Adjustable Fuel Pressure Regulator Berserta Fuel Pressure Gauge
Kawalan tekanan yang berpandukan pada vakum atau tekanan pada intake manifold ini juga terdapat pada sesetengah fuel pressure regulator asal yang dipasang pada fuel rail. Kawalan tekanan ini membolehkan tekanan bahan api di tingkatkan sedikit berdasarkan keperluan enjin terutamanya ketika pedal minyak ditekan, ketika accelerate, ketika enjin membawa beban berat dan ketika turbo menghasilkan boost.
Adjustable fuel pressure regulator juga boleh di gunakan untuk mengawal tekanan bahan api pada tekanan tetap (constant pressure) pada setiap masa tanpa perlu menaikan tekanan bahanapi pada masa-masa tertentu. Ini adalah seperti fungsi fuel pressure regulator asal yang digunakan pada sesetengah kenderaan terutamanya bagi fuel regulator yang terdapat di dalam tanki petrol. Tekanan constant merupakan tekanan yang tetap dan tidak berubah-ubah. Terdapat sesetengah unit kawalan enjin (ECU) yang memerlukan tekanan bahanapi yang constant untuk membolehkan enjin beroperasi dengan lebih efisyen. Untuk membolehkan fuel regulator mengawal tekanan bahan api secara constant, hose vakum / boost diaphragm pada fuel pressure regulator tidak disambungkan ke intake manifold. Dengan tidak menyambung hose ini, fuel pressure regulator tidak akan menerima isyarat dalam bentuk vakum atau tekanan (boost) untuk menaikan dan menurunkan tekanan dan fuel pressure regulator akan mengawal tekanan bahanapi pada satu tekanan yang telah di tetapkan secara constant.
Antara kelebihan pengunaan adjustable fuel pressure regulator adalah ianya dapat meningkatkan tekanan bahanapi bagi membolehkan penyuntik bahan api menghasilkan semburan yang lebih baik. Semburan yang baik ini dapat meningkatkan kecekapan pembakaran bahanapi dan meningkatkan penghasilan kuasa enjin serta menjimatkan pengunaan bahan api.
Selain itu terdapat juga pengubahsuaian yang dilakukan pada enjin yang memerlukan pengunaan adjustable fuel pressure regulator untuk meningkatkan tekanan bahan api bagi memadankan dengan pengubahsuaian tersebut.
Pemasangan adjustable fuel pressure regulator adalah agak mudah namun ia sebaiknya dilakukan oleh pakar atau individu yang berpengalaman. Ini adalah kerana pemasangan fuel pressure regulator perlu dilakukan dengan betul dan cermat bagi mengelakan kebocoran bahanapi yang boleh mengakibatkan kebakaran. Pemasangan fuel pressure regulator memerlukan adaptor, hose, klip. Adapter adalah di perlukan bagi fuel pressure regulator dari jenis universal untuk dipasang pada fuel rail bagi menggantikan fuel pressure regulator asal dan penyambungan dibuat dari adapter ke adjustable fuel pressure regulator melalui hose.
Pemilihan fuel pressure regulator yang berkualiti serta hose dan klip yang berkualiti amat penting bagi mengelakan berlakunya kebocoran petrol yang boleh mengakibatkan kebakaran. Selain itu lokasi pemasangan fuel pressure regulator mestilah di tempat yang jauh dari sumber haba yang tinggi bagi memanjangkan jangkahayat fuel pressure regulator dan mengelakan berlakunya kebakaran sekiranya berlaku kebocoran.