Brake switch bush / stopper honda city tmo

Brake switch bush berfungsi sebagai pelapik antara paddle brake dan suiz lampu brake dimana suis lampu brake adalah dari jenis suis tekan mati atau NC (normally close). Pedal brake sentiasa menekan suis lampu brake dan akan melepaskan suis lampu brake apabila paddle brake di tekan. Konsep ini sama dengan suis lampu pada pintu peti sejuk yang akan menyala apabila pintu peti sejuk di buka.

Selain untuk menyalakan lampu brake, suis ini juga berfungsi untuk mengawal shift lock solenoid pada transmisi automatik. dimana gear lever tidak dapat di gerakan dari P ke gear lain selagi solenoid ini tidak diaktiftan dengan menekan brake. Ini adalah fungsi keselamatan pada kenderaan automatik.

Brake switch bush / stopper yang pecah
Brake switch bush / stopper yang pecah

Brake switch stopper pada kereta honda city ini pecah, stopper ini di perbuat daripada plastic dan usia kereta telah pun lebih 12 tahun. Ketika stoper ini pecah lampu brake terus menyala disebabkan paddle brake tidak menekan suis ini. Shift lock solenoid pun berada dalam keadaan sentiasa aktif bila kunci pada posisi ON membolehkan gear di tukar dari P ke gear lain tanpa perlu menekan brake.


Brake switch honda city

Paddle brake dan suis brake ketika paddle brake ditekan 


Brake switch honda city tmo
Suis brake tidak ditekan oleh paddle brake kerana tiada pelapik antara paddle brake dan suis brake


Untuk sementara sebelum mendapatkan alat ganti, saya mengunakan kertas yang dilipat dan dibalut dengan wire tape dan di lekatkan ke paddle brake dengan wire tape sebagai alas suis brake untuk sementara. Ini kerana lampu brake sentiasa menyala walaupun kunci pada posisi off. Lampu brake yang terus menyala akan menjadi terlalu panas.

Lampu brake ketiga honda city
Lampu brake ketiga hampir cair ketika akibat dari menyala secara berterusan ketika stopper brake switch pecah


T20 W21W Bulb
Mentol lampu brake ketiga T20 21W yang mengeluarkan haba yang tinggi dan boleh mencairkan perumah lampu sekiranya menyala secara berterusan dalam jangka masa yang lama


Brake switch bush / stoper ini boleh didapati dalam berberapa jenis antaranya silicone, getah dan plastic.  saya memilih untuk mengunakan bush stoper getah.


Brake switch bush / stopper jenis getah

Pemasangan brake bush stoper ini sangat mudah. cuma tekan brake sedalam yang mungkin dan masukan lock stopper/bush ke dalam lubang paddle brake. Sekiranya jarak masih tidak cukup hidupkan enjin, ini membolehkan paddle brake ditekan lebih dalam lagi.

Brake switch bush / stopper baru yang telah dipasang


Tukar Bearing Pulley Pada Belt Tensioner Honda City TMO

Fan Belt Tensioner Honda City TMO GM1

Fan Belt tensioner berfungsi sebagai penegang belting (tali sawat). Fan belt tensioner yang digunakan pada model Honda City TMO adalah dari jenis tegangan spring (Spring loaded tensioner)  Kerosakan yang biasa terjadi pada tensioner jenis ini biasanya adalah kerosakan bearing pulley. 

Untuk model tensioner jenis ini biasanya sekiranya terdapat kerosakan pada bearing pulley, hanya bearing pulley yang perlu di tukar dan alat ganti untuk bearing pulley boleh didapati. Sekiranya semua komponen lain pada belt tensioner masih baik dan tegangan spring masih baik maka tidak perlu untuk menukar dengan satu set fan belt tensioner. Selain itu untuk kos yang lebih rendah sekiranya keadaan pulley masih baik maka hanya bearing pada pulley sahaja yang perlu di ganti.

Tanda kerosakan awal pada bearing pulley adalah bearing pulley mula longgar.  Ketika enjin di matikan bearing pulley yang menegangkan belting boleh di gerakan tanpa menggerakan tensioner arm.  bearing pulley mula longgar dan boleh di gerakan dengan tangan ke kiri dan kanan dan ke atas dan kebawah tanpa mengerakan tensioner arm. Bearing pulley yang masih baik adalah ketat dan tidak longgar antara bearing pulley dan tensioner arm atau tiada free play antara bearing pulley dan tensioner arm. Selain itu, tanda lain kerosakan pada bearing pulley adalah ia mula mengeluarkan bunyi yang geseran ketika enjin di hidupkan. Bearing pulley yang longgar juga boleh menyebabkan belting rosak akibat daripada belting tidak sejajar antara pulley.

Setelah mengesan kerosakan pada bearing pulley, bearing pulley harus di ganti dengan segera bagi mengelakan kerosakan yang lebih serius yang boleh mengakibatkan kerosakan pada fan belt tensioner dan belting. Bearing pulley yang longgar akan menjadi semakin longgar tanpa dapat diramal jangkamasa ianya selamat untuk digunakan, sebelum keadaan bertambah buruk iaitu free play  berlebihan dan pulley mula bergesel dengan tensioner arm dan menghakis tensioner arm, atau komponen lain serta merosakan belting akibat belting tidak sejajar antara pulley. 

Ketika Bearing Pulley mengalami kerosakan, Saya tidak dapat untuk mendapatkan alat ganti bagi mengantikan satu set pulley pada waktu itu. Kebanyakan kedai alat ganti hanya ada stock untuk honda city sel dan saiz bagi kedua pulley tersebut adalah berbeza. Dengan kondisi pulley yang masih baik, hanya bearing pada pulley sahaja yang perlu di gantikan dengan bearing yang baru.

Bearing yang digunakan pada tensioner pulley honda city tmo adalah  6203LH. Bearing yang digunakan mestilah bearing yang berkualiti tinggi daripada jenama yang di percayai. Bearing asal adalah daripada jenama NTN, dan saya menggantikan dengan bearing daripada jenama KOYO.

Berikut adalah proses mengantikan bearing pada pulley:


1. Keluarkan pulley bearing daripada belt tensioner dengan menangalkan torx bolt.


2. Pastikan nombor bearing adalah sama antara bearing yang lama dan bearing baru.



3. Jack keluar bearing lama mengunakan jack hydraulic. 



4. Jack masuk bearing menggunakan hydraulic jack. Bearing yang lama boleh di gunakan sebagai alas untuk mendapatkan tekanan yang sekata pada perumah bearing bahagian luar.



5. Pasang semula pulley pada tensioner arm, pasang bearing cover dan ketatkan torx bolt.

6. Setelah selesai pasang kembali belt tensioner.

7. Untuk memanjangkan jangkahayat bearing, pastikan anda melakukan proses break in. Hidupkan enjin dan biakan enjin idling dalam masa 5 minit, kemudain hidupkan penyaman udara dan teruskan idling dalam masa 10 minit lagi. dan untuk tempoh 30 minit yang pertama, elakan memandu dengan rpm tinggi.




Asas Kitaran Enjin Petrol 4 Lejang (4 Stroke)

Enjin empat lejang (4 Stroke) ialah enjin pembakaran dalaman (Internal Combustion) di mana pergerakan omboh (Piston) melengkapkan empat lejang berasingan semasa memusingkan aci engkol (Crankshaft). Lejang merujuk kepada perjalanan penuh omboh (Piston) di sepanjang silinder iaitu dalam mana-mana arah samada omboh turun atau naik.

Untuk melengkapkan kitaran 4 Lejang aci engkol (Crankshaft) akan berputar sebanyak 2 putaran dan 1 putaran aci sesondol (Camshaft). Asas kitaran 4 lejang adalah seperti berikut:

1. Lejang Masukan (Intake Stroke)

Lejang Masukan atau lebih dikenali sebagai Pengambilan. Pada lejang masukan (Intake Stroke) omboh akan bergerak kebawah bermula di pusat mati atas (T.D.C.) dan berakhir di pusat mati bawah (B.D.C.). Dalam lejang ini injap pengambilan (Intake Valve) berada dalam kedudukan terbuka dan omboh menarik campuran udara-bahan api ke dalam silinder dengan menghasilkan tekanan vakum ke dalam silinder ketika omboh bergerak ke bawah. 

2. Lejang Mampatan (Compression Stroke)

Pada lejang mampatan (Compression Stroke) Injap Ekzos dan masukan adalah tertutup dan Omboh akan bergerak ke atas daripada pusat mati bawah (B.D.C) sehingga pusat mati atas (T.D.C). Pergerakan Omboh ke atas ini adalah bertujuan untuk memampatkan campuran udara-bahan api di dalam silinder sehingga ke ruang pembakaran.

3. Lejang Kuasa (Power Stroke)

Lejang kuasa Juga dikenali sebagai lejang pembakaran atau pencucuhan. Ini adalah permulaan revolusi (Putaran) kedua kitaran empat lejang. Pada ketika ini aci engkol (Crankshaft) telah menyelesaikan revolusi 360 darjah penuh. Semasa omboh berada di pusat mati atas (T.D.C). (penghujung lejang mampatan) campuran udara-bahan api yang telah dimampatkan dinyalakan oleh palam pencucuh. Haba dan tekanan yang terhasil daripada campuran udara-bahan api yang terbakar memaksa omboh ke bawah silinder dengan kuat dan mengembalikan omboh kepada pusat mati bawah (B.D.C).

4. Lejang Ekzos (Exhaust Stroke)

Semasa lejang ekzos, omboh akan bergerak ke atas iaitu dari titik mati bawah (B.D.C) ke titik mati atas (T.D.C). Pada ketika ini injap ekzos terbuka. Pergerakan omboh ke atas ini menolak dan mengeluarkan gas yang terhasil daripada pembakaran didalam silinder ke saluran ekzos.


Animasi Kitaran 4 Lejang