Setiap enjin petrol yang mengunakan fuel injection atau sistem suntikan bahanapi ada di lengkapi dengan fuel pressure regulator. Fuel pressure regulator biasanya terletak pada fuel rail dan bagi sesetengah model fuel pressure regulator terletak di dalam tanki petrol iaitu dibina sekali dengan fuel pump. Fungsi fuel pressure regulator adalah untuk mengawal tekannan minyak petrol yang di hantar ke fuel injector oleh fuel pump untuk mengekalkan tekanan minyak yang konstan.
Bagi jenis fuel pressure regulator yang dibina sekali dengan fuel pump atau jenis yang dipasang di dalam tanki biasanya mengawal tekanan minyak pada satu tekanan konstant yang di tetapkan pada setiap masa. Kebiasaan 38 psi konstant pada setiap masa.
Bagi jenis fuel pressure regulator yang dipasang pada fuel rail jenis ini biasanya mengawal tekanan minyak petrol berpandukan kepada tekanan atau vakum daripada intake manifold. Tekanan minyak adalah tidak konstant kebiasaannya dari 36 hingga 42 psi berpandukan kepada tekanan atau vakum intake manifold. Fuel regulator jenis ini meninggikan dan merendahkan tekannan minyak petrol berdasarkkan kepada keperluan enjin iaitu berpandukan tekanan atau vakum di intake manifold.
Setiap fuel pressure regulator mempunyai return line bertujuan untuk melepaskan tekanan minyak petrol yang berlebihan dan mengembalikan ke tanki petrol. Komponen utama di dalam fuel pressure regulator ialah diaphragm dan spring.
Selain itu terdapat juga fuel pressure regulator yang boleh di laras tekanan nya yang dikenali sebagai adjustable fuel pressure regulator. Adjustable fuel pressure regulator biasanya dipasang untuk meningikan tekanan minyak petrol yang di hantar ke injektor untuk mendapatkan semburan yang lebih baik. Sekiranya anda bercadang untuk memasang adjustable fuel pressure regulator, pastikan anda membeli adjustable fuel pressure regulator yang berkualiti. Ini kerana jenis yang berkualiti rendah mudah untuk mengalami kebocoran dan kebocoran petrol di bahagian enjin akan mengakibatkan kebakaran.