Kelemahan Kereta Rendah (Lowered) Yang Perlu Diketahui Sebelum Melowered Kereta

Tujuan utama melowered kenderaan adalah untuk meningkatkan kestabilan kenderaan dengan merendahkan pusat graviti kenderaan. Ia juga dikatakan dapat meningkatkan kecekapan brek. Selain itu ia juga meningkatkan penampilan kenderaan. Memang tidak dinafikan penampilan kenderaan yang di lowered adalah agak menarik dan bergaya tambahan lagi jika dipadankan dengan pengunaan Sport rim. 

Proton Iswara Yang Direndahkan (Lowered) Bagi Menyerlahkan Penampilan  

Terdapat berbagai cara untuk melowered kenderaan. Antaranya adalah melalui pegunaan spring rendah, pengunaan adjustable suspension dan ada juga yang memotong spring asal bagi memendekan spring atau memanaskan spring asal dan kemudiaannya dimampatkan supaya spring menjadi lebih pendek.

Walaupun dengan berbagai cara yang boleh dilakukan untuk merendahkan kereta dan ianya boleh direndahkan pada berbagai tahap ianya tetap mempunyai kelemahan dan keburukan. 

Keadaan di jalan raya adalah jauh berbeza daripada keadaan di dalam trek. Memang pada asalnya setiap jalan dibina dengan baik. Namun lama kelamaan disebabkan pelbagai faktor keadaan jalan akan menjadi tidak rata, berlubang dan beralun. Ini berbeza dengan keadaan di dalam trek dimana keadaan jalan sentiasa dalam keadaan baik. Merendahkan kereta untuk kegunaan di jalan raya dan untuk pemanduan harian mempunyai banyak kelemahan dan keburukan dan mungkin juga tujuan asal yang lain seperti untuk meningkatkan kestabilan dan meningkatkan kecekapan brek mungkin tidak dapat dicapai. Merendahkan kenderaan bagi digunakan di jalan raya terutamanya untuk pemanduan harian adalah lebih banyak kelemahan dan keburukan daripada kebaikannya. Antara keburukan dan kelemahannya adalah seperti berikut.

Spring yang rendah mempunyai kadar penyerap hentak yang rendah. Semakin rendah spring yang digunakan maka semakin rendah kadar penyerap hentakan. Fungsi penyerap hentak yang berkurangan mengakibatkan kenderaan menjadi kurang selesa dan kurang stabil serta merbahaya digunakan pada jalan yang tidak rata dan beralun terutamanya ketika kelajuan tinggi.

Fungsi penyerap hentakan yang berkurangan mengakibatkan tekanan berlebihan pada komponen lain seperti rim, tayar, komponen suspension dan chassis yang memendekan jangkahayat komponen-komponen tersebut. Tekanan berlebihan pada komponen suspension terutamanya pada lower arm akan memendekan jangkahayat bush dan ball-joint lower arm dan begitu juga pada komponen suspension yang lain.

Fungsi penyerap hentak yang berkurangan juga mengakibatkan hentakan turut mengetarkan komponen yang lain serta menjejaskan komponen dalaman seperti tingkap kuasa (power window) panel meter dan lain-lain lagi. Selain itu lama kelamaan ia turut menjadikan kemasan dalaman kereta menjadi longgar dan bergetar terutamanya pada trim pintu dan dashboard.

Hentakan ini juga turut memendekan jangkahayat mounting enjin. Selain memendekan jangkahayat mounting enjin hentakan yang kuat ketika enjin beroperasi juga memudaratkan enjin dan mengakibatkan berlakunya kerosakan pada enjin. Hentakan yang kuat juga dikatakan menjadi antara penyebap utama yang mengakibatkan berlakunya kebocoran gas pada sistem penyaman udara.

Bagi kenderaan pacuan roda hadapan (front wheel drive) yang direndahkan akan mengakibatkan CV Joint pada driveshaft beroperasi diluar tahap kecondongan yang efektif dan ini akan mengakibatkan beban putaran ketika drive shaft memutarkan roda dan memendekan jangkahayat CV Joint pada driveshaft.

Pelarasan chamber atau meluruskan kecondongan tayar perlu dilakukan setelah kenderaan di rendahkan terutamanya pada bahagian tayar hadapan. Pada bahagian tayar belakang pula ianya bergantung pada jenis sistem suspension yang digunakan. 

Kereta yang direndahkan akan mengakibatkan bahagian bawah kereta dan komponen yang rendah lebih terdedah untuk berlangar dengan jalan terutamanya pada jalan yang tidak rata dan ketika menaiki bongol. Kebiasaanya kereta yang direndahkan mudah untuk mengalami kebocoran pada oil sump pan. Kebocoran minyak pelincir enjin sekiranya tidak disedari akan mengakibatkan kerosakan yang teruk pada enjin. Selain itu komponen lain seperti lower arm dan chasis pada bahagian bawah kenderaan juga terdedah untuk berlanggar dan bergesel dengan jalan yang mengakibatkan bahagian bawah kemek dan tercalar. Calar pada bahagian bawah kenderaan akan mengakibatkan karat yang merebak dan membesar secara berterusan dan melemahkan chassis.  

Kelemahan kereta yang di rendahkan adalah semakin ketara ketika membawa muatan penuh, kelajuan tinggi dan ketika digunakan di jalan yang tidak rata. Dalam keadaan ini kestabilan dan keselesaan  kenderaan berkurangan dengan ketara dan lebih mudah untuk hilang kawalan berbanding dengan kereta pada ketinggian asal. Selain itu kegagalan atau kerosakan komponen boleh terjadi serta merta ketika terlanggar lubang yang agak besar dan mengakibatkan kenderaan hilang kawalan sepenuhnya.

Kesimpulannya, merendahkan kereta yang digunakan di jalanraya dan untuk pemanduan harian adalah kurang sesuai dan ianya akan memendekan jangkahayat komponen-komponen lain. Selain tidak selesa digunakan pada jalan yang kurang rata atau kurang elok ia juga adalah merbahaya untuk di gunakan pada jalan yang kurang elok. Kenderaan yang direndahkan juga tidak sesuai dinaiki oleh wanita mengandung, bayi, kanak-kanak dan warga emas.