Mitos tidak mengunakan thermostat atau buang thermostat.

Terdapat sesetengah pomen atau mekanik yang menyarankan untuk buang thermostat atau tidak perlu mengunakan thermostat konon nya enjin akan beroperasi dengan lebih sejuk dan dapat mengelakan masalah overheat. Sebenarnya  tidak mengunakan thermostat akan mendatangkan lebih banyak kesan negatif.
Kesan negatif yang pertama adalah enjin akan lambat panas. Proses warm up enjin akan mengambil masa yang terlalu lama. Ini kerana aliran air terlalu laju dari block enjin dan disejukan oleh radiator dengan cepat mengakibatkan enjin lambat panas atau lambat mencapai suhu operasi yang ditetapkan.
Kesan negatif yang kedua adalah suhu enjin turun naik secara mendadak. Ketika jalan jam atau kenderaan berhenti suhu enjin akan naik mengikut tahap fan switch. Setelah kenderaan bergerak suhu enjin akan turun secara mendadak kerana alitran udara yang banyak melalui radiator akan menyerap haba dari radiator mengakibatkan suhu turun secara mendadak. Ini mempunyai banyak kesan yang negatif kepada enjin kerana setiap enjin direka untuk beroperasi pada suhu yang ditetapkan. Selain itu seperti yang anda sedia maklum logam mengembang apabila di panaskan. Tahap pengembangan logam adalah mengikut tahap kepanasan dan penurunan suhu secara mendadak boleh mengakibatkan keretakan (crack).
Kesan negatif yang ketiga adalah enjin akan beroperasi pada rich mixture mode. Rich mixture mode atau warm up mode atau lebih dikenali sebagai auto choke. Ini adalah mode dimana enjin mengunakan banyak bahan api untuk memanaskan enjin dengan cepat. Bagi kenderaan lama yang mengunakan karburetor, injap thermostat auto choke akan sentiasa terbuka selagi enjin tidak mencapai suhu operasi yang ditetapkan dan akan mengakibatkan pengunaan petrol yang banyak. Untuk kenderaan baru pula sensor cooling water tempereture akan menghantar isyarat ke ECU dan ECU akan memproses isyarat tersebut dan akan menjalankan enjin mengunakan rich micture mode. Ini  kerana ECU di program untuk menjalankan enjin pada rich micture mode sehingga enjin mencapai suhu operasi yang telah di tetapkan. Selain pengunaan petrol yang banyak atau tidak efisyen rich mixture mode juga menghasilkan pembakaran yang kurang lengkap dan menghasilkan karbon yang boleh memendekan jangkahayat spark plug dan oxygen sensor.
Buang thermostat adalah perkara yang perlu di jauhi walaupun untuk enjin yang telah di ubahsuai. Bagi injin yang telah di ubah suai biasanya akan mengunakan thermostat yang suhu bukaan nya rendah sedikit daripada thermostat asal. Biasanya perbezaan suhunya tidak melebihi 8 darjah celcius.
Untuk mengelakan masalah thermostat jam dan overheat tukar thermostat pada waktu yang ditetapkan iaitu setiap 100,000 km atau 5 tahun sekali.