RON bermaksud "Research Octane Number" adalah penarafan kandungan Octane pada petrol yang dilakukan dengan menguji petrol pada enjin khas pada kelajuan dan suhu yang rendah. Kandungan Octane ini adalah sebagai "antiknock" iaitu bahan yang menstabilkan petrol supaya tidak terbakar dengan sendirinya ketika campuran udara dan petrol dimampatkan di dalam silinder. Semakin tinggi nilai Octane pada Petrol maka semakin stabil Petrol tersebut dan semakin tinggi tekanan dan suhu yang boleh dikenakan pada campuran udara dan Petrol ketika dimampatkan di dalam silinder tanpa menyebabkan campuran udara dan petrol terbakar disebabkan oleh tekanan dan suhu yang tinggi ketika dimampatkan.
Petrol RON 95 Dan RON97
Selain RON "Research Octane Number" Terdapat juga penarafan lain yang digunakan untuk penarafan Petrol yang di gunakan pada enjin automotif. Antaranya penarafan yang biasa digunakan adalah MON "Motor Octane Number". Penarafan MON dilakukan dengan menguji Petrol pada enjin khas dengan kelajuan dan suhu yang lebih tinggi daripada RON. Selain itu AKI yang bermaksud "Anti Knock Index" juga digunakan untuk penerafan Petrol. AKI adalah nilai purata antara RON dan MON. Untuk mendapatkan nilai AKI, pengiraan adalah seperti berikut (RON + MON) / 2. AKI juga dikenali sebagai PON "Pump Octane Number" dan penarafan ini digunakan di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat.
Angaran Perbandingan Antara RON, MON, AKI / PON
Nilai RON tidak menunjukan nilai tenaga yang terkandung pada Petrol. Tenaga yang terkandung pada Petrol yang mempunyai penarafan RON yang berbeza adalah hampir sama antara satu sama lain. Nilai RON hanya merujuk pada kadar kestabilan Petrol. Semakin tinggi nilai RON maka Petrol tersebut boleh di katakan semakin stabil.
Petrol yang stabil boleh di mampatkan pada tekanan dan suhu yang tinggi dengan selamat tanpa mengakibatkan "Pre Ignition" ketika di mampatkan. Selain itu Petrol yang stabil membolehkan penggunaan masa pencucuhan (Ignition Timing) yang optimum dengan selamat tanpa mengakibatkan Knocking dan Detonation. Masa pencucuhan yang optimum ini membolehkan enjin menghasilkan lebih kuasa dan pengunaan petrol yang lebih efisyen.
Bagi enjin yang beroperasi dengan kadar mampatan yang tinggi seperti enjin turbo, supercharger dan enjin aspirasi normal yang direka dengan kadar mampatan yang tinggi. Pengunaan Petrol haruslah mengikut nilai RON yang di tetapkan oleh pengeluar. Iaitu tidak menggunakan nilai RON yang lebih rendah daripada yang ditetapkan oleh pengeluar. Ini adalah bertujuan supaya enjin dapat beroperasi pada tahap yang optimum serta mengelakan berlakunya Pre-Ignition, Knocking dan Detonation yang boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada enjin.
Terdapat juga sesetengah enjin automotif yang mengunakan masa penalaan (Ignition Timing) yang optimum dan memerlukan pengunaan Petrol yang mempunyai kadar RON yang tinggi bagi membolehkan enjin tersebut beroperasi pada tahap yang optimum dengan pengunaan petrol yang efisyen. Pengunaan Petrol yang mempunyai kadar RON yang rendah pada enjin ini akan menyebabkan enjin tidak dapat beroperasi pada tahap yang optimun dan akan menyebabkan pengunaan petrol menjadi kurang efisyen. Ini adalah disebabkan oleh unik kawalan enjin akan melambatkan masa pencucuhan dan tidak menggunakan masa pencucuhan yang optimum disebabkan oleh Knocking dan Detonation yang diakibatkan oleh pengunaan Petrol yang mempunyai kadar Octane yang rendah ketika pengunaan masa pencucuhan (Ignition Timing) yang optimum.
Selain daripada rekaan enjin terdapat berberapa faktor lain yang mempengaruhi keperluan kadar RON pada Petrol. Antaranya adalah suhu udara, kadar kelembapan udara dan altitude. Semakin tinggi suhu udara dan semakin rendah kadar kelembapan pada udara memerlukan pengunaan Petrol yang mempunyai kadar RON yang tinggi. Selain itu di kawasan tanah rendah keperluan kadar RON adalah tinggi manakala di kawasan tanah tinggi keperluan kadar RON adalah rendah. Ini adalah di sebabkan oleh ketumpatan udara yang rendah di kawasan tanah tinggi yang mengakibatkaan peningkatan campuran bahan api pada udara (Rich Fuel Mixture) yang meningkatkan kestabilan Petrol ketika di mampatkan.
Pengunaan Petrol RON 95 adalah sesuai untuk enjin yang direka bagi menggunakan Petrol RON 95 dan kebawah. Bagi enjin yang direka untuk mengunakan Petrol dari RON yang lebih tinggi, Pengunaan Petrol RON 95 adalah tidak sesuai dan boleh mengakibatkan berlakunya Pre-Ignition, Knocking dan Detonation yang boleh mengakibatkan kerosakan yang serius kepada enjin. Selain itu bagi enjin mampatan rendah yang mengunakan sistem kawalan pencucuhan eletronik. Unit Kawalan Enjin (ECU) akan melambatkan masa pencucuhan dan tidak menggunakan masa pencucuhan yang optimum disebabkan oleh Knocking dan Detonation yang diakibatkan oleh pengunaan Petrol yang mempunyai kadar Octane yang rendah. Terdapat Sesetengah unit kawalan enjin akan menyuntik lebih petrol disamping melambatkan masa pencucuhan bagi mengatsai masalah Knocking dan Detonation. Ini akan menyebabkan enjin tidak dapat beroperasi pada tahap yang optimum dan mengakibatkan pengunaan petrol yang kurang efisyen. Keadaan ini akan bertambah teruk ketika cuaca panas dan ketika berada di kawasan altitude rendah.
Pengunaan Petrol RON 97 adalah sesuai untuk enjin yang direka bagi menggunakan Petrol RON 97 dan kebawah. Bagi enjin yang direka untuk mengunakan Petrol RON yang lebih rendah, pengunaan RON 97 membolehkan sesetengah enjin menggunakan masa pencucuhan yang optimum dan beroperasi pada tahap yang optimum pada masa tertentu ketika masa pencucuhan yang optimum tidak dapat digunakan di sebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya ketika cuaca panas dan ketika berada di kawasan tanah rendah. Bagi enjin yang dirasakan menghasilkan kuasa yang berkurangan ketika cuaca panas dan mengeluarkan bunyi pinging ketika accelerate boleh memanafaatkan pengunaan Petrol RON 97 ketika cuaca panas bagi mengatasi masalah tersebut.
Pengunaan Petrol RON 100 adalah sesuai untuk enjin yang direka bagi menggunakan Petrol RON 100 dan ke bawah. Bagi enjin yang direka untuk mengunakan Petrol RON yang lebih rendah, pengunaan RON 100 membolehkan sesetengah enjin menggunakan masa pencucuhan yang optimum dan beroperasi pada tahap yang optimum pada masa tertentu ketika masa pencucuhan yang optimum tidak dapat digunakan di sebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya ketika cuaca panas dan ketika berada di kawasan tanah rendah. Bagi enjin yang dirasakan menghasilkan kuasa yang berkurangan ketika cuaca panas dan mengeluarkan bunyi pinging ketika accelerate boleh memanafaatkan pengunaan Petrol RON 100 ketika cuaca panas bagi mengatasi masalah tersebut.