Enjin empat lejang (4 Stroke) ialah enjin pembakaran dalaman (Internal Combustion) di mana pergerakan omboh (Piston) melengkapkan empat lejang berasingan semasa memusingkan aci engkol (Crankshaft). Lejang merujuk kepada perjalanan penuh omboh (Piston) di sepanjang silinder iaitu dalam mana-mana arah samada omboh turun atau naik.
Untuk melengkapkan kitaran 4 Lejang aci engkol (Crankshaft) akan berputar sebanyak 2 putaran dan 1 putaran aci sesondol (Camshaft). Asas kitaran 4 lejang adalah seperti berikut:
1. Lejang Masukan (Intake Stroke)
Lejang Masukan atau lebih dikenali sebagai Pengambilan. Pada lejang masukan (Intake Stroke) omboh akan bergerak kebawah bermula di pusat mati atas (T.D.C.) dan berakhir di pusat mati bawah (B.D.C.). Dalam lejang ini injap pengambilan (Intake Valve) berada dalam kedudukan terbuka dan omboh menarik campuran udara-bahan api ke dalam silinder dengan menghasilkan tekanan vakum ke dalam silinder ketika omboh bergerak ke bawah.
2. Lejang Mampatan (Compression Stroke)
Pada lejang mampatan (Compression Stroke) Injap Ekzos dan masukan adalah tertutup dan Omboh akan bergerak ke atas daripada pusat mati bawah (B.D.C) sehingga pusat mati atas (T.D.C). Pergerakan Omboh ke atas ini adalah bertujuan untuk memampatkan campuran udara-bahan api di dalam silinder sehingga ke ruang pembakaran.
3. Lejang Kuasa (Power Stroke)
Lejang kuasa Juga dikenali sebagai lejang pembakaran atau pencucuhan. Ini adalah permulaan revolusi (Putaran) kedua kitaran empat lejang. Pada ketika ini aci engkol (Crankshaft) telah menyelesaikan revolusi 360 darjah penuh. Semasa omboh berada di pusat mati atas (T.D.C). (penghujung lejang mampatan) campuran udara-bahan api yang telah dimampatkan dinyalakan oleh palam pencucuh. Haba dan tekanan yang terhasil daripada campuran udara-bahan api yang terbakar memaksa omboh ke bawah silinder dengan kuat dan mengembalikan omboh kepada pusat mati bawah (B.D.C).
4. Lejang Ekzos (Exhaust Stroke)
Semasa lejang ekzos, omboh akan bergerak ke atas iaitu dari titik mati bawah (B.D.C) ke titik mati atas (T.D.C). Pada ketika ini injap ekzos terbuka. Pergerakan omboh ke atas ini menolak dan mengeluarkan gas yang terhasil daripada pembakaran didalam silinder ke saluran ekzos.
Animasi Kitaran 4 Lejang