Adjustable Fuel Pressure Regulator
Panduan Pemasangan Manual Boost Controller
Manual boost controller merupakan komponen yang digunakan untuk meningkatkan kadar penghasilan boost oleh turbocharger. Cara manual boost controler berfungsi adalah dengan mengurangkan kadar tekanan yang di salurkan ke wastegate actuator untuk menghadkan bukaan injap wastegate bagi membolehkan turbo menghasilkan boost yang lebih tinggi.
Sebagai contoh. Bagi wastegate yang ditetapkan untuk mengawal penghasilan boost pada kadar maksimum 0.5 bar dengan pengunaan manual boost controller tekanan yang di salurkan ke wastegate di kurangkan bagi membolehkan wastegate membenarkan penghasilan boost yang lebih tinggi. Sebagai contoh ketika turbo menghasilkan boost 0.8 bar tekanan yang di salurkan ke wastegate hanya 0.5 bar.
Manual boost controller terdiri daripada 2 jenis iaitu boost controller yang di pasang pada ruangan enjin dan boost controller yang di pasang didalam kabin kenderaan di mana kadar boost yang di hasilkan boleh di kawal dari dalam kabin kenderaan.
Berikut adalah panduan penyambungan boost controller yang berdasarkan daripada panduan pemasangan Manual Boost Controller yang di keluarkan oleh Turbosmart.

Komponen Dalaman Manual Boost Controller (Turbosmart)
Petrol RON 95, RON97 Dan RON 100
RON bermaksud "Research Octane Number" adalah penarafan kandungan Octane pada petrol yang dilakukan dengan menguji petrol pada enjin khas pada kelajuan dan suhu yang rendah. Kandungan Octane ini adalah sebagai "antiknock" iaitu bahan yang menstabilkan petrol supaya tidak terbakar dengan sendirinya ketika campuran udara dan petrol dimampatkan di dalam silinder. Semakin tinggi nilai Octane pada Petrol maka semakin stabil Petrol tersebut dan semakin tinggi tekanan dan suhu yang boleh dikenakan pada campuran udara dan Petrol ketika dimampatkan di dalam silinder tanpa menyebabkan campuran udara dan petrol terbakar disebabkan oleh tekanan dan suhu yang tinggi ketika dimampatkan.
Injap PCV Dua Aliran Boleh Laras (Dual Flow Adjustable PCV Valve)
Oil Catch Tank
Oil catch tank adalah tangki perangkap minyak yang dipasang pada Sistem Pengudaraan Crankcase . Oil catch tank bukanlah componen wajib pada sistem pengudaraan crankcase. Ini adalah kerana sistem pengudaraan crankcase telah di lengkapi dengan pengasing minyak dan udara yang dikenali sebagai PCV Oil Separator.
Oil mist boleh dirujuk sebagai minyak pelincir yang masih dalam bentuk cecair pada titisan yang bersaiz halus yang terkandung didalam udara. Ia masih dalam bentuk cecair iaitu minyak dan saiz titisan minyak tersebut biasanya adalah antara 0.5 hingga 10 mikron atau lebih
Tujuan pemasangan oil catch tank adalah untuk menambah baik sistem pengudaraan crankcase supaya enjin dapat beroperasi dengan lebih bersih, efisyen dan cekap. Pembakaran wap bahan api yang tidak terbakar sepenuhnya yang merupakan kandungan utama dalam gas blowby dan wap minyak pelincir mengakibatkan penurunan tahap kecekapan proses pembakaran di ruang pembakaran yang akan menjejaskan penghasilan kuasa. Selain itu sekiranya terlalu banyak wap minyak pelincir di bakar didalam ruang pembakaran pada satu masa, pembakaran tersebut akan menghasilkan karbon yang akan membentuk mendapan karbon (carbon deposit) pada ruang pembakaran dan saluran injap. Walaupun wap minyak pelincir dan oil mist yang masuk ke ruang pembakaran secara tidak langsung akan menjadi pelincir untuk gelang mampatan (compression ring). Pelinciran tersebut adalah tidak di perlukan kerana bahagian tersebut telah mendapat pelinciran yang cukup dan tidak memerlukan pelinciran tambahan.
Begitu juga dengan Penghasilan wap minyak pelincir juga akan bertambah ketika enjin menghasilkan kuasa tinggi. Ini adalah kerana suhu komponen dalaman turut meningkat ketika penghasilan kuasa tinggi. Dengan meningkat penghasilan gas blowby dan wap minyak pelincir maka akan semakin banyak wap minyak dari enjin menuju ke ruang pembakaran.
Selain itu pengunaan brek enjin (engine brake) boleh mengakibatkan penghasilan oil mist yang banyak di dalam crankcase. Brek enjin boleh di rujuk sebagai pengunaan enjin untuk memperlahankan kenderaan dengan tidak menekan minyak atau menurunkan gear ke gear rendah untuk memperlahankan kenderaan. Ketika pengunaan brek enjin, vakum yang di hasilkan dalam silinder adalah tinggi dan ini akan menarik minyak pelincir yang banyak di antara gelang omboh (piston ring) dan kemudian ketika proses mampatan, gas blowby yang di hasilkan akan menyebabkan lapisan minyak tersembur seperti semburan penyembur aeresol. Pada ketika ini kandungan oil mist di dalam crankcase adalah tinggi dan akan mengikuti aliran udara keluar dari crankcase. Semakin kerap pengunaan brake enjin maka semakin banyak oil mist yang di hasilkan dan disalurkan ke ruang pembakaran.
Walaupun setiap enjin dilengkapi dengan pengasing minyak dan udara (PCV Oil Separator). Kadar pengasingan oil mist, wap minyak pelincir dan udara adalah tidak 100 peratus. Iaitu masih terdapat oil mist dan wap minyak yang melepasi pengasing dan menuju ke ruang pembakaran. Ini adalah kerana sistem pengasingan ini direka dengan kedar kecekapan yang sekadar mencukupi untuk memerangkap oil mist dan wap minyak pelincir dan mengembalikannya ke dalam crankcase. Sekiranya sistem ini direka dengan kadar kecekapan yang terlalu tinggi. Wap bahanapi yang tidak terbakar sepenuhnya akan turut bertukar kepada minyak dan di salurkan ke dalam crankcase. Ini akan mencemarkan minyak pelincir dan akan mengakibatkan peningkatan tahap hakisan serta pembentukan mendapan sludge di dalam enjin yang akan memendekan jangkahayat komponen dalaman enjin.
Oil catch terdiri daripada 2 jenis iaitu jenis sistem tertutup dan sistem terbuka. Sistem tertutup adalah oil catch tank yang menyalurkan gas blowby ke intake manifold untuk di bakar di ruang pembakaran. Manakala sistem terbuka pula melepaskan ke udara. Bagi sistem terbuka oil catch tank dikenali sebagai breather tank.
Kadar kecekapan pengasingan oil catch tank tidak semestinya di ukur berdazarkan saiz. Ia juga di pengaruhi oleh faktor lain seperti rekaan tangki, material yang digunakan untuk binaan tangki dan komponen dalaman.
Di samping itu, sistem pengasingan yang di gunakan pada sesebuah oil catch tank juga mempengaruhi tahap kecekapan sesebuah oil catch tank. Antara sistem pengasingan yang terbaik adalah multi layer baffle plate. Oil catch tank yang mengunakan baffle plate biasanya berharga agak mahal daripada oil catch tank biasa.
Selain itu pemasangan yang betul juga memainkan peranan yang penting kepada peningkatan tahap kecekapan oil catch tank. Sila rujuk post berkenaan Panduan pemasangan oil catch tank untuk maklumat yang lebih lengkap.
Pemilihan oil catch tank yang senang di pantau dan di selengara juga adalah penting bagi memudahkan pemantauan tahap minyak yang terperangkap di dalam oil catch tank dan untuk melakukan kerja-kerja penyelengaraan terutamanya untuk membuang minyak. Pastikan oil catch tank mempunyai mempunyai level indicator untuk memudahkan pemantauan dan mempunyai drain plug untuk memudahkan proses membuang minyak.
Minyak yang terperangkap dan bertakung di dalam oil catch tank adalah bahan pencemar yang mengandungi bahan toksik yang boleh mencemarkan udara, air dan tanah. Ia harus di lupuskan secara bertangungjawab dengan kaedah perlupusan yang betul.
Klik link dibawah untuk dapatkan semua parts yang berkenaan di Shopee :
Panduan Pemasangan Oil Catch Tank
Bolt On Turbo Pada Enjin Karburetor
Bagi enjin mampatan tinggi (high compression) iaitu enjin NA (Naturally aspirated) iaitu enjin yang tidak mengunakan turbo, tekanan/boost 0.5 bar dapat menghasilkan banyak kuasa berbanding enjin mampatan rendah (low compression). oleh itu penukaran kepada piston/omboh mampatan rendah (low compression piston) adalah tidak perlu. sekiranya mengunakan omboh mampatan rendah (low compression piston) kadar kuasa yang dihasilkan adalah lebih rendah dan torque atau pick up sewaktu r.p.m rendah adalah kurang.
Untuk mengunakan omboh/piston asal iaitu omboh mampatan tinggi (high compression piston) perlu untuk mengunakan intercooler yang bersaiz besar dan mengunakan thermostat bukaan rendah (low temperature thermostat) yang beroperasi antara 70°C ke 72°C. Ini adalah untuk mengelakan masalah enjin knoking dimana enjin perlu mengunakan petrol ron 97 atau petrol yang mempunyai kadar octane lebih tinggi.
Selain itu perkara yang paling penting untuk di lakukan adalah sedikit pengubahsuaian pada sistem pemasa penalaan (Ignition timing) pada ignition distributor. untuk memastikan sistem penalaan/ ignition timing beroperasi berpandukan kepada r.p.m dan tekanan/boost. Ini adalah perkara yang wajib di lakukan untuk mengelakan kerosakan teruk seperti piston berlubang, con rod bengkok, head gasked bocor dan lain-lain.
Lightweight crank pulley
Peningkatan tork dan throtle respond yang lebih baik akan dapat di rasa dengan pengunaan lightweight crank pulley di samping itu ia juga dapat menjimatkan pengunaan petrol. lightweight crank pulley sebenarnya tidak menambah horsepower dan torq yang di hasilkkan oleh enjin. Ianya hanyalah berfungsi dengan mengurangkan kehilangan kuasa yang di hasilkan oleh enjin akibat beban putaran.
Lightweight crank pulley terdiri daripada jenis yang mempunyai damper atau solid. Bagi jenis yang mempunyai damper terdapat getah yang menyambung di antara 2 bahagian crank pulley. Tujuan pemasangan getah ini di antara 2 bahagian crank pulley ini adalah untuk menyerap getaran. Penyerapan getaran ini bertujuan untuk melindungi enjin daripada mengalami kerosakan atau kehausan akibat getaran ketika beroperasi. Selain itu kelebihan damper pada crank pulley ini adalah menjadi penebat haba. Haba dari crank shaft tidak dapat di salurkan ke bahagian belting kerana terdapat damper yang menghalang proses pemindahan haba. Ini dapat memanjangkan jangkahayat belting. Kelemahan Damper pada crank pulley adalah damper boleh menjadi haus dan mengecut apabila sampai pada masanya. Apabila damper menjadi haus atau mengecut crank pulley akan terbelah kepada 2 bahagian.
Juga terdapat lightweight crank pulley yang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada saiz standard atau dikenali sebagai undersize crank pulley. Crank pulley dari jenis ini adalah lebih ringan lagi daripada lightweight crank pulley yang bersaiz standard. Saiz yang kecil ini bertujuan untuk mengurangkan ratio putaran yang bertujuan untuk mengurankan kehilangan kuasa enjin untuk memutar aircond compressor, alternator dan waterpump. Dengan pengunaan undersize lightweight crank pulley peningkatan tork dan pickup terasa amat ketara sekali. Kehilangan kuasa akibat pengunaan aircond terasa amat sedikit sahaja Cuma kelemahannya kapasiti penyejukan aircond akan menjadi kurang sejuk dan kapasiti pengecasan bateri menjadi kurang.
Adjustable Cam Pulley
Tujuan pemasangan adjustable cam pulley adalah untuk melaraskan power band iaitu untuk memindahkan tork maksimum sama ada di rpm rendah atau di rpm tinggi. Dengan melaraskan adjustable cam pulley ke hadapan (Advance) iaitu meng-awalkan masa pembukaan valve, ini akan memindahkan tork maksimum ke rpm yang rendah dan dengan Dengan melaraskan adjustable cam pulley ke belakang (Retard) iaitu melambatkan masa pembukaan valve, ini akan memindahkan tork maksimum ke rpm tinggi.
Adjustable cam pulley tidak menambah kuasa dan tork yang di hasilkan. Ianya hanya berfungsi untuk melaraskan powerband iaitu untuk melaraskan kedudukan tork maksimum mengikut kesesuaian.



































