Air membeku pada suhu 0°C dan apabila air membeku ia akan mengembang sebanyak lebih kurang 9%. Keadaan ini boleh mengakibatkan keretakan pada blok silinder dan cylinder head serta boleh mengakibatkan radiator pecah atau terbelah. Bagi pengunna yang berada di negara yang beriklim sejuk, pembekuan bahan pendingin ini dapat di elakan dengan pengunaan coolant atau lebih dikenali sebagai antifreeze coolant. Bahan utama dalam antifreeze coolan ini adalah ethylene glycol. Pengunaan antifreeze coolant ini pada nisbah campuran 50:50 dapat menurunkan takat beku coolant kepada - 37°C dan pengunaan antifreeze coolan pada nisbah campuran 70:30 iaitu 70% antifreeze coolant dan 30% air dapat menurunkan takat beku coolant sehingga ke -64°C.
Selain itu pengunaan coolant juga adalah bertujuan untuk meningkatkan takat didih bahan pendingin. Air mendidih pada suhu 100°C iaitu suhu dimana air mula meruap dan keadaan ini akan mengakibatkan air pendingin akan berkurangan akibat daripada air yang bertukar menjadi wap keluar dari sistem melalui saluran di tanki pengembangan (expension tank). Pengunaan coolant dapat meningkatkan takat didih bahan pendingin kepada 108 °C dan ini banyak membantu dalam mengatasi kehilangan coolant terutamanya pada musim panas dan ketika dalam perjalanan jauh.
Setiap jenis coolant mengandungi bahan tambahan yang berbeza mengikut jenis dan jenama. Antara bahan tambahan yang utama yang terdapat dalam hampir semua jenis coolant adalah agen anti karat dan hakisan, agen anti buih dan agen pelincir.
Agen anti karat dan hakisan memainkan peranan yang penting di dalam sistem penyejukan enjin dengan melindungi komponen daripada pembentukan karat dan hakisan. Karat adalah musuh utama untuk sistem penyejukan enjin kerana ia bukan saja memendekkan jangkahayat komponen penyejukan dan mengakibatkan kebocoran, ia juga boleh mengakibatkan sistem penjejukan beroperasi dengan tidak efisyen. Sebagai contoh karat pada bahagian dinding silinder boleh menjadi penebat yang akan mengakibatkan coolant tidak dapat menyerap haba pada dinding silinder dengan efisyen kerana karat bertindak sebagai penebat. Ini akan mewujuadkan situasi di mana bacaan suhu coolant adalah normal tetapi suhu pada dinding silinder adalah tinggi (overheat).
Agen penghalang buih pula berfungsi untuk menghalang pembentukan buih ketika enjin beroperasi terutama sekali apabila coolant melalui pam (water pump). Pembentukan buih pada coolant akan mengakibatkan sistem penyejuka enjin menjadi tidak efisyen, kemampuan coolant menyerap dan menyingkirkan haba akan berkurangan dan sekiranya buih memenuhi bahagian thermostart ia akan mengakibatkan thermostat tidak beroperasi dan mengakibatkan suhu coolant dan enjin menjadi terlampau panas (overheat) dan mengakibatkan kerosakan yang teruk. Selain itu pembentukan buih pada bahagian sensor suhu boleh mengakibatkan bacaan suhu rendah tetapi suhu sebenar coolant adalah tinggi, ini akan mengakibatkan kipas radiator lambat atau tidak akan beroperasi untuk menyejukan coolant pada bahagian radiator.
Agen pelincir berfungsi untuk melincirkan pam (water pump), dan thremostart. Agen Pelincir ini amat penting untuk mechanical seal pada pam (water pump). Selain itu bahan pelincir ini juga melindungi komponen getah daripada mengeras.
Coolant boleh didapati daripada pelbagai jenis dan warna. Jenis yang banyak di pasaran pada masa ini adalah untuk enjin yang mengunakan blok silinder aluminium dan untuk enjin yang mengunakan silinder blok besi atau cast iron. Kebiasaannya warna tidak membawa sebarang maksud. Bahan perwana ini hanya untuk memudahkan untuk mengenalpasti bila berlaku kebocoran. Terdapat juga coolant yang tidak dicampur perwana iaitu berwana jernih.
Kebanyakan pengeluar kenderaan mengesyorkan supaya coolant ini ditukar setiap 2 tahun sekali untuk memastikan setiap bahan tambahan atau agen tambahan dalam coolant ini berfungsi dengan baik.
Pemilihan coolant yang sesuai adalah amat penting. Pastikan anda memilih coolant tulen (original) dan mengikut spesifikasi yang bersesuaian untuk kenderaan anda.
Elakan membeli coolant tiruan, coolan murah, coolant yang tidak berkualiti, dan coolant yang di jual di supermaket. Berdasarkan pengalaman peribadi, kesemua coolant tersebut adalah menghakis dan mengakibatkan pengaratan, ada sesetengah daripadanya menunjukan pengaratan yang teruk pada sistem penyejukan seawal 1 bulan, coolant bertukar dari warna hijau ke coklat dalam masa 1 bulan akibat karat. Apabila karat sudah terbentuk pada sistem penyejukan ia akan berterusan. Sekiranya ini sudah terjadi, sistem penyejukan enjin perlu kerap di flush dan diganti coolant. Ini amat berbeza dengan pengunaan coolant tulen (original) yang berkualiti dimana bahagian dalam komponen penyejukan langsung tiada karat dan masih bersih berkilat walaupun pada kenderaan yang telah berusia lebih 10 tahun.