Oil catch tank adalah tangki perangkap minyak yang dipasang pada Sistem Pengudaraan Crankcase . Oil catch tank bukanlah componen wajib pada sistem pengudaraan crankcase. Ini adalah kerana sistem pengudaraan crankcase telah di lengkapi dengan pengasing minyak dan udara yang dikenali sebagai PCV Oil Separator.
Oil mist boleh dirujuk sebagai minyak pelincir yang masih dalam bentuk cecair pada titisan yang bersaiz halus yang terkandung didalam udara. Ia masih dalam bentuk cecair iaitu minyak dan saiz titisan minyak tersebut biasanya adalah antara 0.5 hingga 10 mikron atau lebih
Tujuan pemasangan oil catch tank adalah untuk menambah baik sistem pengudaraan crankcase supaya enjin dapat beroperasi dengan lebih bersih, efisyen dan cekap. Pembakaran wap bahan api yang tidak terbakar sepenuhnya yang merupakan kandungan utama dalam gas blowby dan wap minyak pelincir mengakibatkan penurunan tahap kecekapan proses pembakaran di ruang pembakaran yang akan menjejaskan penghasilan kuasa. Selain itu sekiranya terlalu banyak wap minyak pelincir di bakar didalam ruang pembakaran pada satu masa, pembakaran tersebut akan menghasilkan karbon yang akan membentuk mendapan karbon (carbon deposit) pada ruang pembakaran dan saluran injap. Walaupun wap minyak pelincir dan oil mist yang masuk ke ruang pembakaran secara tidak langsung akan menjadi pelincir untuk gelang mampatan (compression ring). Pelinciran tersebut adalah tidak di perlukan kerana bahagian tersebut telah mendapat pelinciran yang cukup dan tidak memerlukan pelinciran tambahan.
Begitu juga dengan Penghasilan wap minyak pelincir juga akan bertambah ketika enjin menghasilkan kuasa tinggi. Ini adalah kerana suhu komponen dalaman turut meningkat ketika penghasilan kuasa tinggi. Dengan meningkat penghasilan gas blowby dan wap minyak pelincir maka akan semakin banyak wap minyak dari enjin menuju ke ruang pembakaran.
Selain itu pengunaan brek enjin (engine brake) boleh mengakibatkan penghasilan oil mist yang banyak di dalam crankcase. Brek enjin boleh di rujuk sebagai pengunaan enjin untuk memperlahankan kenderaan dengan tidak menekan minyak atau menurunkan gear ke gear rendah untuk memperlahankan kenderaan. Ketika pengunaan brek enjin, vakum yang di hasilkan dalam silinder adalah tinggi dan ini akan menarik minyak pelincir yang banyak di antara gelang omboh (piston ring) dan kemudian ketika proses mampatan, gas blowby yang di hasilkan akan menyebabkan lapisan minyak tersembur seperti semburan penyembur aeresol. Pada ketika ini kandungan oil mist di dalam crankcase adalah tinggi dan akan mengikuti aliran udara keluar dari crankcase. Semakin kerap pengunaan brake enjin maka semakin banyak oil mist yang di hasilkan dan disalurkan ke ruang pembakaran.
Walaupun setiap enjin dilengkapi dengan pengasing minyak dan udara (PCV Oil Separator). Kadar pengasingan oil mist, wap minyak pelincir dan udara adalah tidak 100 peratus. Iaitu masih terdapat oil mist dan wap minyak yang melepasi pengasing dan menuju ke ruang pembakaran. Ini adalah kerana sistem pengasingan ini direka dengan kedar kecekapan yang sekadar mencukupi untuk memerangkap oil mist dan wap minyak pelincir dan mengembalikannya ke dalam crankcase. Sekiranya sistem ini direka dengan kadar kecekapan yang terlalu tinggi. Wap bahanapi yang tidak terbakar sepenuhnya akan turut bertukar kepada minyak dan di salurkan ke dalam crankcase. Ini akan mencemarkan minyak pelincir dan akan mengakibatkan peningkatan tahap hakisan serta pembentukan mendapan sludge di dalam enjin yang akan memendekan jangkahayat komponen dalaman enjin.
Oil catch terdiri daripada 2 jenis iaitu jenis sistem tertutup dan sistem terbuka. Sistem tertutup adalah oil catch tank yang menyalurkan gas blowby ke intake manifold untuk di bakar di ruang pembakaran. Manakala sistem terbuka pula melepaskan ke udara. Bagi sistem terbuka oil catch tank dikenali sebagai breather tank.
Kadar kecekapan pengasingan oil catch tank tidak semestinya di ukur berdazarkan saiz. Ia juga di pengaruhi oleh faktor lain seperti rekaan tangki, material yang digunakan untuk binaan tangki dan komponen dalaman.
Di samping itu, sistem pengasingan yang di gunakan pada sesebuah oil catch tank juga mempengaruhi tahap kecekapan sesebuah oil catch tank. Antara sistem pengasingan yang terbaik adalah multi layer baffle plate. Oil catch tank yang mengunakan baffle plate biasanya berharga agak mahal daripada oil catch tank biasa.
Selain itu pemasangan yang betul juga memainkan peranan yang penting kepada peningkatan tahap kecekapan oil catch tank. Sila rujuk post berkenaan Panduan pemasangan oil catch tank untuk maklumat yang lebih lengkap.
Pemilihan oil catch tank yang senang di pantau dan di selengara juga adalah penting bagi memudahkan pemantauan tahap minyak yang terperangkap di dalam oil catch tank dan untuk melakukan kerja-kerja penyelengaraan terutamanya untuk membuang minyak. Pastikan oil catch tank mempunyai mempunyai level indicator untuk memudahkan pemantauan dan mempunyai drain plug untuk memudahkan proses membuang minyak.
Minyak yang terperangkap dan bertakung di dalam oil catch tank adalah bahan pencemar yang mengandungi bahan toksik yang boleh mencemarkan udara, air dan tanah. Ia harus di lupuskan secara bertangungjawab dengan kaedah perlupusan yang betul.