Pengasing Minyak Dan Udara (PCV Oil Separator)

PCV Oil Separator adalah pengasing minyak dan udara pada Sistem Pengudaraan Crankcase. Ia adalah antara komponen penting pada Sistem Pengudaraan Crankcase yang berfungsi untuk memerangkap wap minyak dan oil mist yang keluar dari dalam crankcase mengikuti aliran udara pada saluran pengudaraan crankcase semasa proses pengudaraan crankcase . Wap minyak dan oil mist yang terperangkap pada oil separator kemudiannya disalur semula ke dalam crankcase. Oil mist boleh dirujuk sebagai minyak pelincir yang masih dalam bentuk cecair pada titisan yang bersaiz halus yang terkandung pada udara. Saiz titisan minyak tersebut adalah terlalu halus dan sekiranya kandungan oil mist pada udara adalah tinggi ia akan kelihatan seperti kabus.

Fungsi oil separator adalah lebih kepada untuk memerangkap oil mist dan dalam masa yang sama terdapat juga wap minyak pelincir yang terkondensasi di dalam oil seperator lalu bertukar menjadi minyak dan di kembalikan ke dalam crankcase. Selain itu kadar kecekapan oil seperator adalah tidak 100%, iaitu terdapat juga wap minyak pelincir dan oil mist yang keluar melepasi oil seperator mengikut aliran pengudaraan crankcase menuju ke ruang pembakaran. 

Kadar kecekapan oil seperator telah dipadankan mengikut kesesuaian untuk sesebuah enjin. Ini adalah bertujuan untuk mengelakan oil seperator berfungsi dengan terlalu cekap sehingga menyebabkan wap bahanapi yang tidak terbakar sepenuhnya yang terkandung dalam gas blowby terkondensasi pada oil separator dan berubah menjadi minyak yang kemudiannya di salurkan ke dalam crankcase. Minyak daripada bahanapi yang tidak terbakar sepenuhnya ini akan mencemarkan minyak pelincir dan menurunkan kualiti minyak pelincir yang akan mengakibatkan peningkatan kadar hakisan dan pembentukan mendapan sludge di dalam enjin.

4 kaedah yang biasa di gunakan pada enjin automotif untuk mengasing minyak dan udara adalah Labyrinth, Impactor, Cyclone dan Centrifugal. Pada kaedah labryrith, ruang dalaman separator dipisahkan dengan partition plate untuk membentuk saluran yang panjang bertujuan untuk memisahkan minyak secara gravity.  Ketika udara yang mengandungi oil mist melalui laluan tersebut, kandungan oil mist akan semakin padat pada bahagian bawah laluan tersebut disebabkan oleh daya tarikan gravity. Dengan kadar kepadatan oil mist yang semakin tinggi pada bahagian bawah saluran mengakibatkan oil mist bercantum dan saiz titisan minyak menjadi semakin besar dan bertambah berat menyebabkannya menitis di lantai separator dan kemudiannya mengalir ke dalam crankcase. 


Kaedah Labyrinth dan Kaedah Impactor Yang Digunakan Pada Enjin Automotif
Pada oil seperator yang mengunakan kaedah impactor pula, pengunaan plat pelangaran (collision plate) di gunakan sebagai penghalang kepada aliran udara yang lalu di dalam separator bertujuan untuk memisahkan oil mist yang terkandung di dalam udara ketika aliran udara yang mengandungi oil mist melanggar collision plate. Pelangaran aliran udara yang mengandungi oil mist dengan collision plate mengakibatkan kepadatan oil mist menjadi tinggi pada bahagian tertentu di sebabkan oleh inertia pada oil mist. Kepadatan yang tinggi ini mengakibatkan oil mist bercantum dan saiz titisan minyak menjadi semakin besar dan bertambah berat menyebabkannya menitis ke bahagian bawah separator dan kemudiannya mengalir ke dalam crankcase.

Kaedah Cyclone Yang Mengunakan Silinder Tirus Dan Tiub Melingkar
Pada oil separator yang mengunakan kaedah cyclone, biasanya mengunakan silinder tirus atau tiub melingkar. Pada silinder tirus, aliran udara laju yang masuk ke dalam ruang silinder akan berputar di dalam silinder dan putaran udara yang mengandungi oil mist di dalam silinder akan mengakibatkan kadar kepadatan oil mist akan tinggi pada bahagian dinding silinder. Ini adalah di sebabkan oleh perubahan arah aliran udara yang berputar menyebabkan oil mist yang terkandung di dalam udara menuju ke dinding silinder disebabkan inertia pada oil mist . Kepadatan oil mist yang tinggi pada dinding silinder ini akan menyebabkan oil mist pada dinding silinder bercantum dan saiz titisan menjadi semakin besar yang kemudiannya akan mengalir ke bawah silinder disebabkan daya tarikan gravity dan seterusnya di salurkan ke dalam crankcase.

Pada oil separator yang mengunakan tiub melingkar, aliran udara yang mengandungi oil mist mengalir dalam tiub melingkar akan menyebabkan oil mist berkumpul pada bahagian dinding tiub. Ini adalah disebabkan oleh oil mist yang terkandung dalam udara menuju ke dinding tiub disebabkan oleh inertia pada oil mist ketika  aliran udara yang mengalir secara melingkar. Kepadatan oil mist yang tinggi pada dinding tiub akan menyebabkan oil mist bercantum dan saiz titisan menjadi semakin besar yang kemudiannya akan mengalir ke bahagian bawah tiub yang kemudiannya akan mengalir melalui bahagian bawah tiub menuju ke ruang takungan dan di salurkan ke dalam crankcase.

Kaedah Centrifugal Yang Digunakan Pada Enjin Automotif
Bagi oil separator yang mengunakan kaedah centrifugal atau dikenali sebagai empar. Aliran udara yang mengandungi minyak di putarkan dalam ruang yang berputar untuk memisahkan minyak dengan mengunakan daya empar (Centrifugal Force). Ketika udara yang mengandungi oil mist berputar di dalam pemutar, oil mist akan berkumpul pada dinding pemutar di sebabkan oleh inertia pada oil mist. Oil mist pada dinding pemutar kemudianya bercantum dan saiz titisan menjadi semakin besar sehingga membentuk lapisan minyak pada dinding pemutar yang kemudiannya keluar melalui saluran keluar pada dinding pemutar dan berkumpul pada dinding ruang pengumpulan dan kemudianya mengalir ke bahagian bawah ruang pengumpulan disebabkan tarikan gravity dan seterusnya di salurkan ke dalam crankcase.

Untuk jenis-jenis oil separator yang digunakan pada enjin automotif dan kaedah pengasingan yang digunakan pada oil separator tersebut. Sila lihat post Jenis-Jenis Pengasing Minyak dan Udara Yang Digunakan Pada Enjin Automotif.