Fungsi O2 Sensor (Oksigen Sensor )


Oksigen sensor (O2 Sensor) juga dikenali sebagai lambada sensor berfungsi sebagai pengukur kadar kandungan oksigen yang terdapat pada gas ekzos. Melalui bacaan oksigen sensor, Unit Kawalan Enjin (ECU) akan melaraskan kadar campuran udara dan bahan api pada kadar yang optimum bagi memastikan enjin beroperasi pada tahap yang paling efisyen dari segi penghasilan kuasa, pengunaan bahan api serta meminimunkan pencemaran pelepasan gas ekzos.

Sensor O2 mengukur kandungan oksigen yang tidak terbakar yang terkandung dalam gas ekzos. ini membolehkan unit kawalan elektronik (ECU) mengetahui nisbah udara dan bahan api (AFR - Air Fuel Ratio) semasa dan membuat pelarasan pada kadar suntikan bahan api untuk memastikan kadar campuran udara dan bahan api sentiasa berada pada kadar yang di tetapkan.

Melalui pemantauan berterusan kadar oksigen ini. O2 Sensor menjalankan peranan penting untuk mengukur campuran ini supaya sistem suntikan bahan api boleh menyesuaikan kadar suntikan bahan-api dengan sewajarnya berpandukan pada kadar yang telah ditetapkan pada Unit Kawalan Enjin (ECU). 

kadar campuran udara dan bahan api mempengaruhi kadar kandungan oksigen yang tidak terbakar yang terkandung di dalam gas ekzos. Kandungan Oksigen yang tinggi dalam gas ekzos adalah disebabkan oleh campuran bahan api yang terlalu sedikit (Lean Mixture). manakala kandungan oksigen yang terlalu rendah dalam gas ekzos pula disebabkan oleh nisbah campuran bahan api yang terlalu banyak (Rich Mixture).

Nisbah campuran udara-bahan api (Air/Fuel Ratio ) ideal bagi enjin petrol ialah 14.7:1. Ini dirujuk sebagai campuran "stoikiometrik". Iaitu 14.7 bahagian udara diperlukan untuk membakar satu bahagian bahan api sepenuhnya. Nisbah ini memastikan  bahan api  akan dibakar sepenuhnya semasa pembakaran,untuk menghasilkan tenaga yang maksimum dengan pelepasan yang minimum. dengan ini  enjin beroperasi pada tahap yang paling efisyen dari segi penghasilan kuasa, pengunaan bahan api serta meminimunkan tahap pencemaran gas ekzos.