Detailing Honda City TMO


Kereta honda city ini telah berusia hampir 10 tahun. Kenderaan yang banyak berjasa digunakan sebagai kenderaan harian. Kondisi honda city ini adalah masih dalam keadaan yang baik kerana dijaga dengan baik dan cermat. Setelah hampir 10 tahun berjasa tibalah masanya untuk melakukan proses detailing pada honda city ini untuk mengembalikannya kondisinya kepada seakan kondisi bilik pameraan (Showroom condition). 

Mencuci ruangan enjin

Proses detailing ini dimulai dengan mencuci ruang enjin. Proses pencucian dilakukan ketika suhu enjin tidak panas untuk mengelakan thermal shock. Setelah mengenalpasti bahagian yang sensetif kepada air untuk mengelakan bahagian tersebut daripada disembur secara terus dengan air proses penyemburan untuk membasahkan seluruh bahagian ruang enjin pun di teruskan.Proses mencuci ruang enjin ini akan melalui 5 peringkat. 

Peringkat pertama adalah menangalkan minyak dan gris yang melekat pada enjin dan ruangan enjin. Setelah enjin dan ruangan enjin di basahkan sepenuhnya kemudian degreaser disembur pada seluruh bahagian enjin dan ruangan enjin. Degreaser ini akan melarutkan minyak dan gris dan kemudian disembur dan dibilas dengan air.  Proses ini di ulang berberapa kali sehingga semua minyak dan gris tiada lagi melekat pada enjin dan ruangan enjin. Jumlah ulangan proses ini bergantung kepada tahap kekotoran enjin, jenis degreaser yang digunakan dan kepekatan campuran degreser. Degreaser tidak boleh dibiarkan terlalu lama atau mengering dan perlu di bilas sebelum 5 minit untuk mengelakan pembentukan bekas tompokan pada bahagian enjin, komponen dan ruang enjin, 

Peringkat kedua adalah mengilatkan komponen aluminium dan besi. Setelah selesai membilas degreaser bersama minyak dan gris yang larut.  Semua bahagian enjin yang diperbuat daripada aluminium dan besi yang tidak bercat disembur dengan aluminium brighter. Selepas dibiarkan selama 5 minit terus di sembur dan dibilas dengan air.

Peringkat ketiga adalah mencuci enjin, komponen dan ruangan enjin dengan cecair pencuci kereta dari jenis wash & wax untuk membersihkan daripada kotoran ia juga bertujuan untuk menyingkir sisa-sisa degreaser dan aluminium brighter yang melekat pada enjin, komponen dan ruangan enjin. Span dan berus digunakan untuk membersihkan setiap komponen, ruangan dan seluruh bahagian enjin. Sarung tangan digunakan untuk melindungi tangan daripada luka akibat bahagian-bahagian yang tajam. Setelah semua bahagian selesai dicuci dan diberus dengan cecair pencuci kereta dan kemudian terus disembur dan bilas semua bahagian dengan air.

Proses mencuci enjin

Peringkat ke empat adalah pengeringan. Seluruh bahagian dikeringkan dengan kain dan pengunaan angin termampat (compress air). Setelah dipastikan semua bahagian kering enjin di hidupkan seketika sehingga enjin panas untuk menyingkirkan lembapan daripada bahagian enjin, komponen dan ruang enjin.

Peringkat yang kelima adalah menyapu cecair pengilap tayar dari jenis armorall kepada semua bahagian dan komponen getah dan plastik untuk menjadikannya berkilat dan kelihatan seperti baru. Cecair armorall ini juga bertindak sebagai pelindung kepada komponen getah dan plastik daripada menjadi pudar dan rapuh. 



 Ruang enjin selepas di cuci

Mencuci bahagian luaran

Proses seterusnya adalah mencuci seluruh bahagian luaran termasuk bahagian bawah kenderaan (undercarriage). Proses dimulai dengan mencuci bahagian bawah (undercarriage) dan ruangan tayar dengan mengunakan pembersih bertekanan tinggi (water jet) kemudian di berus dengan cecair pencuci kereta dari jenis wash & wax dan kemudian di sembur dan dibilas dengan air sehingga bersih dan tiada lagi buih sabun.

Kemudian proses mencuci badan kenderaan dimulakan dengan mengenalpasti bahagian yang terdapat kotoran degil yang melekat seperti tar atau getah pokok. Setelah seluruh bahagian kenderaan dibasah dengan air proses membuang tar dan getah pokok di lakukan. Proses pembuangan tar lebih mudah dilakukan dengan mengunakan kerosine. Kerosine disapu pada bahagian yang terkena tar terlebih dahulu untuk melembutkan tar kemudian disental mengunakan kain dan kerosine. Bagi membuang getah pokok teknik yang mudah adalah dengan  mengunakan ais batu. Ais batu di letakan pada getah pokok yang melekat sehingga getah itu sejuk dan mengeras dan kemudian terus dikopek dengan mengunakan kad plastik secara perlahan-lahan.

Setelah selesai menangalkan kotoran degil tersebut, seluruh bahagian kereta terus dibasah semula dan dicuci dengan dengan mengunakan cecair pencuci kereta yang bukan dari jenis wash & wax  iaitu cecair pencuci kereta yang mempunyai kuasa pembersih yang optimum. Proses mencuci dimulakan daripada bahagian atas dan dan kemudian barulah bahagian bawah dan ahir sekali adalah bahagian rim dan tayar di cuci. Setelah semua bahagian dicuci kemudian disembur dan di bilas dengan air sehingga bersih. Kemudian seluruh bahagian kereta di keringkan mengunakan kain dan pada bahagian air teperangkap dan bertakung yang tidak dapat di keringkan mengunakan kain, di keringkan dengan mengunakan angin termampat (compress air).

Mencuci bahagian dalaman

Untuk mencuci bahagian dalaman dengan sempurna, tempat duduk, karpet dan berberapa panel perlu di tangalkan dan proses pencucian di lakukan di luar kenderaan. Kapert utama masih berkadaan baik dan bersih hanya perlu di bersihkan mengunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner).


Tempat duduk di tangalkan untuk pembersihan

Tempat duduk di cuci dengan bahan pencuci fabrik. Kerja mencuci tempat duduk dilakukan pada awal pagi dan cuaca hari tersebut mestilah panas supaya tempat duduk benar-benar kering pada waktu petang. Ini adalah untuk mengelakan timbulnya tompok-tompok pada tempat duduk dan tempat duduk jadi berbau akibat daripada pengeringan yang tidak sempurna.

Mencuci tempat duduk

Menjemur untuk mengeringkan tempat duduk

Setelah tempat duduk di keringkan dengan sempurna, tempat duduk di pasang semula. Kemudian seluruh getah kedap udara pada pintu, bonet, di sapu dengan cecair pengilat tayar (armourall) di ikuti dengan Panel, konsol dan dashboard di sapu dengan cecair pengilap dashboard (armorall) untuk menjadikan dashboard dan panel kelihatan seperti baru dan melindungi panel dan dashboard daripada pudar.

Pemasangan tempat duduk dan panel

Memasang lapisan pelindungan (waxing)

Masalah utama pada kereta yang berwana gelap terutama sekali warna hitam adalah garis-garis calar halus yang berpusar pada permukaan cat (swirls). Garis-garis ini adalah di sebabkan oleh proses pencucian dan pengeringan yang tidak betul serta tiada lapisan pelindung (wax) pada lapisan jernih (clear coat) untuk melindungi lapisan jernih (clear coat) daripada calar. Calar halus ini terdapat pada semua jenis warna cuma ia paling menyerlah dan ketara pada permukaan berwarna gelap terutama sekali yang berwarna hitam. 

Pemeriksaan di lakukan terlebih dahulu pada permukaan cat untuk mengenalpasti berapa banyak permukaan lapisan jernih (clear coat) yang perlu di potong melalui proses pengilapan (polish) untuk membuang garis-garis halus. Setelah diperiksa didapati cuma sedikit sahaja bahagian yang perlu di potong.  Memandangkan calar halus hanya sedikit dan tidak dalam, adalah lebih baik untuk cuba mengelakan daripada memotong lapisan jernih (clear coat) melalui proses mengilap (polish). Tujuan mengelakan proses mengilap adalah untuk mengekalkan ketebalan lapisan jernih (clear coat) untuk digilap (polish) pada masa yang akan datang sekiranya keadaan calar halus sudah benar-benar perlu digilap. Untuk menutup calar halus ini, teknik menampal lubang calar tersebut dengan wax di gunakan. Wax yang digunakan haruslah dari jenis wax yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Wax yang di gunakan adalah dari jenis cair dan disapu pada permukaan cat sehingga benar-benar kering dan kemudian di bersihkan dengan mengunakan kapas.

Proses waxing

Wax yang digunakan

Pada semua cermin juga di letakan lapisan pelindung dengan mengunakan cecair rain -x. cecair rain-x ini menjadikan cermin kenderaan kalis air dan berkilat.

Berikut adalah gambar selesai proses waxing: