1. Pastikan kereta tidak pernah di ubah suai.
Kereta yang sudah di ubah suai tidak sesuai untuk pengunaan harian. Ini kerana kereta ini tidak selesa dipandu dan kurang selamat. Selain itu setiap ubah suai yang dilakukan masing-masing mempunyai kesan sampingan jangka pendek dan jangka panjang. Sebagai contoh: Ubahsuai mengunakan lowerd spring atau spring rendah akan mengakibatkan seluruh sistem suspensi mengalami tekanan yang berlebihan dan akan memendekan jangkahhayat semua komponen suspensi. Selain itu ia juga memberi tekanan berlebihan kepada bahagian chasis yang boleh mengakibatkan retakan halus pada chasis atau pada kimpalan atau sambungan chasis.
2. Pastikan kereta mempunyai rekod servis dan penyelengaraan yang baik.
Kereta yang di selengara dan di servis dengan baik mengikut jangkamasa yang ditetapkan akan sentiasa berada dalam kondisi yang baik.
3. Pastikan kereta tidak pernah mengalami kemalangan teruk.
Kereta yang pernah mengalami kemalangan yang teruk biasanya mempunyai kecacatan pada chasis. Kecacatan yang sedikit masih dapat melepasi ujian puspakom. Kereta yang mempunyai kecacatan pada chasis biasanya tidak stabil kerana chasis sudah tidak lurus lagi.
4. Pastikan bahagian bawah kereta Undercarriage berada dalam keadaan baik.
Pastikan bahagian bawah kereta tiada kemek tiada keretakan, tiada kimpalan atau tampalan, tiada bahagian yang berkart dan tidak ada tanda2 kereta terdedah kepada air masin iaitu karat yang teruk dan tidak ada banyak calar yang menandakan kereta banyak di gunakkan di jalan off road.
5. Pastikan kereta bebas dari ditengelami banjir.
Agak sukar untuk memeastikan kenderaan bebas dari banjir ini kerana perlu untuk membuka panel pintu untuk melihat tanda2 kereta pernah di masuki air. Kereta yang pernah ditengelami banjir selalunya bermasalah dengan komponen eletrik dan eletronik. Selain itu kereta yang pernah di tengelami banjir kebiasaanya akan berkarat di bahagian-bahagian yang sukar untuk di lihat seperti di dalam panel pintu, belakang dashboard dan lain-lain tempat yang terlindung.
6. Pastikan mileage bersesuaian dengan harga.
Mileage adalah berkait rapat dengan nilai atau harga pasaran kenderaan. Kenderaan yang mempunyai mileage yang tinggi mempunyai nilai atau harga pasaran yang agak rendah. Kenderaan yang mempunyai mileage yang rendah mempunyai nilai atau harga pasaran yang tinggi. Sekiranya anda membeli kereta daripada syarikat kereta terpakai pastikan meter mileage tidak di ubah perbatuan nya. Untuk pengetahuan anda mileage untuk meter digital dan analog tetap dapat di ubah. Terdapat segelintir penjual kereta terpakai mengubah atau merendahkan mileage kereta bertujuan untuk menjual kereta dengan harga yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan lebih.
7. Pandu uji kereta. Sebelum membeli kereta pastikan anda telah pandu uji kereta tersebut. Pastikan kereta tersebut dapat di pandu dengan selesa dan tidak ada kedengaran bunyi yang tidak normal. Pastikan juga enjin beroperasi dengan lancar dan tidak ada gegaran yang tidak normal. Pastikan pertukaran gear lancar, pastikan steering tiada free play dan tidak terasa longgar dan sistem brek berada dalam keadaan baik dan tidak mengeluarkan bunyi dan gegaran ketika membrek. Dan pastikan sistem suspensi berada dalam keadaan baik dengan memandu di kawasan yang tidak rata dan pastikan sistem suspensi tidak mengeluarkan bunyi yang tidak normal.
8. Dengar bunyi enjin dan perhatikan keadaan enjin.
Untuk mendengar bunyi enjin pastikan anda mendengar bunyi enjin ketika enjin masih sejuk dan setelah enjin panas. Pastikan enjin tidak berbunyi kasar dan tidak ada bunyi yang tidak normal kedengaran. Perhatikan juga sekiranya ada kesan-kesan tumpahan minyak di sekitar enjin. Dan pastikan enjin tidak mengeluarkan bau yang pelik ketika enjin panas.
9. Pastikan ekzoz tidak mengeluarkan asap.
Perhatikan ekzoz dan pastikan ekzoz tidak mengeluarkan asap ketika idling dan rpm tinggi. Tekan minyak sehingga rpm tinggi dan pastikan ekzoz tidak mengeluarkan asap hitam atau putih. Enjin yang berada dalam keadaan baik tidak mengeluarkan asap walaupun sedikit.
Untuk mendengar bunyi enjin pastikan anda mendengar bunyi enjin ketika enjin masih sejuk dan setelah enjin panas. Pastikan enjin tidak berbunyi kasar dan tidak ada bunyi yang tidak normal kedengaran. Perhatikan juga sekiranya ada kesan-kesan tumpahan minyak di sekitar enjin. Dan pastikan enjin tidak mengeluarkan bau yang pelik ketika enjin panas.
9. Pastikan ekzoz tidak mengeluarkan asap.
Perhatikan ekzoz dan pastikan ekzoz tidak mengeluarkan asap ketika idling dan rpm tinggi. Tekan minyak sehingga rpm tinggi dan pastikan ekzoz tidak mengeluarkan asap hitam atau putih. Enjin yang berada dalam keadaan baik tidak mengeluarkan asap walaupun sedikit.