Simptom Kerosakan Pada PCV Valve

Injap PCV perlu diselengara atau diganti mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan. Injap PCV yang digunakan melebihi jangkamasa yang telah ditetapkan dikhuatiri tidak beroperasi pada tahap yang optimum. Selain itu Injap PCV yang digunakan melebihi jangkamasa pengunaan yang ditetapkan mungkin telah mengalami kerosakan dan hanya menunjukan simptom yang kecil dan tidak disedari. Masalah utama pada Injap PCV yang digunakan melebihi jangkamasa yang ditetapkan adalah kekuatan spring injap / plunger menurun mengakibatkan kawalan aliran udara berubah dan tidak menentu. Selain itu pembentukan mendapan sludge pada injap boleh mengakibatkan pelbagai masalah antaranya adalah injap tersekat pada kedudukan tertentu dan saluran injap tersumbat. 

Pada enjin yang mengunakan Sistem Kawalan Eletronik, Sedikit kerosakan pada Injap PCV kebiasanya tidak akan menunjukan sebarang simptom. Ini adalah disebabkan oleh Unit Kawalan Enjin (ECU) akan membuat pelbagai pelarasan bagi memastikan enjin beroperasi pada keadaan normal. Sebagai contoh ketika idling sekiranya Injap PCV tersekat pada bukaan yang besar dan membenarkan aliran udara yang banyak. Unit Kawalan Enjin (ECU) akan membuat pelarasan dengan mengawal kadar aliran udara memasuki intake manifold melalui Idle Air Control Valve (IACV) untuk menstabilkan idling. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk sekiranya pergerakan bukaan dan tutup Injap PCV tersekat atau kurang lancar. Idle Air Control Valve (IACV) akan beroperasi secara berterusan untuk menstabilkan idling dan boleh memendekkan jangkahayat Idle Air Control Valve (IACV). Pada enjin yang menggunakan Sistem Kawalan Eletronik, simptom kerosakan hanya akan muncul ketika kerosakan pada Injap PCV telah sampai pada tahap yang serius. Oleh itu Injap PCV harus diselengara atau diganti apabila sampai jangkamasa pengunaan yang ditetapkan walaupun tidak menunjukan sebarang simptom kerosakan.

Kerosakan pada Injap PCV mengeluarkan berbagai simptom yang berbeza bergantung kepada kerosakan atau masalah pada Injap PCV. Antara masalah dan simptom mengikut masalah dan kerosakan pada Injap PCV adalah seperti berikut.

Saluran Injap PCV Tersumbat Atau Injap PCV Tersekat Pada Bukaan Kecil.
Injap PCV dan hose saluran pengudaraan kebiasaannya tersumbat akibat pengumpulan mendapan sludge pada hose atau didalam Injap PCV. mendapan sludge yang terkumpul didalam Injap PCV juga boleh mengakibatkan Injap / Plunger tersekat.

Injap PCV yang tersumbat atau tersekat pada bukaan kecil biasanya akan menyebabkan perumah atau saluran penapis udara di penuhi dengan minyak pelincir. Ini adalah di sebabkan oleh aliran pengudaraan crankcase akan keluar melalui saluran penapis udara yang merupakan saluran masuk udara ke dalam crankcase. Bagi enjin yang dilengkapi dengan sensor tekanan di dalam crankcase. Unit Kawalan Enjin akan menggeluarkan amaran berupa lampu Check Engine (CEL) disebabkan tekanan di dalam crankcase tidak normal. Injap PCV yang tersumbat atau tersekat pada bukaan kecil juga akan mengakibatkan kualiti minyak pelincir cepat menurun dan meningkatkan pembentukan mendapan sludge di dalam crankcase disebabkan oleh kandungan gas blowby yang tinggi di dalam crankcase  akibat dari pengudaraan cranckase yang tidak lancar.

Injap PCV Tersekat Pada Bukaan Besar
Injap PCV tersekat pada bukaan yang besar biasanya di sebabkan oleh injap / plunger tersekat pada kedudukan bukaan besar di sebabkan oleh mendapan sludge. Selain itu spring pada Injap PCV yang lemah atau patah juga boleh mengakibatkan Injap PCV tersekat pada bukaan yang besar.

Injap PCV yang tersekat pada bukaan besar kebiasaannya akan menjejaskan idling. Idling akan tinggi daripada normal dan bagi kenderaan yang mengunakan sistem kawalan eletronik kebiasaannya idling akan tinggi apabila  IACV tidak mampu menstabilkan idling mengakibatkan kelajuan idling menjadi lebih tinggi daripada normal. Terdapat juga sesetengah enjin yang mengunakan Sistem Kawalan Eletronik akan mengeluarkan amaran berupa Lampu Check Engine (CEL) disebabkan oleh Unit Kawalan Enjin gagal mengawal idling pada kelajuan normal. Selain itu ia juga akan mengakibatkan missfire terutamanya ketika idling disebabkan nisbah campuran bahanapi yang berkurangan (Lean Mixture). 

Selain itu, Injap PCV yang tersekat pada bukaan besar juga akan menyebabkan penurunan kuasa yang di hasilkan oleh enjin kerana aliran pengudaraan yang berlebihan dari crankcase yang memasuki intake manifold akan mengakibatkan keadaan (Lean Mixture) dimana nisbah campuran bahan api adalah rendah yang boleh menyebabkan berlakunya knocking dan detonation pada masa tertentu. Pada sesetengah enjin keadaan ini akan mengakibatkan Unik Kawalan Enjin (ECU) menggeluarkan amaran dengan menyalakan lampu Check Engine CEL kerana kegagalan ECU mengekalkan kadar campuran udara dan bahanapi yang telah ditetapkan pada ECU. Kebiasaannya apabila diimbas dengan pengimbas (Scan Tool) ECU akan mengeluarkan Error Code bagi Oxygen Sensor, MAP Sensor atau MAF Sensor bermasalah akibat kegagalan enjin mengekalkan nisbah campuran udara dan bahanapi yang di tetapkan pada Unit Kawalan Enjin. Selain itu, Injap yang tersekat pada bukaan besar juga akan menigkatkan penggunaan minyak pelincir yang banyak disebabkan oleh kadar aliran udara yang tinggi pada Sistem Pengudaraan Cranckase .  

Kebocoran Vakum Pada Injap PCV.
Kebocoran vakum pada Injap PCV biasanya berpunca daripada keretakan pada Injap PCV, selain itu kebocoran pada hose atau seal Injap PCV juga boleh mengakibatkan kebocoran vakum. Bagi Injap PCV yang menggunakan diaphargm biasanya kerosakan pada diaphragm atau perumah injap adalah merupakan antara punca utama kebocoran vakum. Kebocoran vakum biasanya mudah dikesan kerana ianya akan mengeluarkan bunyi ketika idling.

Kebocoran vakum pada Injap PCV biasanya akan mengakibatkan kelajuan idling menjadi lebih tinggi daripada normal. Terdapat juga sesetengah enjin yang mengunakan sistem kawalan eletronik akan mengeluarkan amaran dengan menyalakan lampu Check Engine (CEL) disebabkan Unit Kawalan Enjin gagal mengawal idling pada kadar normal. Selain itu kebocoran vakum juga akan mengakibatkan missfire terutamanya ketika idling. 

Selain itu, kebocoran vakum juga mengakibatkan penurunan kuasa yang di hasilkan oleh enjin kerana aliran udara yang berlebihan yang memasuki intake manifold akan mengakibatkan keadaan (Lean Mixture) dimana nisbah campuran bahan api adalah rendah yang boleh menyebabkan berlakunya knocking dan detonation pada masa tertentu. Pada sesetengah enjin keadaan ini akan mengakibatkan Unik Kawalan Enjin (ECU) menggeluarkan amaran dengan menyalakan lampu Check Engine CEL kerana kegagalan ECU mengekalkan kadar campuran udara dan bahanapi yang telah ditetapkan pada ECU. Kebiasaannya apabila diimbas dengan pengimbas (Scan Tool) ECU akan mengeluarkan Error Code bagi Oxygen Sensor, MAP Sensor atau MAF Sensor bermasalah akibat kegagalan enjin mengekalkan nisbah campuran udara dan bahanapi yang di tetapkan pada Unit Kawalan Enjin.

Selain itu kebocoran vakum pada Injap PCV juga akan menyebabkan perumah atau saluran penapis udara di penuhi dengan minyak pelincir. Ini adalah di sebabkan oleh aliran pengudaraan crankcase akan keluar melalui saluran penapis udara yang merupakan saluran masuk udara ke dalam crankcase. Ia juga  mengakibatkan kualiti minyak pelincir menurun dengan cepat dan meningkatkan pembentukan mendapan sludge di dalam crankcase disebabkan oleh kandungan gas blowby yang tinggi di dalam crankcase akibat dari pengudaraan cranckase yang tidak lancar.

Spring Pada Injap PCV terlalu lemah
Spring injap yang lemah adalah disebabkan oleh pengunaan Injap PCV yang melebihi jangkamasa yang ditetapkan. Kekuatan spring injap akan menurun dari semasa ke semasa kerana terdedah kepada suhu panas dan wap air. Selain Itu spring yang tidak berkualiti yang digunakan pada injap juga adalah merupakan punca utama spring menjadi lemah.

Spring injap yang terlalu lemah menyebabkan kadar aliran udara pada Sistem Pengudaraan Crankcase menjadi tidak menentu. Kebiasaannya bukaan injap adalah terlalu kecil ketika idling mengakibatkan pengumpulan minyak pada perumah penapis udara. Selain itu, bukaan injap yang terlalu besar ketika cruising mengakibatkan campuran udara dan bahanapi menjadi rendah dan boleh mengakibatkan Knocking dan Detonation ketika accelerate atau ketika enjin beroperasi dengan beban yang tinggi. Pada sesetengah enjin keadaan ini akan mengakibatkan Unik Kawalan Enjin (ECU) menggeluarkan amaran dengan menyalakan lampu Check Engine (CEL) disebabkan kegagalan ECU mengekalkan kadar campuran udara dan bahanapi yang telah ditetapkan pada Unit Kawalan Enjin. Kebiasaannya apabila diimbas dengan pengimbas (Scan Tool) ECU akan mengeluarkan Error Code bagi Oxygen Sensor, MAP Sensor atau MAF Sensor bermasalah akibat kegagalan enjin mengekalkan nisbah campuran udara dan bahanapi yang di tetapkan pada Unit Kawalan Enjin. 

Fungsi Injap Sehala Pada Injap PCV tidak berfungsi
Fungsi injap sehala pada Injap PCV  biasanya tergangu akibat mendapan sludge yang berkumpul pada bahagian Injap Sehala yang menyebabkan injap tidak dapat berada pada kedudukan tertutup sepenuhnya.
 
Kegagalan fungsi Injap sehala pada Injap PCV hanya akan menunjukan simptom pada enjin turbo atau supercharger sahaja. Kegagalan fungsi injap sehala akan mengakibatkan tekanan didalam crankcase meningkat disebabkan oleh aliran udara yang bertekanan tinggi dari intake manifold ketika boost dihasilkan memasuki crankcase. Tekanan yang tinggi di dalam crankcase akan mengakibatkan kebocoran pada seal dan gasket. Kebiasaanya tolok penyukat minyak pelincir (Dipstick) akan tertolak keluar di sebabkan oleh tekanan yang tinggi di dalam crankcase. Selain itu minyak pelincir di dalam crankcase akan berkurangan dengan cepat dan memenuhi perumah penapis udara, turbo dan intercooler di sebabkan kadar aliran udara pada Sistem Pengudaraan Crankcase yang terlalu tinggi.