Tukar Bearing Pulley Pada Belt Tensioner Honda City TMO

Fan Belt Tensioner Honda City TMO GM1

Fan Belt tensioner berfungsi sebagai penegang belting (tali sawat). Fan belt tensioner yang digunakan pada model Honda City TMO adalah dari jenis tegangan spring (Spring loaded tensioner)  Kerosakan yang biasa terjadi pada tensioner jenis ini biasanya adalah kerosakan bearing pulley. 

Untuk model tensioner jenis ini biasanya sekiranya terdapat kerosakan pada bearing pulley, hanya bearing pulley yang perlu di tukar dan alat ganti untuk bearing pulley boleh didapati. Sekiranya semua komponen lain pada belt tensioner masih baik dan tegangan spring masih baik maka tidak perlu untuk menukar dengan satu set fan belt tensioner. Selain itu untuk kos yang lebih rendah sekiranya keadaan pulley masih baik maka hanya bearing pada pulley sahaja yang perlu di ganti.

Tanda kerosakan awal pada bearing pulley adalah bearing pulley mula longgar.  Ketika enjin di matikan bearing pulley yang menegangkan belting boleh di gerakan tanpa menggerakan tensioner arm.  bearing pulley mula longgar dan boleh di gerakan dengan tangan ke kiri dan kanan dan ke atas dan kebawah tanpa mengerakan tensioner arm. Bearing pulley yang masih baik adalah ketat dan tidak longgar antara bearing pulley dan tensioner arm atau tiada free play antara bearing pulley dan tensioner arm. Selain itu, tanda lain kerosakan pada bearing pulley adalah ia mula mengeluarkan bunyi yang geseran ketika enjin di hidupkan. Bearing pulley yang longgar juga boleh menyebabkan belting rosak akibat daripada belting tidak sejajar antara pulley.

Setelah mengesan kerosakan pada bearing pulley, bearing pulley harus di ganti dengan segera bagi mengelakan kerosakan yang lebih serius yang boleh mengakibatkan kerosakan pada fan belt tensioner dan belting. Bearing pulley yang longgar akan menjadi semakin longgar tanpa dapat diramal jangkamasa ianya selamat untuk digunakan, sebelum keadaan bertambah buruk iaitu free play  berlebihan dan pulley mula bergesel dengan tensioner arm dan menghakis tensioner arm, atau komponen lain serta merosakan belting akibat belting tidak sejajar antara pulley. 

Ketika Bearing Pulley mengalami kerosakan, Saya tidak dapat untuk mendapatkan alat ganti bagi mengantikan satu set pulley pada waktu itu. Kebanyakan kedai alat ganti hanya ada stock untuk honda city sel dan saiz bagi kedua pulley tersebut adalah berbeza. Dengan kondisi pulley yang masih baik, hanya bearing pada pulley sahaja yang perlu di gantikan dengan bearing yang baru.

Bearing yang digunakan pada tensioner pulley honda city tmo adalah  6203LH. Bearing yang digunakan mestilah bearing yang berkualiti tinggi daripada jenama yang di percayai. Bearing asal adalah daripada jenama NTN, dan saya menggantikan dengan bearing daripada jenama KOYO.

Berikut adalah proses mengantikan bearing pada pulley:


1. Keluarkan pulley bearing daripada belt tensioner dengan menangalkan torx bolt.


2. Pastikan nombor bearing adalah sama antara bearing yang lama dan bearing baru.



3. Jack keluar bearing lama mengunakan jack hydraulic. 



4. Jack masuk bearing menggunakan hydraulic jack. Bearing yang lama boleh di gunakan sebagai alas untuk mendapatkan tekanan yang sekata pada perumah bearing bahagian luar.



5. Pasang semula pulley pada tensioner arm, pasang bearing cover dan ketatkan torx bolt.

6. Setelah selesai pasang kembali belt tensioner.

7. Untuk memanjangkan jangkahayat bearing, pastikan anda melakukan proses break in. Hidupkan enjin dan biakan enjin idling dalam masa 5 minit, kemudain hidupkan penyaman udara dan teruskan idling dalam masa 10 minit lagi. dan untuk tempoh 30 minit yang pertama, elakan memandu dengan rpm tinggi.