Injap PCV adalah komponen utama pada Sistem Pengudaraan Crankcase dari jenis sistem pengudaraan tertutup atau lebih dikenali sebagai "Positive Crankcase Ventilation" (PCV) atau "Closed Crankcase Ventilation" (CCV). Ia mula di gunakan secara meluas pada enjin automotif bermula pada awal 60-an. Fungsi Injap PCV adalah untuk mengawal kadar aliran udara daripada dalam crankcase yang memasuki intake manifold untuk di salurkan ke ruang pembakaran. Kawalan kadar aliran udara pada injap PCV adalah berpandukan pada kadar vakum di dalam intake manifold.
Kini semua enjin automotif mengunakan sistem pengudaraan tertutup, namun tidak semua enjin automotif mengunakan Injap PCV. Terdapat sebilangan kecil enjin automotif yang tidak mengunakan injap PCV dan mengunakan "Fixed Orifice" sebagai ganti kepada Injap PCV. Fixed orifice adalah penyekat aliran udara yang berupa lubang saluran kecil yang menyekat aliran udara. Lubang saluran yang kecil tersebut hanya dapat di lalui oleh aliran udara yang sedikit. Fixed orifice terdiri dari berbagai jenis. Ada yang di bina pada saluran aliran udara keluar pada valve / rocker cover, ada yang di masukan ke dalam hose saluran pengudaraan crankcase yang di sambungkan ke intake manifold dan ada yang menyerupai injap PCV.
Fixed Orifice Yang Menyerupai Injap PCV
Injap PCV merupakan injap yang mudah dan ringkas. Selain mengawal aliran udara yang memasuki intake manifold berdasarkan vakum pada intake manifold, ia juga berfungsi sebagai injap sehala yang hanya membenarkan aliran sehala melaluinya iaitu hanya membenarkan aliran udara dari crankcase menuju intake manifold dan menghalang aliran udara dari intake manifold menuju ke dalam crankcase. Tujuan fungsi injap sehala pada injap PCV adalah untuk mengelakan tekanan yang tinggi di dalam intake manifold ketika penghasilan boost memasuki crankcase dan menyebabkan peningkatan tekanan di dalam crankcase yang boleh mengakibatkan pelbagai masalah kepada enjin antaranya adalah kebocoran minyak pada seal dan gasket. Selain itu fungsi injap sehala pada Injap PCV adalah seakan fungsi "Flame arrester" iaitu ketika terjadinya backfire di dalam intake manifold, dimana campuran udara dan bahanapi terbakar di dalam intake manifold. Injap PCV akan tertutup bagi mengelakan udara dan bahanapi yang terbakar tersebut memasuki crankcase.
Injap PCV Ketika Backfire Di Dalam Intake Manifold
Terdapat juga injap pcv yang mempunyai pemanas (Heater) yang biasanya di gunakan pada kenderaan import. Pemanas ini terdiri daripada pemanas eletrik dan pemanas yang mengunakan coolant. Pemanas eletrik biasanya di salah angap sebagai Injap PCV elektronik kerana mempunyai sambungan wayar. Sambungan wayar tersebut adalah hanya untuk pemanas yang dibina di dalam injap. Oleh kerana pemanas ini dikawal oleh unit kawalan enjin (ECU), sekiranya terdapat kerosakan pada unit pemanas atau sekiranya wayar pada unit pemanas tidak di sambung ia akan mengeluarkan "Error Code" dan lampu "Check Engine" akan menyala. Tujuan pemasangan pemanas pada injap PCV adalah untuk mengelakan injap PCV tersekat ketika musim sejuk. Iaitu hanya untuk kegunaan di negara iklim sejuk.
Pemanas (Heater) Pada Injap PCV
Sejak awal tahun 60-an hingga kini terdapat berbagai jenis injap PCV yang di gunakan pada enjin automotif. Walaupun berlainan jenis dan bentuk, namun fungsi dan cara operasi tetap sama. Antara jenis-jenis injap PCV yang biasa digunakan pada enjin automotif adalah dari jenis yang mengunakan Plunger dan Diaphragm.
Struktur Dalaman Injap PCV Yang Menggunakan Plunger Dan Diaphragm
Injap PCV yang mengunakan plunger lebih banyak di gunakan pada kenderan keluaran asia. Injap PCV ini biasanya di pasang pada intake manifold atau pada valve / rocker cover. Injap ini perlu di ganti dengan injap yang baru mengikut jadual penyelengaraan yang telah di tetapkan oleh pembuat. Ini adalah kerana kekuatan spring injap ini akan semakin berkurangan setelah mencapai had jangkamasa pengunaan. Selain itu pengumpulan mendapan minyak dan sludge di dalam injap juga akan menjejaskan kawalan dan kadar aliran pada injap. Walaupun bentuk dan saiz injap ini adalah sama, tetapi kadar aliran pada injap ini adalah bebeza. Oleh itu ketika mengantikan injap, ia harus di gantikan dengan injap yang mempunyai spesifikasi yang sama untuk mengelakan kadar aliran pengudaraan crankcase yang terlalu tinggi atau rendah.
Injap PCV Yang Menggunakan Plunger
Injap PCV yang mengunakan diaphragm biasanya digunakan pada kereta buatan eropah. Pada injap jenis ini ada yang di bina pada valve / rocker cover, ada yang dibina sekali dengan pengasing minyak dan ada yang berasingan. Pada injap jenis ini, diaphragm, spring dan penutup diaphragm akan di tukar mengikut jadual penyelengaraan yang di tetapkan oleh pembuat.
Injap PCV Yang Menggunakan Diaphragm
Injap PCV Yang Dibina Bersama Pengasing Minyak Pada Valve Cover
Selain itu terdapat juga injap PCV yang mempunyai 2 aliran yang boleh di laras (Dual Flow Adjustable PCV Valve). Aliran pertama adalah aliran pengudaraan ketika idling dan aliran yang kedua adalah aliran untuk cruising dan kuasa penuh. Pertukaran saluran pada injap ini boleh di laraskan berdasarkan kadar vakum pada intake manifold untuk pertukaran dari idling ke cruising. Kadar aliran udara daripada crankcase ke intake manifold ketika idling dan cruising juga boleh dilaraskan berdasarkan vakum pada intake manifold.
Injap PCV 2 Aliran Boleh Laras
Tujuan utama pengunaan Injap PCV dua aliran boleh laras ini adalah untuk menyesuaikan kadar aliran pengudaraan crankcase bagi enjin yang telah diubahsuai. Selain itu dengan pelarasan yang betul ia juga boleh di gunakan untuk menambah baik kadar aliran udara pada sistem pengudaraan crankcase bagi enjin yang tidak di ubahsuai.
Saiz Injap PCV Dan Injap PCV Boleh Laras
Untuk asas operasi injap PCV, sila rujuk post Asas Operasi Injap PCV. dan untuk simptom- simptom masalah pada injap PCV sila rujuk post Simptom-Simptom Masalah Pada Injap PCV.