Penapis Udara Kabin Biasa Dan Penapis Udara Kabin Activated Carbon
Activated Charcoal adalah berbeza dengan arang biasa. Walaupun rupanya adalah sama seperti arang biasa namun Activated Charcoal mempunyai banyak kelebihan berbanding arang biasa. Activated Charcoal dihasilkan melelui proses Pyrolysis iaitu bahan organik seperti buluh dan tempurung kelapa yang digunakan untuk menghasilkan Activated Charcoal dipanaskan pada suhu yang tinggi pada ruangan yang tidak mengandungi oksigen dalam jangkamasa tertentu sehingga Activated Charcoal dihasilkan.
Activated Charcoal Dalam Bentuk Butir Dan Serbuk
Kelebihan utama penapis udara kabin yang mengandungi Activated Charcoal adalah kemampuannya untuk menyerap bahan pencemar yang merbahaya dan bersifat toksik yang terkandung di dalam udara. Sesuai dengan pengunaan pada kabin kenderaan dimana kandungan bahan pencemar pada udara adalah tinggi di jalanraya yang kebanyakannya adalah daripada gas ekzos kenderaan.
Asap Lori Yang Merupakan Antara Penyumbang Kepada Pencemaran Udara
Selain itu Activated Charcoal juga mampu menyerap bakteria dan spora kulat yang terkandung di dalam udara. Ini adalah bermanafaat untuk kesihatan terutamanya bagi individu yang mempunyai masalah seperti alahan dan penyakit lelah.
Walaupun kandungan Activated Charcoal pada penapis udara kabin adalah sedikit, namun ia mampu menyerap bahan pencemar dalam kuantiti yang banyak. Menurut kajian yang dijalankan, kadar penyerapan Activated Charcoal adalah bersamaan dengan luas permukaannya iaitu 1 gram activated carbon mempunyai luas permukaan sebesar 1000 meter persegi.
Activated Charcoal telah lama digunakan untuk berbagai tujuan. Pengunaan paling lama yang direkodkan adalah pada tahun 3750 sebelum masihi, iaitu digunakan oleh orang mesir pada ketika itu untuk proses menghasilkan tembaga. Pengunaannya terus berkembang untuk pelbagai kegunaan dari menghilangkan bau, perubatan dan digunakan untuk merawat air.
Activated Charcoal mula digunakan sebagai bahan penapis udara ketika perang dunia pertama. Pada tahun 1915, ahli kimia Russia yang bernama Nikolay Zelinsky telah menggunakan Activated Charcoal sebagai bahan pembersih udara pada topeng gas yang digunakan dalam peperangan. Ianya merupakan bahan penapis yang paling berkesan untuk membersihkan udara yang mengandungi gas beracun yang digunakan dalam peperangan pada waktu itu.
Topeng Gas Untuk Orang Awan German Yang Di Gunakan Pada Perang Dunia Ke-2 Yang Menggunakan Activated Charcoal Sebagai Bahan Penapis
Activated Charcoal adalah bahan yang selamat untuk digunakan. Kini ia banyak di gunakan dalam pelbagai sektor antaranya adalah pertanian. Pada sektor pertanian Activated Charcoal yang lebih dikenali sebagai Biochar digunakan secara meluas terutamanya untuk merawat tanah pertanian. Activated Charcoal juga digunakan secara meluas dalam proses merawat air kerana kemampuannya menyerap bahan pencemar dan toxin. Dengan kemampuannya menyerap bahan pencemar yang bersifat toksin dan ianya tidak diserap oleh tubuh serta tidak memudaratkan tubuh badan. Activated Charcoal turut di gunakan dalam bidang perubatan terutamanya untuk merawat keracunan makanan. Activated Charcoal dalam bentuk tablet kini mudah di dapati di farmasi dan sangat berkesan untuk merawat keracunan makanan. Activated Charcoal dalam bentuk tablet yang diambil akan menyerap semua bahan pencemar dan toxin di dalam usus bagi membersihkan usus daripada bahan pencemar dan toksin untuk mengelakan bahan pencemar dan toxin di serap oleh usus. Activated Charcoal yang teleh menyerap semua bahan pencemar dan toksin akan keluar dari usus bersama dengan najis.
Tablet Activated Charcoal Yang Digunakan Sebagai Penyerap Toksin
Sifat menyerap bahan pencemar pada Activated Charcoal menyebabkan jangkamasa penggunaan Penapis Udara Kabin yang mengandungi Activated Charchoal adalah agak rendah berbanding dengan penapis udara biasa iaitu hanya 15,000 KM ataupun setelah digunakan selama 1 tahun yang mana terdahulu. Ini adalah disebabkan kadar penyerapan Activated Charcoal yang semakin berkurangan kerana telah menyerap terlalu banyak bahan pencemar dan Activated Charcoal telah mengandungi banyak bahan pencemar dan toksin dan perlu di gantikan. Jangkamasa pengunaan adalah semakin berkurangan sekiranya di gunakan di kawasan yang tahap pencemarannya adalah tinggi
Penggunaan penapis udara kabin yang mengandungi Activated Carbon dapat meningkatkan kualiti udara di dalam kabin kenderaan dengan mengurangkan pencemaran udara di dalam kabin. Ini adalah perlu bagi kenderaan kerana sentiasa beradar di jalanraya dimana tahap pencemaran udara adalah tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan terutamanya bagi bayi, kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung dan bayi dalam kandungan.