Adjustable Cam Pulley

Adjustable cam pulley adalah cam pulley yang boleh dilaras. Tujuan melaraskan cam pulley adalah untuk mengubah kedudukan camshaft ke hadapan atau ke belakang. Ini adalah bertujuan untuk mengubah masa pembukaan injap (Valve)  dan penutupan injap (Valve) samaada melewatkan atau meng-awalkan.
Tujuan pemasangan adjustable cam pulley adalah untuk melaraskan power band iaitu untuk memindahkan tork maksimum sama ada di rpm rendah atau di rpm tinggi. Dengan melaraskan adjustable cam pulley ke hadapan (Advance) iaitu meng-awalkan masa pembukaan valve, ini akan memindahkan tork maksimum ke rpm yang rendah dan dengan Dengan melaraskan adjustable cam pulley ke belakang (Retard) iaitu melambatkan masa pembukaan valve, ini akan memindahkan tork  maksimum ke rpm tinggi.
Adjustable cam pulley tidak menambah kuasa dan tork yang di hasilkan. Ianya hanya berfungsi untuk melaraskan powerband iaitu untuk melaraskan kedudukan tork maksimum mengikut kesesuaian.




Minyak Pelincir Tiruan

Terdapat banyak minyak pelincir tiruan di pasaran. Amat sukar untuk membezakan antara minyak pelincir tiruan dengan yang asli kerana bungkusan, botol dan label adalah 99% sama. Hanya kualiti minyak sahaja yang berbeza. Terdapat segelintir peniaga mengambil peluang mengaut keuntungan yang banyak dengan menjual minyak pelincir tiruan.
Minyak pelincir tiruan kebanyakannya adalah dari  minyak pelincir yang di kitar semula atau minyak gred rendah. Pengunaan minyak pelincir tiruan boleh mengakibatkan kerosakkan yang teruk kepada enjin. Ia juga boleh memendekan jangkahayat enjin.
Tanda-tanda pengunaan minyak pelincir tiruan adalah enjin terasa kurang lancar, bunyi enjin agak kasar, peningkatan pengunaan bahan api, enjin terasa berat dan ekzoz mengeluarkan asap putih pada rpm tinggi. Selain itu minyak pelincir tiruan mempunyai jangkahayat yang pendek, enjin menjadi semakin berat, tidak lancar dalam jangkamasa yang singkat. Sekiranya anda merasakan tanda- tanda tersebut segeralah tukar minyak pelincir kenderaan anda kerana dikhuatiri anda telah mengunakan minyak pelincir tiruan yang boleh merosakan enjin.
Antara cara untuk memastikan anda mendapat minyak pelincir yang tulen adalah dengan membeli minyak pelincir dari stesen minyak seperti shell dan petronas atau melalui penjual yang di percayai. Selain itu hantar kenderaan anda untuk di servis di pusat servis yang di iktiraf (Authorise Service Centre) atau bengkel kereta / pomen yang dipercayai.



Mitos tidak mengunakan thermostat atau buang thermostat.

Terdapat sesetengah pomen atau mekanik yang menyarankan untuk buang thermostat atau tidak perlu mengunakan thermostat konon nya enjin akan beroperasi dengan lebih sejuk dan dapat mengelakan masalah overheat. Sebenarnya  tidak mengunakan thermostat akan mendatangkan lebih banyak kesan negatif.
Kesan negatif yang pertama adalah enjin akan lambat panas. Proses warm up enjin akan mengambil masa yang terlalu lama. Ini kerana aliran air terlalu laju dari block enjin dan disejukan oleh radiator dengan cepat mengakibatkan enjin lambat panas atau lambat mencapai suhu operasi yang ditetapkan.
Kesan negatif yang kedua adalah suhu enjin turun naik secara mendadak. Ketika jalan jam atau kenderaan berhenti suhu enjin akan naik mengikut tahap fan switch. Setelah kenderaan bergerak suhu enjin akan turun secara mendadak kerana alitran udara yang banyak melalui radiator akan menyerap haba dari radiator mengakibatkan suhu turun secara mendadak. Ini mempunyai banyak kesan yang negatif kepada enjin kerana setiap enjin direka untuk beroperasi pada suhu yang ditetapkan. Selain itu seperti yang anda sedia maklum logam mengembang apabila di panaskan. Tahap pengembangan logam adalah mengikut tahap kepanasan dan penurunan suhu secara mendadak boleh mengakibatkan keretakan (crack).
Kesan negatif yang ketiga adalah enjin akan beroperasi pada rich mixture mode. Rich mixture mode atau warm up mode atau lebih dikenali sebagai auto choke. Ini adalah mode dimana enjin mengunakan banyak bahan api untuk memanaskan enjin dengan cepat. Bagi kenderaan lama yang mengunakan karburetor, injap thermostat auto choke akan sentiasa terbuka selagi enjin tidak mencapai suhu operasi yang ditetapkan dan akan mengakibatkan pengunaan petrol yang banyak. Untuk kenderaan baru pula sensor cooling water tempereture akan menghantar isyarat ke ECU dan ECU akan memproses isyarat tersebut dan akan menjalankan enjin mengunakan rich micture mode. Ini  kerana ECU di program untuk menjalankan enjin pada rich micture mode sehingga enjin mencapai suhu operasi yang telah di tetapkan. Selain pengunaan petrol yang banyak atau tidak efisyen rich mixture mode juga menghasilkan pembakaran yang kurang lengkap dan menghasilkan karbon yang boleh memendekan jangkahayat spark plug dan oxygen sensor.
Buang thermostat adalah perkara yang perlu di jauhi walaupun untuk enjin yang telah di ubahsuai. Bagi injin yang telah di ubah suai biasanya akan mengunakan thermostat yang suhu bukaan nya rendah sedikit daripada thermostat asal. Biasanya perbezaan suhunya tidak melebihi 8 darjah celcius.
Untuk mengelakan masalah thermostat jam dan overheat tukar thermostat pada waktu yang ditetapkan iaitu setiap 100,000 km atau 5 tahun sekali.



Fungsi Thermostat

Fungsi thermostat adalah untuk mengawal suhu enjin. Thermostat juga memainkan peranan penting untuk memanaskan enjin. Injap thermostat hanya akan terbuka apabila suhu air mencapai suhu yang ditetapkan. Kebiasaan nya antara 78 hinga 82 darjah celcius.
Apabila suhu air melebihi tahap bukaan iaitu melebihi 82 darjah celcius injap thermostat akan terbuka dan membuka aliran air daripada block enjin ke radiator untuk di sejukan. Semakin tinggi suhu air semakin besar bukaan injap thermostat. Apabila suhu air telah turun ke 80  darjah celcius injap thermostat akan tertutup semula dan menghalang laluan air ke radiator. Apabila injap thermostat tertutup hanya sedikit aliran air yang mengalir ke radiator iaitu melalui laluan thermostat bypass.
Thermostat merupakkan komponen yang penting dalam memastikan enjin beroperasi pada suhu yang ditetapkan. Sekiranya thermostat tersekat / jam atau tidak terbuka enjin akan beroperasi pada suhu yang tinggi daripada biasa dan mengakibatkatkan enjin terlebih panas (overheat) yang akan mengakibatkan kerosakan teruk kepada enjin.




Fungsi Minyak Pelincir

1. Mengurangkan geseran, kehausan dan hakisan
Fungsi utama minyak pelincir adalah untuk mengurangkan geseran dan kehausan atau hakisan pada semua komponen yang bergerak di dalam enjin seperti bearing dan journal yang berputar. Minyak pelincir akan memenuhi ruang antara bearing dan journal yang berputar dan membentuk lapisan film untuk mengurangkan geseran  dalam masa yang sama melancarkan pergerakan bearing dan journal.

2. Medium penyejuk enjin
Selain itu minyak pelincir juga memainkan peranan sebagai medium penyejuk enjin. Aliran minyak menyerap haba dan di sejukan di oil pan.  Sesetengah enjin ada di lengkapi dengan oil cooler untuk menyejukan minyak pelincir dengan lebih efisyen. Selain itu oil cooler adalah aftermarket performance parts yang mudah di dapati dan boleh di pasang pada semua enjin untuk menyejukan minyak pelincir dengan efisyen dan dapat memanjangkan jangkahayat minyak pelincir.

3. Gas tight seal atau gasket antara piston ring dan dinding silinder
Minyak pelincir juga berfungsi sebagai gas tight seal antara piston ring dan dinding silinder. Minyak pelincir mengurangkan kebocoran  gas yang di hasilkan daripada pembakaran bahan api di antara  piston ring dan dinding silinder dan pada masa yang sama melincirkan pergerakan piston ring pada dinding silinder.

4. Egen pembersih enjin
Minyak pelincir juga merupakan ejen pembersih enjin. Aliran minyak pelincir membawa partikel kotoran dan hakisan kemudian di perangkap dalam penapis minyak (oil filter). Kandungan detergent di dalam minyak pelincir menangalkan kotoran daripada permukaan enjin dan kemudian kotoran yang mempunyai saiz partikel yang besar di perangkap dalam oil filter.