Perbezaan kualiti diantara spark plug yang tulen dan tiruan adalah amat ketara sekali. Spark plug yang tulen diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan melalui proses kawalan kualiti yang ketat.
Pengunaan spark plug tiruan boleh mengundang bahaya kepada pengguna dan mengakibatkan kerosakan teruk pada enjin. Antara masalah yang sering timbul daripada pengunaan spark plug tiruan adalah misfire. Enjin misfire terjadi kerana spark plug tiruan tidak dapat berfungsi dengan baik untuk membakar campuran minyak dan bahan api pada setiap power stroke. Iaitu terdapat berberapa power stroke yang ketingalan dimana proses pembakaran minyak dan bahan api tidak terjadi akibat kegagalan atau kelambatan spark plug menghasilkan percikan.
Electrode teras pada spark plug memainkan peranan penting untuk menghasilkan percikan pada spark plug. Biasanya spark plug tiruan mengunakan electrode daripada bahan yang kurang berkualiti yang selalu mengakibatkan kejadian electrode teras cair atau pecah. Electrode teras yang cair atau pecah ini amat merbahaya kerana cairan atau serpihan ini boleh merosakan injap (valve), valve seat, dinding silinder dan dinding piston. Ia juga menjadi punca utama piston berlubang (kebiasaannya terjadi pada enjin 2 stroke).
Selain itu spark plug tiruan juga selalu terpisah atau putus pada bahagian sambungan. Perkara ini hampir mustahil untuk berlaku pada spark plug tulen (original). Spark plug ini biasanya akan putus ketika dalam proses membuka spark plug yang telah lama di gunakan. Ia juga boleh terjadi ketika enjin sedang beroperasi.
Sekiranya spark plug terputus begini dan bahagian thread masih tertingal pada cylinder head, ianya masih boleh dibuka dengan mengunakan special tools, screw extractor atau apa-apa alat yang sesuai mengikut kemahiran pomen / mekanik.
Sekiranya thread spark plug yang tertingal melekat teruk pada cylinder head dan tidak dapat di buka mengunakan special tools atau peralatan yang sesuai, maka cylinder head perlu di buka untuk mengeluarkan thread yang tertinggal. Pada tahap ini kerja baik pulih melibatkan kos yang agak tinggi dan sekiranya ianya mengakibatkan kerosakan yang teruk pada thread cylinder head. Maka cylinder head perlu di ganti baru.
Adalah tidak berbaloi untuk menanggung kos baikpulih yang tinggi akibat kerosakan daripada pengunaan spark plug tiruan. Oleh itu anda dinasihatkan supaya lebih berhati-hati untuk mengelakan anda menjadi mangsa penipuan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.