Auto Detailing adalah proses pembersihan, pengilapan dan menambah lapisan perlindungan (Waxing) yang terperinci, ekstrim dan teliti pada bahagian luaran, dalaman dan ruang enjin untuk mengembalikan penampilan kenderaan seakan kondisi bilik pameraan (showroom condition).
Proses auto detailing biasanya hanya mengunakan bahan pencuci dan produk penjagaan kenderaan yang berkualiti premium untuk mendapatkan hasil berkualiti premium.
Proses pembersihan merujuk kepada penyingkiran zarah asing pada permukaan seperti segala kotoran, tar jalan, getah pokok dan lain-lain lagi melalui proses mencuci dengan mengunakan bahan pencuci dan teknik mencuci yang bersesuaian.
Proses pengilapan merujuk kepada pemotongan berberapa micrometer pada bahagian permukaan cat atau bahagian lapisan jernih (clear coat) untuk menghilangkan calar dan geseran halus dari permukaan cat. Proses pengilapan ini biasanya dilakukan mengunakan mesin pengilap dan pengunaan rubbing atau polish compound secara berperingkat bermula daripada compound yang bergred kasar kemudian gred sederhana, gred halus dan di akhiri dengan pengunaan compound dari gred yang paling halus. Pengunaan kompound ini bergantung dengan kepada berapa ketebalan permukaan yang hendak dipotong, sekiranya permukaan yang hendak di potong adalah tidak tebal, proses pengilapan boleh dimulakan dengan mengunakan compound dari gred halus dan terus di akhiri dengan pengunaan compound dari gred yang paling halus.
Proses menambah lapisan perlindunhan (Waxing)merupakan proses memasang lilin lapisan perlindung. Lapisan pelindung yang biasa digunakan adalah daripada jenis wax dalam bentuk pepejal atau cecair. Terdapat juga lapisan perlindung daripada jenis yang lain seperti nano coating dan ceramic coating. Tujuan utama lapisan pelindung ini adalah untuk melindungi permukaan cat. Ia juga menghalang kotoran dan benda asing daripada melekat ke permukaan cat. Dalam masa yang sama lapisan pelindung ini juga menambah kilatan pada lapisan cat serta menjadikan permukaan cat bertambah licin.
Auto detailing di bahagikan kepada berberapa bahagian utama iaitu bahagian luar, dalaman dan enjin.
Detailing pada bahagian luaran melibatkan proses pembersihan, pengilapan dan memasang lapisan pelindung untuk seluruh bahagian luaran bermula dari badan kenderaan, trim, cermin, lampu, rim dan tayar. Pembersihan bahagian bawah kenderaan (undercarriage) juga termasuk dalam skop detailing bahagian luaran.
Detailing pada bahagian dalaman melibatkan pembersihan bonet dan ruang penumpang. Semua bahagian dashboard, panel pintu, karpet, tempat duduk dan panel di bersihkan secara menyeluruh dan pemasangan lapisan pelindung.
Detailing pada bahagian enjin melibatkan proses pembersihan enjin dan ruangan enjin yang teliti dan memasang lapisan pelindung pada bahagian yang berkenaan.
Kerja-kerja mengetuk dan mengecat badan kenderaan, dan baik pulih kenderaan adalah tidak termasuk di dalam skop auto detailing.