Pemasangan oil catch tank yang betul adalah perlu bagi meningkatkan kadar kecekapan oil catch tank untuk mengasing serta memerangkap minyak dan air. Banyak perkara yang perlu diambil kira untuk untuk memasang oil catch tank, antaranya adalah seperti berikut.
Pemilihan lokasi pemasangan oil catch tank yang sesuai adalah amat penting bagi meningkatkan kadar kecekapan oil catch tank. Selain itu lokasi pemasangan oil catch tank mestilah di tempat yang mudah untuk di pantau bagi memudahkan pemantauan tahap minyak yang terperangkap di dalam oil catch tank. Di samping itu, lokasi pemasangan juga sebaiknya adalah ditempat yang mudah untuk melakukan penyelengaraan terutamanya untuk membuang minyak yang terperangkap di dalam tangki takungan.
Lokasi pemasangan yang paling sesuai untuk meningkatkan kadar kecekapan oil catch tank adalah pada tempat yang jauh dari sumber haba yang boleh mengakibatkan pemindahan haba dari sumber haba tersebut ke oil catch tank yang akan mengakibatkan peningkatan suhu oil catch tank. Selain itu oil catch tank sebaiknya di pasang di bahagian yang boleh di sejukan oleh angin ketika kenderaan bergerak. Ini adalah bertujuan untuk memastikan suhu oil catch tank sentiasa beradar pada tahap minimum. Tujuan utama meminimumkan suhu oil catch tank adalah untuk meningkatkan kadar kondensasi di dalam oil catch tank untuk menambah kadar kecekapan oil catch tank mengasing dan memerangkap minyak.
Kedudukan oil catch tank yang sebaiknya adalah tidak melebih paras ketinggian enjin. Iaitu salur masuk oil catch tank tidak melibihi ketinggian valve cover. Kedudukan Yang baik adalah pada paras blok silinder (cylinder block) serendah yang mungkin iaitu bahagian bawah oil catch tank pada paras paling bawah silinder blok iaitu di atas oil sump tank. Ini adalah supaya sekiranya ada wap minyak yang melepasi oil catch tank yang terkondensasi dalam hose akan turun semula ke oil catch tank.
Saiz hose atau diameter dalaman (id) hose yang digunakan mestilah tidak terlalu kecil dari saiz hose asal pada Injap PCV atau salur masuk udara ke valve cover. Elakan mengunakan hose yang terlalu besar sekiranya seperator asal masih di gunakan.
Terdapat berberapa cara pemasangan oil catch tank bergantung pada kesesuaian. Antara cara pemasangan oil catch tank adalah seperti berikut.
Pemasangan 2 Oil Catch Tank Pada Enjin N/A
Pemasangan oil catch tank pada salur masuk dan keluar udara adalah yang terbaik. Ini adalah kerana ketika enjin baru dimatikan, wap minyak pelincir yang panas akan keluar melalui salauran udara masuk dan akan terperangkap di dalam oil catch tank. Begitu juga ketika pengunaan brek enjin (engine brake) atau ketika menurunkan kelajuan enjin (deceleration) dan ketika idling, sekiranya ada lebihan gas blowby di dalam crankcase ketika idling ia akan keluar melalui saluran udara masuk disebabkan oleh bukaan yang kecil pada injap PCV pada waktu tersebut yang menghadkan aliran udara pada saluran keluar.
Ketika Injap PCV terbuka wap minyak dan wap bahanapi yang tidak terbakar sepenuhnya akan diperangkap didalam oil catch tank untuk mengelakannya daripada memasuki intake manifold dan ke ruang pembakaran. Dengan pengunaan 2 oil catch tank, oil mist, wap minyak, wap bahanapi yang tidak terbakar sepenuhnya dan wap air dari kedua-dua saluran pengudaraan crankcase dapat di perangkap di dalam oil catch tank sebelum masuk ke ruang pembakaran. Pemasangan 2 oil catch tank adalah perlu untuk enjin yang kerap menghasilkan kuasa tinggi dan pengunaan brek enjin (engine brake) yang kerap.
Pemasangan 2 Oil Catch Tank Pada Enjin Turbo
Pemasangan 2 oil catch tank pada enjin turbo adalah yang terbaik. Ini adalah kerana ketika boost di hasilkan, udara di dalam crankcase akan keluar melalui salur masuk pada inlet turbo. Dengan pengunaan 2 oil catch tank, wap minyak, wap bahanapi yang tidak terbakar sepenuhnya dan wap air dari kedua-dua saluran pengudaraan crankcase dapat di perangkap di dalam oil catch tank sebelum masuk ke ruang pembakaran. Begitu juga ketika enjin baru dimatikan, wap minyak pelincir yang panas akan keluar melalui salauran udara akan di perangkap di dalam oil catch tank untuk mengelakan wap minyak pelincir daripada memasuki turbo dan terkondensasi pada turbo yang kemudiannya akan terperangkap di dalam intercooler. Pemasangan 2 oil catch tank adalah perlu untuk enjin yang kerap menghasilkan kuasa tinggi dan pengunaan brek enjin (engine brake) yang kerap.
Pemasangan Oil Catch Tank Pada Saluran Injap PCV Pada Enjin N/A
Pemasangan oil catch tank pada saluran injap pcv yang menuju ke intake manifold adalah pemasangan yang biasa di lakukan. Ini adalah laluan utama pengudaraan crankcase ketika enjin mula dihidupkan hingga ke penghasilan kuasa maksimum. Kelemahan pemasangan ini adalah ketika pengunaan brek enjin (engine brake) atau ketika menurunkan kelajuan enjin (deceleration) dan ketika idling, lebihan gas blowby di dalam crankcase ketika idling akan keluar melalui saluran udara masuk disebabkan oleh bukaan yang kecil pada injap PCV pada waktu tersebut yang menghadkan aliran udara pada saluran keluar. Ketika ini gas blowby yang di hasilkan oleh enjin akan keluar bersama wap minyak melalui saluran masuk ke penapis udara. Memandangkan jumlah gas blowby yang di hasilkan keika idling adalah rendah dan kadar aliran yang keluar daripada saluran masuk adalah rendah, maka oil catch tank tidak di pasang pada salur masuk. Selain itu ketika enjin baru di matikan, wap minyak pelincir akan keluar melalui saluran masuk menuju ke penapis udara dan biasanya akan terkondensasi pada perumah penapis udara atau saluran penapis udara. Pemasangan ini sesuai untuk enjin yang kerap menghasilkan kuasa tinggi dan kurang pengunaan brek enjin (engine brake). Pemasangan ini adalah lebih sesuai pada transmisi automatik berbanding transmisi manual.
Pemasangan Oil Catch Tank Pada Saluran Injap PCV Pada Enjin Turbo
Pemasangan oil catch tank pada saluran Injap PCV untuk enjin turbo adalah kurang sesuai. ini adalah kerana ketika boost dihasilkan saluran ini akan tertutup dan proses pengudaraan atau melepaskan tekanan dari crankcase akan melalui saluran udara masuk. Pemasangan ini hanya sesuai untuk enjin yang kurang menghasilkan kuasa tinggi.
Pemasangan Oil Catch Tank Pada Saluran Udara Masuk Pada Enjin Aspirasi Normal N/A
Pemasangan oil catch tank pada salur masuk udara enjin aspirasi normal bertujuan untuk memerangkap wap minyak dan oil mist ketika enjin idling, ketika menurunkan kelajuan enjin dan ketika pengunaan brek enjin. Selain itu ia juga bertujuan untuk memerangkap wap minyak yang keluar dari saluran masuk ketika enjin baru di matikan. Pemasangan ini sesuai untuk pengunaan brek enjin (engine brake) yang kerap dan enjin yang kerap beradar pada keadaan idling terutamanya dalam jangkamasa yang lama.
Pemasangan Oil Catch Tank Pada Saluran Udara Masuk Pada Enjin Turbo
Pemasangan oil catch tank pada salur masuk udara enjin turbo bertujuan untuk memerangkap wap minyak dan oil mist ketika enjin idling, ketika pengunaan brek enjin dan ketika penghasilan boost. Selain itu ia juga bertujuan untuk memerangkap wap minyak yang keluar dari saluran masuk ketika enjin baru di matikan. Pemasangan ini sesuai untuk enjin yang kerap menghasilkan boost, pengunaan brek enjin (engine brake) yang kerap dan enjin yang kerap beradar pada keadaan idling terutamanya dalam jangkamasa yang lama.
Selain daripada cara penyambungan yang di nyatakan di atas, terdapat banyak lagi cara penyambungan oil catch tank yang melibatkan penambahan komponen seperti breather filter dan non return valve.
Oil catch tank yang di pasang pada saluran injap PCV mestilah kedap dan tiada kebecoran. Ini adalah untuk memastikan tiada kebocoran vakum yang akan menjejaskan idling. Hanya dengan sedikit kebocoran vakum (Vacuum Leak) pada oil catch tank akan menjejaskan idling. Ini adalah kerana kebanyakan injap PCV di pasang pada bahagian enjin dan bukannya pada intake manifold. Sekiranya Idling tidak stabil selepas pemasangan oil catch tank pada saluran Injap PCV, ini bermakna terdapat kebocoran vakum pada sambungan hose atau oil catch tank dan ia perlu dibaiki segera kerana boleh memendekan jangkahayat injap kawalan idling pada enjin suntikan bahanapi (fuel injection) dan mengakibatkan nisbah campuran bahanapi berkurangan (lean mixture) pada enjin terutamanya enjin yang mengunakan karburetor.