Turbo Timer

Turbo timer adalah komponen eletronik yang berfungsi untuk membiakan enjin terus hidup pada keadaan idling ketika suis kunci di matikan dan kereta telah di kunci (lock). Jangkamasa enjin berada pada keadaan idling setelah suis kunci di matikan adalah bergantung kepada masa yang telah di tetapkan pada turbo timer. Turbo time ini membolehkan pemandu mematikan suis kunci serta mengunci kenderaan dan membiarkan enjin idling seketika dan kemudian turbo timer akan mematikan enjin apabila telah sampai had masa yang di tetapkan. Dengan pengunaan turbo timer proses ini berjalan secara automatik tanpa memerlukan pemandu menunggu dalam kenderaan dan mematikan enjin secara manual setelah membiakan enjin berada dalam keadaan idling pada jangkamasa yang di tentukan.

Turbo timer pertama keluaran HKS (1982)

Pada tahun 1982, HKS mengeluarkan turbo timer yang pertama untuk dipasarkan, ia merupakan turbo timer yang pertama di pasarkan secara komersial di dunia. Ia di namakan turbo timer kerana pada mulanya ianya di reka adalah untuk melindungi turbocharger daripada kerosakan yang teruk akibat enjin dimatikan ketika turbocharger masih dalam keadaan terlalu panas. Walaupun pada asalnya ianya direka untuk melindungi turbocharger, dalam masa yang sama ia juga berfungsi untuk melindungi komponen-komponen enjin yang lain. Pemasangan turbo timer ini bukan sahaja bermanafaat untuk enjin turbo malah ia juga banyak memberi manafaat kepada enjin aspirasi normal (NA). Secara amnya pemasangan turbo time ini banyak memberi kebaikan untuk enjin petrol dan diesel sama ada dilengkapi dengan turbo atau aspirasi normal (NA). 

Dengan membiarkan enjin idling seketika adalah satu-satunya cara terbaik untuk menurunkan suhu enjin dan komponen utama enjin kepada suhu idling. Pada keadaan idling suhu komponen utama enjin yang terlalu panas akan turun daripada suhu maksimum kepada suhu operasi normal dan kemudian kepada suhu idling. Suhu idling merujuk kepada suhu normal yang paling rendah ketika enjin beroperasi.

Ketika enjin beroperasi, semakin tinggi beban (load) yang di tanggung oleh enjin maka akan semakin tinggi haba yang di hasilkan oleh enjin dan suhu gas ekzos juga akan meningkat sejajar dengan beban yang di tanggung oleh enjin. Begitu juga persamaannya dengan penghasilan kuasa oleh enjin. Semakin banyak kuasa yang di hasilkan maka semakin tinggi juga haba yang di hasilkan dan suhu gas ekzos juga akan meningkat sejajar dengan kuasa yang di hasilkan. Penghasilan haba yang tinggi dan suhu gas ekzos yang tinggi ini mengakibatkan suhu berberapa komponen utama enjin meningkat dengan banyak. Ketika enjin berada pada keadaan idling adalah masa dimana enjin beroperasi dengan kadar penghasilan haba yang paling rendah dan suhu gas ekzos yang dihasilkan pada masa ini juga adalah yang paling rendah. 

Dengan membiarkan enjin berada dalam keadaan idling, sistem pendinginan enjin akan menurunkan suhu komponen - komponen utama enjin daripada suhu maksimum kepada suhu idling dengan lebih cepat dan selamat kerana semasa proses pendinginan ini minyak pelincir terus mengalir dalam enjin untuk melindungi komponen enjin yang panas. Berbanding dengan mematikan terus enjin ketika komponen-komponen enjin masih berada pada suhu yang terlalu panas, proses penurunan suhu pada ketika ini adalah jauh lebih perlahan dan mengambil masa yang jauh lebih lama kerana sistem penyejukan enjin tidak berjalan dan pada masa yang sama minyak pelincir sudah tidak mengalir di dalam enjin.

Untuk makluman bagi mengelakan kekeliruan, suhu air pendingin atau coolant yang ada pada panel meter utama tidak sesuai dirujuk untuk menentukan suhu berberapa komponen-komponen utama enjin seperti cylinder head dan turbocharger yang meningkat dengan banyak ketika enjin beroperasi pada tahap maksimim. Suhu coolant adalah lebih kepada untuk memantau sistem pendinginan enjin. Ini adalah kerana sistem pendinginan enjin direka dengan kapasiti penyejukan yang tinggi dan effisyen. Sistem ini juga di reka untuk mengekalkan suhu coolant pada tahap yang ditetapkan, dengan sedikit peningkatan suhu pada coolant akan menyebabkan bukaan thermostat bertambah besar dan kitaran penyejukan menjadi semakin laju dan suhu coolant dapat di kekalkan pada tahap yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan peningkatan suhu yang tinggi pada komponen - komponen enjin tidak akan mengakibatkan peningkatan yang ketara pada suhu coolant. 

Ketika enjin beroperasi, turbin turbocharger di putarkan oleh hembusan gas ekzos yang bersuhu tinggi. Semakin tinggi kuasa yang di hasilkan maka semakin tinggi suhu gas ekzos yang dihasilkan. Hembusan gas ekzos yang bersuhu tinggi ini secara tidak langsung akan meningkatkan suhu turbocharger terutama sekali suhu komponen dalaman turbocharger seperti turbin, shaft dan bearing. Sekiranya enjin di matikan ketika turbocharger dan semua komponen dalaman turbocharger masih dalam keadaan terlalu panas ia boleh merosakan komponen dalaman turbocharger terutamanya pada bahagian bearing turbo. Selain itu minyak pelincir yang bertakung dalam turbocharger yang masih terlalu panas akan menjadi terlalu panas dan mengakibatkan minyak pelincir menjadi rosak dan membentuk mendapan minyak (Sludge). 

Antara komponen dalaman turbocharger

Selain itu suhu pada cylinder head juga akan meningkat sejajar dengan kuasa yang di hasilkan. Sekiranya enjin di matikan ketika suhu pada cylinder head masih terlalu tinggi, ini akan mengakibatkan minyak pelincir yang bertakung di cylinderhead akan menjadi terlalu panas dan ini akan menyebabkan minyak pelincir menjadi rosak dan mengakibatkan pembentukan mendapan (sludge) pada cylinderhead. Perkara ini akan memendekan jangkahayat dan menurunkan prestasi minyak pelincir. Selain itu mendapan minyak (sludge) ini akan terkumpul dalam saluran minyak pelincir dan akan mengakibatkan pengaliran minyak pelincir menjadi kurang lancar dan lama-kelamaan akan mengakibatkan saluran minyak pelincir menjadi semakin sempit dan tersumbat. Ini akan mengakibatkan kerosakan yang serius pada enjin. Situasi yang sama seperti ini juga terjadi pada bahagian crankcase.

Pembentukan mendapan pada cylinder head enjin aspirasi normal (NA).

Disamping itu mematikan enjin secara terus ketika komponen-komponen enjin masih terlalu panas juga akan mengakibatkan pemindahan haba dari bahagian yang bersuhu tinggi ke bahagian yang bersuhu rendah. Ini adalah di akibatkan oleh sistem pendinginan yang tidak beroperasi ketika enjin dimatikan mengakibat penyebaran haba dari bahagian yang bersuhu tinggi ke bahagian yang bersuhu rendah. Perkara ini akan memendekan jangkahayat komponen seperti seal dan gasket.

Jangkamasa idling bagi menurunkan suhu (cool down) komponen-komponen enjin adalah berbeza bagi setiap jenis enjin, ia bergantung kepada jenis enjin, bahan binaan komponen enjin (material), kapasiti sistem penyejukan enjin dan banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi jangkamasa menurunkan suhu (cool down) bagi sesebuah enjin. Antara jangkamasa penyejukan (cool down) yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

1 minit untuk pemanduan normal dalam jarak dekat (dibawah 1 jam pemanduan). 

3 minit untuk pemanduan laju secara berterusan dan selepas perjalanan jauh (melebihi 1 jam pemanduan).

5 minit untuk pemanduan yang ekstrim.

Pengunaan turbo timer masih memberi banyak manafaat pada enjin generasi baru, walaupun ia lebih bermanafaat pada enjin generasi lama. Ini adalah sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi pada masa kini berbanding ketika turbo timer mula di pasarkan pada tahun 1982,  Rekaan komponen-komponen enjin pada masa kini adalah jauh lebih baik dan di hasilkan dengan bahan (material) yang lebih baik berbanding pada masa dahulu. Begitu juga dengan minyak pelincir pada masa kini yang jauh lebih baik dan telah melalui banyak peningkatan dari segi kualiti, ketahanan dan prestasi berbanding minyak pelincir yang dihasilkan lebih 30 tahun dahulu.

Pengunaan turbo timer adalah bergantung kepada keperluan dan sebaiknya di elakan sekiranya tidak perlu kerana ia melibatkan pengunaan bahan api dan penghasilan gas ekzos ketika membiarkan enjin idling seketika untuk proses penurunan suhu (cool down) sebelum enjin di matikan.

Detailing Honda City TMO


Kereta honda city ini telah berusia hampir 10 tahun. Kenderaan yang banyak berjasa digunakan sebagai kenderaan harian. Kondisi honda city ini adalah masih dalam keadaan yang baik kerana dijaga dengan baik dan cermat. Setelah hampir 10 tahun berjasa tibalah masanya untuk melakukan proses detailing pada honda city ini untuk mengembalikannya kondisinya kepada seakan kondisi bilik pameraan (Showroom condition). 

Mencuci ruangan enjin

Proses detailing ini dimulai dengan mencuci ruang enjin. Proses pencucian dilakukan ketika suhu enjin tidak panas untuk mengelakan thermal shock. Setelah mengenalpasti bahagian yang sensetif kepada air untuk mengelakan bahagian tersebut daripada disembur secara terus dengan air proses penyemburan untuk membasahkan seluruh bahagian ruang enjin pun di teruskan.Proses mencuci ruang enjin ini akan melalui 5 peringkat. 

Peringkat pertama adalah menangalkan minyak dan gris yang melekat pada enjin dan ruangan enjin. Setelah enjin dan ruangan enjin di basahkan sepenuhnya kemudian degreaser disembur pada seluruh bahagian enjin dan ruangan enjin. Degreaser ini akan melarutkan minyak dan gris dan kemudian disembur dan dibilas dengan air.  Proses ini di ulang berberapa kali sehingga semua minyak dan gris tiada lagi melekat pada enjin dan ruangan enjin. Jumlah ulangan proses ini bergantung kepada tahap kekotoran enjin, jenis degreaser yang digunakan dan kepekatan campuran degreser. Degreaser tidak boleh dibiarkan terlalu lama atau mengering dan perlu di bilas sebelum 5 minit untuk mengelakan pembentukan bekas tompokan pada bahagian enjin, komponen dan ruang enjin, 

Peringkat kedua adalah mengilatkan komponen aluminium dan besi. Setelah selesai membilas degreaser bersama minyak dan gris yang larut.  Semua bahagian enjin yang diperbuat daripada aluminium dan besi yang tidak bercat disembur dengan aluminium brighter. Selepas dibiarkan selama 5 minit terus di sembur dan dibilas dengan air.

Peringkat ketiga adalah mencuci enjin, komponen dan ruangan enjin dengan cecair pencuci kereta dari jenis wash & wax untuk membersihkan daripada kotoran ia juga bertujuan untuk menyingkir sisa-sisa degreaser dan aluminium brighter yang melekat pada enjin, komponen dan ruangan enjin. Span dan berus digunakan untuk membersihkan setiap komponen, ruangan dan seluruh bahagian enjin. Sarung tangan digunakan untuk melindungi tangan daripada luka akibat bahagian-bahagian yang tajam. Setelah semua bahagian selesai dicuci dan diberus dengan cecair pencuci kereta dan kemudian terus disembur dan bilas semua bahagian dengan air.

Proses mencuci enjin

Peringkat ke empat adalah pengeringan. Seluruh bahagian dikeringkan dengan kain dan pengunaan angin termampat (compress air). Setelah dipastikan semua bahagian kering enjin di hidupkan seketika sehingga enjin panas untuk menyingkirkan lembapan daripada bahagian enjin, komponen dan ruang enjin.

Peringkat yang kelima adalah menyapu cecair pengilap tayar dari jenis armorall kepada semua bahagian dan komponen getah dan plastik untuk menjadikannya berkilat dan kelihatan seperti baru. Cecair armorall ini juga bertindak sebagai pelindung kepada komponen getah dan plastik daripada menjadi pudar dan rapuh. 



 Ruang enjin selepas di cuci

Mencuci bahagian luaran

Proses seterusnya adalah mencuci seluruh bahagian luaran termasuk bahagian bawah kenderaan (undercarriage). Proses dimulai dengan mencuci bahagian bawah (undercarriage) dan ruangan tayar dengan mengunakan pembersih bertekanan tinggi (water jet) kemudian di berus dengan cecair pencuci kereta dari jenis wash & wax dan kemudian di sembur dan dibilas dengan air sehingga bersih dan tiada lagi buih sabun.

Kemudian proses mencuci badan kenderaan dimulakan dengan mengenalpasti bahagian yang terdapat kotoran degil yang melekat seperti tar atau getah pokok. Setelah seluruh bahagian kenderaan dibasah dengan air proses membuang tar dan getah pokok di lakukan. Proses pembuangan tar lebih mudah dilakukan dengan mengunakan kerosine. Kerosine disapu pada bahagian yang terkena tar terlebih dahulu untuk melembutkan tar kemudian disental mengunakan kain dan kerosine. Bagi membuang getah pokok teknik yang mudah adalah dengan  mengunakan ais batu. Ais batu di letakan pada getah pokok yang melekat sehingga getah itu sejuk dan mengeras dan kemudian terus dikopek dengan mengunakan kad plastik secara perlahan-lahan.

Setelah selesai menangalkan kotoran degil tersebut, seluruh bahagian kereta terus dibasah semula dan dicuci dengan dengan mengunakan cecair pencuci kereta yang bukan dari jenis wash & wax  iaitu cecair pencuci kereta yang mempunyai kuasa pembersih yang optimum. Proses mencuci dimulakan daripada bahagian atas dan dan kemudian barulah bahagian bawah dan ahir sekali adalah bahagian rim dan tayar di cuci. Setelah semua bahagian dicuci kemudian disembur dan di bilas dengan air sehingga bersih. Kemudian seluruh bahagian kereta di keringkan mengunakan kain dan pada bahagian air teperangkap dan bertakung yang tidak dapat di keringkan mengunakan kain, di keringkan dengan mengunakan angin termampat (compress air).

Mencuci bahagian dalaman

Untuk mencuci bahagian dalaman dengan sempurna, tempat duduk, karpet dan berberapa panel perlu di tangalkan dan proses pencucian di lakukan di luar kenderaan. Kapert utama masih berkadaan baik dan bersih hanya perlu di bersihkan mengunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner).


Tempat duduk di tangalkan untuk pembersihan

Tempat duduk di cuci dengan bahan pencuci fabrik. Kerja mencuci tempat duduk dilakukan pada awal pagi dan cuaca hari tersebut mestilah panas supaya tempat duduk benar-benar kering pada waktu petang. Ini adalah untuk mengelakan timbulnya tompok-tompok pada tempat duduk dan tempat duduk jadi berbau akibat daripada pengeringan yang tidak sempurna.

Mencuci tempat duduk

Menjemur untuk mengeringkan tempat duduk

Setelah tempat duduk di keringkan dengan sempurna, tempat duduk di pasang semula. Kemudian seluruh getah kedap udara pada pintu, bonet, di sapu dengan cecair pengilat tayar (armourall) di ikuti dengan Panel, konsol dan dashboard di sapu dengan cecair pengilap dashboard (armorall) untuk menjadikan dashboard dan panel kelihatan seperti baru dan melindungi panel dan dashboard daripada pudar.

Pemasangan tempat duduk dan panel

Memasang lapisan pelindungan (waxing)

Masalah utama pada kereta yang berwana gelap terutama sekali warna hitam adalah garis-garis calar halus yang berpusar pada permukaan cat (swirls). Garis-garis ini adalah di sebabkan oleh proses pencucian dan pengeringan yang tidak betul serta tiada lapisan pelindung (wax) pada lapisan jernih (clear coat) untuk melindungi lapisan jernih (clear coat) daripada calar. Calar halus ini terdapat pada semua jenis warna cuma ia paling menyerlah dan ketara pada permukaan berwarna gelap terutama sekali yang berwarna hitam. 

Pemeriksaan di lakukan terlebih dahulu pada permukaan cat untuk mengenalpasti berapa banyak permukaan lapisan jernih (clear coat) yang perlu di potong melalui proses pengilapan (polish) untuk membuang garis-garis halus. Setelah diperiksa didapati cuma sedikit sahaja bahagian yang perlu di potong.  Memandangkan calar halus hanya sedikit dan tidak dalam, adalah lebih baik untuk cuba mengelakan daripada memotong lapisan jernih (clear coat) melalui proses mengilap (polish). Tujuan mengelakan proses mengilap adalah untuk mengekalkan ketebalan lapisan jernih (clear coat) untuk digilap (polish) pada masa yang akan datang sekiranya keadaan calar halus sudah benar-benar perlu digilap. Untuk menutup calar halus ini, teknik menampal lubang calar tersebut dengan wax di gunakan. Wax yang digunakan haruslah dari jenis wax yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Wax yang di gunakan adalah dari jenis cair dan disapu pada permukaan cat sehingga benar-benar kering dan kemudian di bersihkan dengan mengunakan kapas.

Proses waxing

Wax yang digunakan

Pada semua cermin juga di letakan lapisan pelindung dengan mengunakan cecair rain -x. cecair rain-x ini menjadikan cermin kenderaan kalis air dan berkilat.

Berikut adalah gambar selesai proses waxing:









Auto Detailing

Auto Detailing adalah proses pembersihan, pengilapan dan menambah lapisan perlindungan (Waxing) yang terperinci, ekstrim dan teliti pada bahagian luaran, dalaman dan ruang enjin untuk mengembalikan penampilan kenderaan seakan kondisi bilik pameraan (showroom condition).

Proses auto detailing biasanya hanya mengunakan bahan pencuci dan produk penjagaan kenderaan yang berkualiti premium untuk mendapatkan hasil berkualiti premium.

Antara produk yang digunakan dalam proses auto detailing


Proses pembersihan merujuk kepada penyingkiran zarah asing pada permukaan seperti segala kotoran, tar jalan, getah pokok dan lain-lain lagi melalui proses mencuci dengan mengunakan bahan pencuci dan teknik mencuci yang bersesuaian.

Proses pengilapan (polishing)

Proses pengilapan merujuk kepada pemotongan berberapa micrometer pada bahagian permukaan cat atau bahagian lapisan jernih (clear coat) untuk menghilangkan calar dan geseran halus dari permukaan cat. Proses pengilapan ini biasanya dilakukan mengunakan mesin pengilap dan pengunaan rubbing atau polish compound secara berperingkat bermula daripada compound yang bergred kasar kemudian gred sederhana, gred halus dan di akhiri dengan pengunaan compound dari gred yang paling halus. Pengunaan kompound ini bergantung dengan kepada berapa ketebalan permukaan yang hendak dipotong, sekiranya permukaan yang hendak di potong adalah tidak  tebal, proses pengilapan boleh dimulakan dengan mengunakan compound dari gred halus dan terus di akhiri dengan pengunaan compound dari gred yang paling halus.


Perbezaan permukaan yang belum digilap dan yang telah digilap (Polishing)

Proses menambah lapisan perlindunhan (Waxing)merupakan proses memasang lilin lapisan perlindung. Lapisan pelindung yang biasa digunakan adalah daripada jenis wax dalam bentuk pepejal atau cecair. Terdapat juga lapisan perlindung daripada jenis yang lain seperti nano coating dan ceramic coating. Tujuan utama lapisan pelindung ini adalah untuk melindungi permukaan cat. Ia juga menghalang kotoran dan benda asing daripada melekat ke permukaan cat. Dalam masa yang sama lapisan pelindung ini juga  menambah kilatan pada lapisan cat serta menjadikan permukaan cat bertambah licin.

Auto detailing di bahagikan kepada berberapa bahagian utama iaitu bahagian luar, dalaman dan enjin.

Detailing pada bahagian luaran melibatkan proses pembersihan, pengilapan dan memasang lapisan pelindung untuk seluruh bahagian luaran bermula dari badan kenderaan, trim, cermin, lampu, rim dan tayar. Pembersihan bahagian bawah kenderaan (undercarriage) juga termasuk dalam skop detailing bahagian luaran.


Proses membuka tempat duduk proton saga

Detailing pada bahagian dalaman melibatkan pembersihan bonet dan ruang penumpang. Semua bahagian dashboard, panel pintu, karpet, tempat duduk dan panel di bersihkan secara menyeluruh dan pemasangan lapisan pelindung.

Tempat duduk proton saga yang kotor sebelum dicuci

Tempat duduk proton saga yang telah selesai di cuci

Detailing pada bahagian enjin melibatkan proses pembersihan enjin dan ruangan enjin yang teliti dan memasang lapisan pelindung pada bahagian yang berkenaan.

Proses mencuci enjin perodua kenari

Sebelum detailing
Selepas detailing

Ruang enjin proton satria yang telah di detailing


Kerja-kerja mengetuk dan mengecat badan kenderaan, dan baik pulih kenderaan adalah tidak termasuk di dalam skop auto detailing.





Palam Pencucuh (Spark Plug) Tiruan


Kini sukar untuk membezakan diantara palam pencucuh (spark plug) yang asli dan tiruan. Gambar diatas menunjukan spark plug tulen (lama) dibandingkan dengan spark plug tiruan (baru). Perbezaan hanya dapat dilihat apabila membandingkan spark plug yang lama dan baru secara teliti. Setelah membuat perbandingan maka didapati spark plug baru adalah tiruan. Setiap kali pengeluar spark plug meningkakan ciri keselamatan pada spark plug dan bungkusan untuk membezakan di antara spark plug tulen dan tiruan, seperti biasa tidak lama selepas itu pihak yang mengeluarkan spark plug tiruan akan sedaya upaya meniru ciri keselamatan tersebut untuk mengelirukan pengguna. 

Perbezaan kualiti diantara spark plug yang tulen dan tiruan adalah amat ketara sekali. Spark plug yang tulen diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan melalui proses kawalan kualiti yang ketat. 

Pengunaan spark plug tiruan boleh mengundang bahaya kepada pengguna dan mengakibatkan kerosakan teruk pada enjin. Antara masalah yang sering timbul daripada pengunaan spark plug tiruan adalah misfire. Enjin misfire terjadi kerana spark plug tiruan tidak dapat berfungsi dengan baik untuk membakar campuran minyak dan bahan api pada setiap power stroke. Iaitu terdapat berberapa power stroke yang ketingalan dimana proses pembakaran minyak dan bahan api tidak terjadi akibat kegagalan atau kelambatan spark plug menghasilkan percikan.


Electrode teras pada spark plug memainkan peranan penting untuk menghasilkan percikan pada spark plug. Biasanya spark plug tiruan mengunakan electrode daripada bahan yang kurang berkualiti yang selalu mengakibatkan kejadian electrode teras cair atau pecah. Electrode teras yang cair atau pecah ini amat merbahaya kerana cairan atau serpihan ini boleh merosakan injap (valve), valve seat, dinding silinder dan dinding piston. Ia juga menjadi punca utama piston berlubang (kebiasaannya terjadi pada enjin 2 stroke). 



Selain itu spark plug tiruan juga selalu terpisah atau putus pada bahagian sambungan. Perkara ini hampir mustahil untuk berlaku pada spark plug tulen (original). Spark plug ini biasanya akan putus ketika dalam proses membuka spark plug yang telah lama di gunakan. Ia juga boleh terjadi ketika enjin sedang beroperasi. 


Sekiranya spark plug terputus begini dan bahagian thread masih tertingal pada cylinder head, ianya masih boleh dibuka dengan mengunakan special tools, screw extractor atau apa-apa alat yang sesuai mengikut kemahiran pomen / mekanik. 

Sekiranya thread spark plug yang tertingal melekat teruk pada cylinder head dan tidak dapat di buka mengunakan special tools atau peralatan yang sesuai, maka cylinder head perlu di buka untuk mengeluarkan thread yang tertinggal. Pada tahap ini kerja baik pulih melibatkan kos yang agak tinggi dan sekiranya ianya mengakibatkan kerosakan yang teruk pada thread cylinder head. Maka cylinder head perlu di ganti baru.

Adalah tidak berbaloi untuk menanggung kos baikpulih yang tinggi akibat kerosakan daripada pengunaan spark plug tiruan. Oleh itu anda dinasihatkan supaya lebih berhati-hati untuk mengelakan anda menjadi mangsa penipuan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Fungsi Coolant



Coolant adalah bahan pendingin yang mengalir secara kitaran di dalam sistem penyejukan enjin. Coolant yang mengalir melalui water jaket ke komponen enjin yang panas seperti cylinder head dan dinding silinder akan menyerap haba dari komponen tersebut ada kemudian haba tersebut akan di singkirkan apabila coolant mengalir melalui radiator. Kitaran penyerapan haba dan penyingkiran haba oleh coolant ini akan berlangsung secara terus menerus semasa enjin beroperasi.

Air membeku pada suhu 0°C dan apabila air membeku ia akan mengembang sebanyak lebih kurang 9%. Keadaan ini boleh mengakibatkan keretakan pada blok silinder dan cylinder head serta boleh mengakibatkan radiator pecah atau terbelah. Bagi pengunna yang berada di negara yang beriklim sejuk, pembekuan bahan pendingin ini dapat di elakan dengan pengunaan coolant atau lebih dikenali sebagai antifreeze coolant. Bahan utama dalam antifreeze coolan ini adalah ethylene glycol. Pengunaan antifreeze coolant ini pada nisbah campuran 50:50 dapat menurunkan takat beku coolant kepada - 37°C dan pengunaan antifreeze coolan pada nisbah campuran 70:30 iaitu 70% antifreeze coolant dan 30% air dapat menurunkan takat beku coolant sehingga ke -64°C.

Selain itu pengunaan coolant juga adalah bertujuan untuk meningkatkan takat didih bahan pendingin. Air mendidih pada suhu 100°C iaitu suhu dimana air mula meruap dan keadaan ini akan mengakibatkan air pendingin akan berkurangan akibat daripada air yang bertukar menjadi wap keluar dari sistem melalui saluran di tanki pengembangan (expension tank). Pengunaan coolant dapat meningkatkan takat didih bahan pendingin kepada 108 °C dan ini banyak membantu dalam mengatasi kehilangan coolant terutamanya pada musim panas dan ketika dalam perjalanan jauh. 

Setiap jenis coolant mengandungi bahan tambahan yang berbeza mengikut jenis dan jenama. Antara bahan tambahan yang utama yang terdapat dalam hampir semua jenis coolant adalah agen anti karat dan hakisan, agen anti buih dan agen pelincir.

Agen anti karat dan hakisan memainkan peranan yang penting di dalam sistem penyejukan enjin dengan melindungi komponen daripada pembentukan karat dan hakisan. Karat adalah musuh utama untuk sistem penyejukan enjin kerana ia bukan saja memendekkan jangkahayat komponen penyejukan dan mengakibatkan kebocoran, ia juga boleh mengakibatkan sistem penjejukan beroperasi dengan tidak efisyen. Sebagai contoh karat pada bahagian dinding silinder boleh menjadi penebat yang akan mengakibatkan coolant tidak dapat menyerap haba pada dinding silinder dengan efisyen kerana karat bertindak sebagai penebat. Ini akan mewujuadkan situasi di mana bacaan suhu coolant adalah normal tetapi suhu pada dinding silinder adalah tinggi (overheat).

Agen penghalang buih pula berfungsi untuk menghalang pembentukan buih ketika enjin beroperasi terutama sekali apabila coolant melalui pam (water pump). Pembentukan buih pada coolant akan mengakibatkan sistem penyejuka enjin menjadi tidak efisyen, kemampuan coolant menyerap dan menyingkirkan haba akan berkurangan dan sekiranya buih memenuhi bahagian thermostart ia akan mengakibatkan thermostat tidak beroperasi dan mengakibatkan suhu coolant dan enjin menjadi terlampau panas (overheat) dan mengakibatkan kerosakan yang teruk. Selain itu pembentukan buih pada bahagian sensor suhu boleh mengakibatkan bacaan suhu rendah tetapi suhu sebenar coolant adalah tinggi, ini akan mengakibatkan kipas radiator lambat atau tidak akan beroperasi untuk menyejukan coolant pada bahagian radiator.

Agen pelincir berfungsi untuk melincirkan pam (water pump), dan thremostart. Agen Pelincir ini amat penting untuk mechanical seal pada pam (water pump). Selain itu bahan pelincir ini juga melindungi komponen getah daripada mengeras.
 
Coolant boleh didapati daripada pelbagai jenis dan warna. Jenis yang banyak di pasaran pada masa ini adalah untuk enjin yang mengunakan blok silinder aluminium dan untuk enjin yang mengunakan silinder blok besi atau cast iron. Kebiasaannya warna tidak membawa sebarang maksud. Bahan perwana ini hanya untuk memudahkan untuk mengenalpasti bila berlaku kebocoran. Terdapat juga coolant yang tidak dicampur perwana iaitu berwana jernih. 

Kebanyakan pengeluar kenderaan mengesyorkan supaya coolant ini ditukar setiap 2 tahun sekali untuk memastikan setiap bahan tambahan atau agen tambahan dalam coolant ini berfungsi dengan baik.

Pemilihan coolant yang sesuai adalah amat penting. Pastikan anda memilih coolant tulen (original) dan mengikut spesifikasi yang bersesuaian untuk kenderaan anda. 

Elakan membeli coolant tiruan, coolan murah, coolant yang tidak berkualiti, dan coolant yang di jual di supermaket. Berdasarkan pengalaman peribadi, kesemua coolant tersebut adalah menghakis dan mengakibatkan pengaratan, ada sesetengah daripadanya menunjukan pengaratan yang teruk pada sistem penyejukan seawal 1 bulan, coolant bertukar dari warna hijau ke coklat dalam masa 1 bulan akibat karat. Apabila karat sudah terbentuk pada sistem penyejukan ia akan berterusan. Sekiranya ini sudah terjadi, sistem penyejukan enjin perlu kerap di flush dan diganti coolant. Ini amat berbeza dengan pengunaan coolant tulen (original) yang berkualiti dimana bahagian dalam komponen penyejukan langsung tiada karat dan masih bersih berkilat walaupun pada kenderaan yang telah berusia lebih 10 tahun.