Minyak Pelincir Tiruan

Terdapat banyak minyak pelincir tiruan di pasaran. Amat sukar untuk membezakan antara minyak pelincir tiruan dengan yang asli kerana bungkusan, botol dan label adalah 99% sama. Hanya kualiti minyak sahaja yang berbeza. Terdapat segelintir peniaga mengambil peluang mengaut keuntungan yang banyak dengan menjual minyak pelincir tiruan.
Minyak pelincir tiruan kebanyakannya adalah dari  minyak pelincir yang di kitar semula atau minyak gred rendah. Pengunaan minyak pelincir tiruan boleh mengakibatkan kerosakkan yang teruk kepada enjin. Ia juga boleh memendekan jangkahayat enjin.
Tanda-tanda pengunaan minyak pelincir tiruan adalah enjin terasa kurang lancar, bunyi enjin agak kasar, peningkatan pengunaan bahan api, enjin terasa berat dan ekzoz mengeluarkan asap putih pada rpm tinggi. Selain itu minyak pelincir tiruan mempunyai jangkahayat yang pendek, enjin menjadi semakin berat, tidak lancar dalam jangkamasa yang singkat. Sekiranya anda merasakan tanda- tanda tersebut segeralah tukar minyak pelincir kenderaan anda kerana dikhuatiri anda telah mengunakan minyak pelincir tiruan yang boleh merosakan enjin.
Antara cara untuk memastikan anda mendapat minyak pelincir yang tulen adalah dengan membeli minyak pelincir dari stesen minyak seperti shell dan petronas atau melalui penjual yang di percayai. Selain itu hantar kenderaan anda untuk di servis di pusat servis yang di iktiraf (Authorise Service Centre) atau bengkel kereta / pomen yang dipercayai.