Bagi enjin yang telah diubahsuai dan menghasilkan kuasa yang jauh lebih tinggi daripada kuasa asal, kadar aliran pengudaraan crankcase juga harus ditingkatkan dengan menggantikan injap PCV asal kepada injap PCV yang mempunyai kadar aliran yang bersesuaian. Walaupun terdapat banyak jenis injap PCV yang mempunyai kadar aliran yang berbeza. Namun bukan mudah untuk memilih atau meneka injap PCV yang terbaik dan paling sesuai untuk dipadankan dengan enjin yang telah diubahsuai. Ini adalah kerana kadar aliran pada injap mestilah bersesuaian ketika idling, cruising dan ketika enjin menghasilkan kuasa maksimum. Untuk mendapatkan injap PCV yang bersesuaian ianya akan memakan masa yang agak lama kerana terlalu banyak injap PCV yang perlu dicuba untuk dipadankan pada enjin sehingga mendapatkan injap PCV yang sesuai.
Injap PCV Dua Aliran Boleh Laras (Dual Flow Adjustable PCV Valve)
Dengan adanya Injap PCV 2 Aliran Boleh Laras (Dual Flow Adjustable PCV Valve). Ianya memudahkan kerja-kerja menaiktaraf sistem pengudaraan crankcase. Walaupun berharga agak mahal berbanding dengan injap PCV biasa, namun ianya adalah amat berbaloi dengan jumlah masa yang dapat dijimatkan dengan mengelakan proses mencuba memadankan dan menguji satu-persatu Injap PCV pada enjin sehingga mendapatkan injap PCV yang sesuai. Selain itu sekiranya terdapat pengubahsuaian pada enjin yang memerlukan pelarasan pada aliran pengudaraan crankcase pada masa akan datang, injap ini hanya perlu dilaraskan mengikut kesesuaian. Tidak seperti pengunaan injap PCV biasa yang perlu ditukar dengan injap PCV yang bersesuaian.
Rupa Bentuk Injap PCV Dua Aliran Boleh Laras
Setakat ini, Injap PCV 2 Aliran Boleh Laras (Dual Flow Adjustable PCV Valve) ini hanya dikeluarkan oleh sebuah syarikat sahaja iaitu M/E Wagner Performance. Syarikat M/E Wagner Performance diasaskan pada tahun 2012 di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Proses penyelidikan dan pembangunan untuk membangunkan injap ini telah dimulakan lebih awal lagi iaitu sebelum syarikat ini ditubuhkan. Setelah 10 tahun melalui proses penyelidikan dan pembangunan, ahirnya pada tahun 2016 injap ini berjaya di patenkan di Amerika Syarikat. Pengeluaran injap ini pada tahun 2016 adalah agak lewat bagi industri automotif. Adalah lebih baik sekiranya injap ini telah di keluarkan ketika tahun 70-an atau 80-an dimana injap ini amat di perlukan iaitu ketika enjin masih mengunakan karburetor.
Komponen Dalaman Injap PCV Dua Aliran Boleh Laras
Perumah injap ini diperbuat daripada Aluminium 6061-T6 iaitu metarial yang kuat dan ringan yang lebih dikenali sebagai aluminium gred pesawat. Pada injap ini plunger di gantikan dengan pengunaan bebola besi (check ball). Fungsi injap sehala adalah lebih baik dengan pengunaan bebola besi. Ia dapat menghalang aliran berbalik dengan lebih baik terutamanya ketika penghasilan boost. Selain itu pengunaan berbola besi juga adalah lebih baik bagi menghalang campuran bahanapi yang terbakar di dalam intake manifold daripada memasuki crankcase ketika backfire pada intake manifold.
Injap ini mempunyai 2 litar saluran yang digunakan mengawal kadar aliran udara ketika idling dan ketika cruising. Kadar aliran udara ketika idling dan cruising boleh di laras dan takat perpindahan dari litar idling ke cruising juga boleh di laras. Pelarasan pada injap ini dilakukan dengan berpandukan pada vakum.
Pelarasan Injap PCV Dengan Mengunakan Meter Vakum
Bagi enjin yang mempunyai vakum yang tidak stabil atau kadar vakum terlalu rendah. Injap ini boleh ditukarkan pada konfigurasi fixed orifice hanya dengan mengeluarkan spring daripada injap. Pada fixed orifice mode, kadar aliran pengudaraan adalah tetap pada semua tahap operasi enjin dan litar saluran idling di gunakan secara sepenuhnya pada pada konfigurasi ini. Walaupun beroperasi pada konfigurasi fixed orifice. Fungsi injap sehala ketika boost di hasilkan dan pelindungan ketika backfire pada intake manifold adalah tetap berfungsi sepenuhnya.
Kofigurasi Fixed Orifice Dengan Mengeluarkan Spring
Selain untuk digunakan pada enjin yang telah diubahsuai. Injap PCV boleh laras ini juga sesuai di gunakan pada semua jenis enjin standard yang mengunakan injap PCV terutamanya pada enjin lama dimana injap PCV sukar untuk di dapati atau sudah tidak di keluarkan lagi.
Alatganti Berupa Repair Kit / Rebuild Kit
Sekiranya berlaku kerosakan pada injap PCV boleh laras ini. Alatganti bagi injap ini berupa repair kit atau rebuild kit ada di keluarkan oleh pengeluar. Selain itu adapter / tapak turut di keluarkan oleh pengeluar yang boleh didapati dalam pelbagai jenis dan saiz.