Jenis-Jenis Oil Separator Yang Biasa Di Gunakan Pada Enjin Automotif

Terdapat pelbagai jenis pengasing minyak / udara (air/oil separator) yang biasa digunakan pada enjin automotif untuk mengasingkan minyak daripada udara yang keluar dari dalam crankcase ketika proses pengudaraan crankcase. Antara pengasing minyak / udara (air/oil separator) yang biasa di gunakan adalah seperti berikut.  

Pengasing Minyak Pada Valve / Rocker Cover
Pengasing minyak (Oil Separator) pada valve / rocker cover adalah pengasing minyak dalaman (internal) yang dibina pada valve / rocker cover, dimana ruang pengasingan (separator chamber) terletak pada valve / rocker cover. pengasing jenis ini adalah antara pengasing yang banyak digunakan pada saluran udara masuk dan keluar. 

Oil Separator Pada Valve / Rocker Cover
Pada ruang pengasingan (separator chamber) terdapat plat-plat yang dibina pada ruang pengasingan atau ada juga yang di bina pada penutup ruang pengasingan (baffle plate). Susunan binaan plat-plat tersebut adalah bergantung kepada kaedah pengasingan yang di gunakan. Kebiasaannya pengasing jenis ini mengunakan kaedah labyrinth dimana partition plate disusun untuk membentuk saluran yang panjang bertujuan untuk memisahkan minyak daripada udara secara gravity.  Ketika aliran udara yang mengandungi oil mist melalui laluan tersebut, kandungan oil mist akan semakin padat pada bahagian bawah laluan tersebut disebabkan oleh daya tarikan gravity. Dengan kadar kepadatan oil mist yang semakin tinggi pada bahagian bawah saluran mengakibatkan oil mist bercantum dan saiz titisan minyak menjadi semakin besar dan bertambah berat dan kemudiannya jatuh di lantai separator (baffle plate) dan seterusnya di salurkan ke dalam crankcase. Walaupun kebiasaannya kaedah labyrinth digunakan pada pengasing jenis ini, terdapat juga pengunaan kaedah pengasingan lain di gabungkan dengan kaedah labyrinth seperti kaedah impactor dan cyclone.

Kaedah Labyrinth dan Cyclone Yang Digunakan Pada Pengasing
Kebanyakan enjin terbaru hanya mengunakan pengasing pada rocker / valve cover hanya pada saluran masuk udara ke dalam crankcase dan di padankan dengan pengunaan pengasing dari jenis lain pada saluran udara keluar. Walaupun pada saluran udara masuk. ketika enjin berada pada keadaan idling terdapat aliran udara yang keluar dari dalam crankcase melalui saluran masuk dan begitu juga ketika pengunaan brek enjin dan sewaktu menurunkan kelajuan enjin. Ketika enjin baru dimatikan wap minyak pelincir akan keluar melalui saluran masuk. Selain itu terdapat juga enjin yang mengunakan pengasing ini sebagai pengasing pertama pada saluran udara keluar sebelum di salurkan ke pengasing lain.

Pengasing ini boleh tersumbat oleh pembentukan mendapan karbon dan sludge yang akan memenuhi laluan udara. Ini biasanya disebabkan oleh pengunaan minyak pelincir berkualiti rendah atau pengunaan minyak pelincir yang telah terlalu lama. Sekiranya laluan udara ini tersumbat, tekanan udara di dalam crankcase akan meningkat dan akan keluar melalui tolok penyukat minyak pelincir (dipstick) yang kebiasaan nya akan mengakibatkan dipstick tertolak keluar. keadaan ini adalah merbahaya ketika enjin beroperasi pada kelajuan tinggi, Percikan minyak pelincir yang turut keluar bersama udara daripada saluran dipstick boleh mengakibatkan kebakaran pada ruang enjin.

Pengasing Minyak Jenis PCV Oil Separator Box
Pengasing minyak jenis oil separator box adalah pengasing minyak luaran (external) yang berbentuk kotak yang di pasang pada luaran enjin yang kebiasaannya disambung terus pada blok silinder dan ada juga yang yang di pasang pada bahagian lain dan disambung dengan hose.

PCV Oil Separator Box
Pada oil separator box, proses pengasingan adalah mengunakan kaedah impactor di mana pada ruangan pengasingan di dalam separator terdapat plat yang disusun untuk menghalang aliran udara di dalam separator yang dikenali sebagai plat pelangaran (collision plate).  Pelangaran aliran udara yang mengandungi oil mist dengan collision plate mengakibatkan kepadatan oil mist menjadi tinggi pada bahagian tertentu di sebabkan oleh inertia pada oil mist. Kepadatan yang tinggi ini mengakibatkan oil mist bercantum dan saiz titisan minyak menjadi semakin besar dan bertambah berat menyebabkannya menitis ke bahagian bawah separator dan kemudiannya akan mengalir ke dalam crankcase melalui saluran pada bahagian bawah separator box.

PCV Separator box biasanya disambung pada saluran udara keluar dari dalam crankcase dan biasanya di tempatkan pada bahagian luar blok silinder dan dibawah intake manifold. Kebiasaannya injap PCV (PCV Valve) dipasang pada saluran udara keluar pada separator box.

PCV Separator Box Yang Dipasang Pada Blok Silinder
Seperator box ini juga boleh tersumbat disebabkan oleh pembentukan mendapan karbon dan sludge yang akan memenuhi laluan udara di dalam separator box. Ini biasanya disebabkan oleh pengunaan minyak pelincir berkualiti rendah atau pengunaan minyak pelincir yang telah terlalu lama tidak di tukar. Sekiranya laluan udara ini tersumbat, tekanan udara di dalam crankcase akan tinggi dan akan keluar melalui saluran masuk udara yang biasanya akan menyebabkan bahagian dalaman perumah penapis udara atau saluran penapis udara menjadi berminyak sehingga ada minyak yang bertakung di dalam saluran penapis udara atau perumah penapis udara. 

Pengasing Minyak Pada Blok Silinder
Pengasing minyak pada blok silinder adalah pengasing minyak luaran (external) yang dibina pada blok silinder. Ruang pengasingan (separator chamber) dan plat pelanggaran (collision plate) dibina sekali pada blok silinder. 

 Pengasing Minyak Pada Blok Silinder
Pada pengasing minyak / udara ini, proses pengasingan adalah mengunakan kaedah impactor di mana pada ruangan pengasingan terdapat plat yang disusun untuk menghalang aliran udara di dalam separator yang dikenali sebagai plat pelangaran (collision plate).  Pelangaran aliran udara yang mengandungi oil mist dengan plat pelangaran (collision plate) mengakibatkan kepadatan oil mist menjadi tinggi pada bahagian tertentu di sebabkan oleh inertia pada oil mist. Kepadatan yang tinggi ini mengakibatkan oil mist bercantum dan saiz titisan minyak menjadi semakin besar dan bertambah berat menyebabkannya menitis ke bahagian bahagian bawah separator dan kemudiannya akan mengalir ke dalam crankcase melalui saluran pada bahagian bawah ruang pengasingan.


Binaan Oil Separator Pada Enjin 
Pengasing ini digunakan pada saluran udara keluar dari dalam crankcase dan kebiasaannya injap PCV (PCV Valve) dipasang pada saluran udara keluar pada penutup ruang pengasingan. Pengasing ini dibina pada bahagian depan atau belakang blok silinder dan kebiasaannya pada bahagian bawah intake manifold.

Susunan Plat Pelanggaran Pada Ruang Pengasingan
Pengasing ini boleh tersumbat disebabkan oleh pembentukan mendapan karbon dan sludge yang akan memenuhi laluan udara di dalam ruang pengasingan. Ini biasanya disebabkan oleh pengunaan minyak pelincir berkualiti rendah atau pengunaan minyak pelincir yang telah terlalu lama tidak di tukar. Sekiranya laluan udara ini tersumbat, tekanan udara di dalam crankcase akan tinggi dan akan keluar melalui saluran masuk udara yang biasanya akan menyebabkan bahagian dalaman perumah penapis udara atau saluran penapis udara menjadi berminyak sehingga ada minyak yang bertakung di dalam saluran penapis udara atau perumah penapis udara. 

Pengasing Minyak Cyclone Jenis Tiub Melingkar
Pengasing minyak jenis tiub melingkar atau spiral oil separator adalah pengasing minyak luaran (external) yang di sambung pada enjin dengan mengunakan hose atau tiub dan ada juga yang di sambung secara terus pada valve/ rocker cover. Pada pengasing ini ruang pengasingan adalah berbentuk tiub yang melingkar dan mengunakan kaedah cyclone untuk mengasingkan minyak daripada udara. 

Pengasing Minyak Jenis Tiub Melingkar Yang Disambung Terus Pada Enjin
Pada pengasing ini, aliran udara yang mengandungi oil mist mengalir dalam tiub melingkar akan menyebabkan oil mist berkumpul pada bahagian dinding tiub. Ini adalah disebabkan oleh oil mist yang terkandung dalam udara menuju ke dinding tiub disebabkan oleh inertia pada oil mist ketika udara mengalir secara melingkar. Kepadatan oil mist yang tinggi pada dinding tiub akan menyebabkan oil mist bercantum dan saiz titisan menjadi semakin besar yang kemudiannya akan mengalir ke bahagian bawah tiub yang kemudiannya akan mengalir melalui bahagian bawah tiub menuju ke ruang takungan dan seterusnya di salurkan ke dalam crankcase.

Pengasing Minyak Jenis Tiub Melingkar Yang Disambung Mengunakan Hose
Pengasing ini digunakan pada saluran udara keluar dari dalam crankcase. Pengasing ini perlu di ganti dengan yang baru mengikut jangkamasa pengunaan yang telah di tetapkan oleh pembuat atau pengeluar kenderaan. Pengasing ini diperbuat daripada bahan plastik dan pengunaan yang terlalu lama melebihi jangkamasa pengunaan yang di tetapkan adalah berisiko untuk mengakibatkan berlakunya keretakan dan kebocoran pada pengasing. 

Pengasing Minyak Cyclone Jenis Silinder Tirus
Pengasing minyak jenis silinder tirus atau lebih dikenali sebagai cyclone oil separator adalah pengasing minyak luaran (external) yang di sambung pada enjin dengan mengunakan hose atau tiub. Pada pengasing ini ruang pengasingan adalah berbentuk silinder tirus atau kon dan menggunakan kaedah cyclone untuk mengasingkan minyak daripada udara.
Pengasing Minyak Cyclone Jenis Silinder Tirus
Pada pengasing ini, aliran udara laju yang masuk ke dalam ruang silinder akan berputar di dalam silinder dan putaran udara yang mengandungi oil mist di dalam silinder akan mengakibatkan kadar kepadatan oil mist akan tinggi pada bahagian dinding silinder. Ini adalah di sebabkan oleh perubahan arah aliran udara yang berputar menyebabkan oil mist yang terkandung di dalam udara menuju ke dinding silinder disebabkan inertia pada oil mist . Kepadatan oil mist yang tinggi pada dinding silinder ini akan menyebabkan oil mist pada dinding silinder bercantum dan saiz titisan menjadi semakin besar yang kemudiannya akan mengalir ke bawah silinder disebabkan daya tarikan gravity dan seterusnya di salurkan ke dalam crankcase.

Bahagian Dalaman Pengasing Minyak Jenis Silinder Tirus
Pengasing ini digunakan pada saluran udara keluar dari dalam crankcase dan kebiasaannya udara yang di salurkan ke pengasing ini telah melalui pengasing yang pertama pada valve / rocker cover. Terdapat juga enjin yang berkapasiti besar mengunakan lebih daripada satu pengasing yang di sambung secara selari (Parallel) untuk memadankan kapasiti pengasingan.


Pengasing Yang Mengunakan 3 Silinder Secara Selari (Parallel)
Pengasing ini perlu di ganti dengan yang baru mengikut jangkamasa pengunaan yang telah di tetapkan oleh pembuat atau pengeluar kenderaan. Pengasing ini diperbuat daripada bahan plastic dan pengunaan yang terlalu lama dan melebihi jangkamasa pengunaan yang di tetapkan adalah berisiko untuk mengakibatkan berlakunya keretakan dan kebocoran pada pengasing. 

Pengasing Minyak Empar (Centrifugal Oil Separator)
Pengasing minyak empar adalah pengasing minyak yang mengunakan dayar empar (centrifugal force) untuk mengasing minyak daripada udara. Pemutar atau dikenali sebagai centrifuge disambung pada camshaft dan berputar mengikut kelajuan camshaft iaitu separuh daripada kelajuan enjin.

Centrifugal Separator Pada Enjin Mercedes-Benz  M272 
Pada pengasing ini, aliran udara yang mengandungi minyak di putarkan dalam ruang yang berputar untuk memisahkan minyak dengan mengunakan daya empar (Centrifugal Force). Ketika udara yang mengandungi oil mist berputar di dalam pemutar, oil mist akan berkumpul pada dinding pemutar di sebabkan oleh inertia pada oil mist. Oil mist pada dinding pemutar kemudianya bercantum dan saiz titisan menjadi semakin besar sehingga membentuk lapisan minyak pada dinding pemutar yang kemudiannya keluar melalui saluran keluar pada dinding pemutar dan berkumpul pada dinding ruang pengumpulan dan kemudianya mengalir ke bahagian bawah ruang pengumpulan disebabkan tarikan gravity dan seterusnya di salurkan ke dalam crankcase


Centrifugal Separator Pada Enjin Mercedes-Benz  M272 
Pada pengasing ini, pemutar (centrifuge) di sambung pada camshaft dan berputar mengikut kelajuan putaran camshaft iaitu separuh daripada kelajuan putaran enjin. Sekiranya enjin berputar pada 1000 rpm maka putaran crank shaft dan pemutar (centrifuge) adalah 500 rpm.

PCV Oil Separator Cover Dan Centrifuge
Sistem ini adalah antara sistem yang terbaik untuk mengasingkan oil mist daripada udara. Tetapi pada masa yang sama putaran udara di dalam centrifuge ini juga akan menyebabkan wap bahanapi yang tidak terbakar sepenuhnya yang terkandung dalam gas blowby di sejukan oleh oil mist dan bertukar menjadi minyak dan kemudianya akan bercampur dengan minyak pada dinding centrifuge yang seterusnya di salurkan ke dalam crankcase dan akan mencemar minyak pelincir. Ini mungkin antara penyebab utama seperator ini selalu mengalami kebocoran pada bahagian gasket dan oil seal. Ini mungkin di sebabkan oleh tindak balas kimia antara minyak pelincir yang bercampur dengan bahanapi yang tidak terbakar sepenuhnya dengan bahan rubber gasket yang menyebabkan gasket hilang daya keanjalan. 

Oil Seal Dan Gasket Pada PCV Oil Separator Cover Yang Baru Dan Lama
Operasi pengasing ini adalah melibatkan pergerakan komponen dalaman iaitu centifuge. Oleh itu kehausan pada komponen dalaman adalah tidak dapat dielakan dan pengasing ini perlu di selengara mengikut jadual penyelengaraan yang di tetapkan. Sedikit kerosakan kepada komponen pengasing akan menjejaskan operasi dan memudaratkan enjin. Kebocoran pada oil seal antara centrifuge dan separator cover akan mengakibatkan minyak pada ruang pengumpulan minyak iaitu pada separator cover akan  memasuki saluran pengudaraan menuju ke intake manifold dan seterusnya ke ruang pembakaran dan ini akan menjejaskan prestasi dan memudaratkan enjin. Antara masalah utama yang sering berlaku pada separator ini adalah kebocoran minyak pada gasket separator cover. Ini akan menyebabkan minyak yang di perangkap pada pengasing menitis jatuh pada saluran ekzoz yang panas dan menghasilkan asap serta bau minyak terbakar pada ruangan enjin. ini merupakan antara masalah yang sering berlaku pada pengasing ini terutamanya pada separator cover yang telah di gunakan melebihi jangkamasa pengunaan yang di tetapkan.