crankcase. dan ketika tekanan pada intake manifold adalah lebih tinggi daripada tekanan di dalam crankcase, injap pcv akan menutup laluan aliran udara. Berikut adalah operasi asas injap yang berpandukaan kepada tekanan pada keadaan enjin dan tekanan pada intake manifold.
Injap PCV Ketika Enjin Tidak Beroperasi
Ketika enjin dimatikan tiada vakum yang di hasilkan pada intake manifold dan kedudukan injap PCV adalah berada pada keadaan tertutup sepenuhnya. Ketiadaan vakum pada intake manifold  menyebabkan injap berada pada keadaan tertutup sepenuhnya disebabkan oleh tiada daya vakum yang menarik injap untuk melawan daya tolakan spring. Sekiranya tekanan di dalam crankcase adalah cukup tinggi pada masa ini, ia akan menolak injap pcv untuk terbuka dengan melawan daya tolakan spring injap dan melepaskan aliran udara ke dalam intake manifold.

Injap PCV Ketika Enjin Idling
Ketika enjin berada pada keadaan idling, vakum pada intake manifold adalah tinggi. Vakum yang tinggi ini akan menarik injap jauh kedalam dengan melawan daya tolakan spring pada injap, dimana pada kedudukan ini bukaan injap adalah sedikit yang hanya membenarkan sedikit sahaja aliran udara melalui injap. Tujuan bukaan injap PCV yang kecil dan hanya membenarkan aliran udara yang sedikit ketika idling adalah untuk menyesuaikan aliran udara dari crankcase yang memasuki intake manifold dengan kadar penghasilan gas blowby yang rendah ketika idling. Selain itu ia juga bertujuan untuk menstabilkan idling dan untuk mengelakan kadar campuran bahan api yang rendah (Lean Condition) ketika idling yang boleh mengakibatkan backfire pada intake manifold. 

Injap PCV Ketika Cruising 
Ketika enjin berada pada keadaan cruising, iaitu ketika enjin berada pada kelajuan yang constant di mana tiada penambahan atau pengurangan pada kelajuan dan beban enjin, vakum pada intake manifold adalah pada tahap sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Vakum yang sederhana  ini akan menarik injap pada kedudukan separuh kedalam di mana pada kedudukan ini bukaan injap adalah lebih besar sedikit daripada bukaan injap ketika idling. Bukaan injap yang agak besar ini membolehkan aliran udara yang lebih banyak melalui injap PCV. Tujuan bukaan injap PCV yang sederhana dan hanya membenarkan aliran udara yang sedikit ketika cruising adalah untuk  mengelakan nisbah campuran bahan api yang rendah (Lean Condition) ketika cruising dan menyesuaikan aliran udara dari dalam crankcase yang memasuki intake manifold dengan kadar penghasilan gas blowby yang sederhana  ketika cruising.

Injap PCV Ketika Accelerate
Ketika enjin berada pada keadaan accelerate iaitu ketika pedal minyak di tekan untuk menanbah kelajuan dan penghasilan kuasa enjin, vakum pada intake manifold adalah pada tahap yang rendah. Vakum yang yendah  ini akan menarik injap pada kedudukan sedikit terbuka di mana pada kedudukan ini bukaan pada injap PCV adalah besar iaitu lebih besar daripada bukaan injap ketika cruising. Bukaan yang besar ini akan membenarkan  udara yang lebih banyak melalui injap. Tujuan bukaan yang besar pada injap PCV adalah untuk menyesuaikan aliran udara dengan penghasilan gas blow by yang tinggi ketika enjin berada pada keadaan accelerate.

Injap PCV Ketika Boost Pada Intake Manifold Tinggi
Ketika boost di hasilkan, tekanan dalam intake manifold adalah tinggi. Ketika ini fungsi injap sehala pada injap PCV akan aktif. Fungsi injap sehala pada injap PCV adalah hanya membenarkan aliran udara daripada crankcase mengalir ke intake manifold dan akan menyekat aliran udara dari intake manifold ke dalam crankcase. Ketika ini  injap pcv akan tertutup disebabkan oleh daya tolakan oleh tekanan yang tinggi pada intake manifold. Tujuan utama injap sehala menyekat aliran udara daripada intake manifold memasuki crankcase adalah untuk mengelakan peningkatan tekanan di dalam crankcase.

Injap PCV Ketika Decelerate
Ketika enjin berada pada keadaan decelerate iaitu ketika menurunkan kelajuan enjin dengan melepaskan throtle sepenuhnya, vakum pada intake manifold adalah tinggi, iaitu tinggi sedikit daripada vakum ketika idling. vakum yang tinggi ini akan menarik injap jauh ke dalam di mana pada kedudukan ini bukaan injap adalah sedikit yang hanya membenarkan sedikit sahaja aliran udara melalui injap. Tujuan pembukaan injap yang sedikit ini adalah untuk mempercepatkan penurunan kelajuan enjin. Ia juga bertujuan untuk mengelakan vakum yang tinggi pada intake manifold daripada menarik terlalu banyak udara dari dalam crankcase.

Injap PCV Ketika Pengunaan Brek Enjin
Ketika "engine braking" iaitu penguanaan enjin sebagai brek untuk memperlahankan kenderaan, vakum yang di hasilkan pada intake manifold adalah terlalu tinggi. Penghasilan vakum yang terlalu tinggi ini akan  menarik injap jauh ke dalam, di mana pada kedudukan ini bukaan injap adalah terlalu sedikit yang hanya membenarkan sedikit sahaja aliran udara melalui injap. Ini adalah bertujuan untuk mengelakan vakum yang terlalu tinggi pada intak manifold menyedut udara dari dalam crankcase secara berlebihan yang akan menyebabkan keadaan nisbah campuran bahan api berkurangan (lean mixture).


Injap PCV Ketika Backfire Pada Intake Manifold
Ketika backfire pada intake manifold iaitu keadaan di mana campuran udara dan bahanapi terbakar di dalam intake manifold. Tekanan pada intake manifold adalah tinggi dan ini akan mengaktifkan fungsi injap sehala pada injap PCV, iaitu hanya membenarkan aliran udara daripada crankcase mengalir ke intake manifold dan akan menyekat aliran udara dari intake manifold ke crankcase. Ketika ini injap PCV akan tertutup disebabkan oleh daya tolakan oleh tekanan yang tinggi pada intake manifold. Tujuan utama injap sehala menyekat aliran ini adalah untuk mengelakan bahan api dan udara yang terbakar di dalam intake manifold daripada memasuki crankcase.