Lightweight crank pulley

Lightweight crank pulley adalah crank pulley yang lebih ringan berberapa ratus gram daripada crank pulley standard. Lightweight crank pulley biasanya di perbuat daripada Allumanium T6061 atau T7075 iaitu aluminium alloy yang kuat dan mempunyai tensile strength yang tinggi.
Peningkatan tork dan throtle respond yang lebih baik akan dapat di rasa dengan pengunaan lightweight crank pulley di samping itu ia juga dapat menjimatkan pengunaan petrol. lightweight crank pulley sebenarnya  tidak menambah horsepower dan torq yang di hasilkkan oleh enjin. Ianya hanyalah berfungsi dengan  mengurangkan kehilangan kuasa yang di hasilkan oleh enjin akibat beban putaran.
Lightweight crank pulley terdiri daripada jenis yang mempunyai damper atau solid. Bagi jenis yang mempunyai damper terdapat getah yang menyambung  di antara 2 bahagian crank pulley. Tujuan pemasangan getah ini di antara 2 bahagian crank pulley ini adalah untuk menyerap getaran. Penyerapan getaran ini bertujuan untuk melindungi enjin daripada mengalami kerosakan atau kehausan akibat getaran ketika beroperasi. Selain itu kelebihan damper pada crank pulley ini adalah menjadi penebat haba. Haba dari crank shaft tidak dapat di salurkan ke bahagian belting kerana terdapat damper yang menghalang proses pemindahan haba. Ini dapat memanjangkan jangkahayat belting. Kelemahan Damper pada crank pulley adalah damper boleh menjadi haus dan mengecut apabila sampai pada masanya. Apabila damper menjadi haus atau mengecut crank pulley akan terbelah kepada 2 bahagian.
Dampered crank pulley


Solid crank pulley

Solid crank pulley tidak mempunyai damper untuk menyerap getaran. Enjin akan terdedah dengan risiko kerosakan dan kehausan akibat getaran ketika beroperasi. Solid crank pulley juga memindahkan haba dari crank shaft terus ke belting dan ini akan memendekan jangkahayat belting. Selain itu solid crank pulley mempunyai risiko yang tinggi untuk retak (crack) atau pecah kerana tidak mempunyai penyerap getaran.
Juga terdapat lightweight crank pulley yang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada saiz standard atau dikenali sebagai undersize crank pulley.  Crank pulley dari jenis ini adalah lebih ringan lagi daripada lightweight crank pulley yang bersaiz standard. Saiz yang kecil ini bertujuan untuk mengurangkan ratio putaran yang bertujuan untuk mengurankan kehilangan kuasa enjin untuk memutar aircond compressor, alternator dan waterpump. Dengan pengunaan undersize lightweight crank pulley  peningkatan tork dan pickup terasa amat ketara sekali. Kehilangan kuasa akibat pengunaan aircond terasa amat sedikit sahaja Cuma kelemahannya kapasiti penyejukan aircond akan menjadi kurang sejuk dan kapasiti pengecasan bateri menjadi kurang.



Fuel Pressure Regulator

Setiap enjin petrol yang mengunakan fuel injection atau sistem suntikan bahanapi ada di lengkapi dengan  fuel pressure regulator. Fuel pressure regulator biasanya terletak pada fuel rail dan  bagi sesetengah model fuel pressure regulator terletak di dalam tanki petrol iaitu dibina sekali dengan fuel pump. Fungsi fuel pressure regulator adalah untuk mengawal tekannan minyak petrol yang di hantar ke fuel injector oleh fuel pump untuk mengekalkan tekanan minyak yang konstan.
Bagi jenis fuel pressure regulator yang dibina sekali dengan fuel pump atau jenis yang dipasang di dalam tanki biasanya mengawal tekanan minyak pada satu tekanan konstant yang di tetapkan pada setiap masa. Kebiasaan 38 psi konstant pada setiap masa.
Bagi jenis fuel pressure regulator yang dipasang pada fuel rail jenis ini biasanya mengawal tekanan minyak petrol berpandukan kepada tekanan atau vakum daripada intake manifold. Tekanan minyak adalah tidak konstant kebiasaannya  dari 36 hingga 42 psi berpandukan kepada tekanan atau vakum intake manifold. Fuel regulator jenis ini meninggikan dan merendahkan tekannan minyak petrol berdasarkkan kepada keperluan enjin iaitu berpandukan tekanan atau vakum di intake manifold.

Setiap fuel pressure regulator mempunyai return line bertujuan untuk melepaskan tekanan minyak petrol yang berlebihan dan mengembalikan ke tanki petrol. Komponen utama di dalam fuel pressure regulator ialah diaphragm dan spring.
Selain itu terdapat juga fuel pressure regulator yang boleh di laras tekanan nya yang dikenali sebagai adjustable fuel pressure regulator. Adjustable fuel pressure regulator biasanya dipasang untuk meningikan tekanan minyak petrol yang di hantar ke injektor untuk mendapatkan semburan yang lebih baik. Sekiranya anda bercadang untuk memasang adjustable fuel pressure regulator, pastikan anda membeli adjustable fuel pressure regulator yang berkualiti. Ini kerana jenis yang berkualiti rendah mudah untuk mengalami kebocoran dan kebocoran petrol di bahagian enjin akan mengakibatkan kebakaran.


Panduan membeli kereta terpakai

Pemeriksaan yang teliti perlu di lakukan sebelum membeli kereta terpakai untuk mendapatkan kereta yang berada dalam kondisi yang baik dan selamat. Ini akan menyelamatkan anda daripada membeli kenderaan yang bermasalah yang mengakibatkan anda terpaksa menangung kos pembaikan dan penyelengaraan yang tinggi di samping menjadikan pergerakan anda tidak lancar dan mengakibatkan anda membazir banyak masa untuk aktiviti penyelengaraan dan pembaikan. Pemeriksaan yang teliti mengikut garis panduan yang disediakan dapat memastikan anda mendapat kereta terbaik yang dapat beroperasi dengan lancar, selesa dan selamat.
1. Pastikan kereta tidak pernah di ubah suai.
Kereta yang sudah di ubah suai tidak sesuai untuk pengunaan harian. Ini kerana kereta ini tidak selesa dipandu dan kurang selamat. Selain itu setiap ubah suai yang dilakukan masing-masing  mempunyai kesan sampingan jangka pendek dan jangka panjang. Sebagai contoh: Ubahsuai mengunakan lowerd spring atau spring rendah akan mengakibatkan seluruh sistem suspensi mengalami tekanan yang berlebihan dan akan memendekan jangkahhayat semua komponen suspensi. Selain itu ia juga memberi tekanan berlebihan kepada bahagian chasis yang boleh mengakibatkan retakan halus pada chasis atau pada kimpalan atau sambungan chasis.
2. Pastikan kereta mempunyai rekod servis dan penyelengaraan yang baik.
Kereta yang di selengara dan di servis dengan baik mengikut jangkamasa yang ditetapkan akan sentiasa berada dalam kondisi yang baik.
3. Pastikan kereta tidak pernah mengalami kemalangan teruk.
Kereta yang pernah mengalami kemalangan yang teruk biasanya mempunyai kecacatan pada chasis. Kecacatan yang sedikit masih dapat melepasi ujian puspakom. Kereta yang mempunyai kecacatan pada chasis biasanya tidak stabil  kerana chasis sudah tidak lurus lagi.
4. Pastikan bahagian bawah kereta Undercarriage berada dalam keadaan baik.
Pastikan bahagian bawah kereta  tiada  kemek  tiada keretakan, tiada kimpalan atau tampalan, tiada bahagian yang berkart dan tidak ada tanda2 kereta terdedah kepada air masin iaitu karat yang teruk dan tidak ada banyak calar yang menandakan kereta banyak di gunakkan di jalan off road.
5. Pastikan kereta bebas dari ditengelami banjir.
Agak sukar untuk memeastikan kenderaan bebas dari banjir ini kerana perlu untuk membuka panel pintu untuk melihat tanda2 kereta pernah di masuki air. Kereta yang pernah ditengelami banjir selalunya bermasalah dengan komponen eletrik dan eletronik. Selain itu kereta yang pernah di tengelami banjir kebiasaanya akan berkarat di bahagian-bahagian yang sukar untuk di lihat seperti di dalam panel pintu, belakang dashboard dan lain-lain tempat yang terlindung.
6. Pastikan mileage bersesuaian dengan harga.
Mileage adalah berkait rapat dengan nilai atau harga pasaran kenderaan. Kenderaan yang mempunyai mileage yang tinggi mempunyai nilai atau harga pasaran yang agak rendah. Kenderaan yang mempunyai mileage yang rendah mempunyai nilai atau harga pasaran yang tinggi. Sekiranya anda membeli kereta daripada syarikat kereta terpakai pastikan meter mileage tidak di ubah perbatuan nya. Untuk pengetahuan anda mileage untuk meter digital dan analog tetap dapat di ubah. Terdapat segelintir penjual kereta terpakai mengubah atau merendahkan mileage kereta bertujuan untuk menjual kereta dengan harga yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan lebih.
7. Pandu uji kereta. Sebelum membeli kereta pastikan anda telah pandu uji kereta tersebut. Pastikan kereta tersebut dapat di pandu dengan selesa dan tidak ada kedengaran bunyi yang tidak normal. Pastikan juga enjin beroperasi dengan lancar dan tidak ada gegaran yang tidak normal. Pastikan pertukaran gear lancar, pastikan steering tiada free play dan tidak terasa longgar dan sistem brek berada dalam keadaan baik dan tidak mengeluarkan bunyi dan gegaran ketika membrek. Dan pastikan sistem suspensi berada dalam keadaan baik dengan memandu di kawasan yang tidak rata dan pastikan sistem suspensi tidak mengeluarkan bunyi yang tidak normal.
8. Dengar bunyi enjin dan perhatikan keadaan enjin.
Untuk mendengar bunyi enjin pastikan anda mendengar bunyi enjin ketika enjin masih sejuk dan setelah enjin panas. Pastikan enjin tidak berbunyi kasar dan tidak ada bunyi yang tidak normal kedengaran. Perhatikan juga sekiranya ada kesan-kesan tumpahan minyak di sekitar enjin. Dan pastikan enjin tidak mengeluarkan bau yang pelik ketika enjin panas.
9. Pastikan ekzoz tidak mengeluarkan asap.
Perhatikan ekzoz dan pastikan ekzoz tidak mengeluarkan asap ketika idling dan rpm tinggi. Tekan minyak sehingga rpm tinggi dan pastikan ekzoz tidak mengeluarkan asap hitam atau putih. Enjin yang berada dalam keadaan baik tidak mengeluarkan asap walaupun sedikit.