Bolt on turbo untuk enjin karburetor

Proses bolt on turbo untuk karburetor agak sulit untuk di lakukan dan kadar tekanan (boost) turbo yang dapat di tampung oleh kaburetor standard adalah terhad tidak melebihi 0.6 bar. Walau bagaimanapun untuk mengelakan sebarang masalah, kadar tekanan/boost adalah di hadkan kepada maksimum 0.5 bar sahaja.

Bagi enjin mampatan tinggi (high compression) iaitu enjin NA (Naturally aspirated) iaitu enjin yang tidak mengunakan turbo, tekanan/boost 0.5 bar dapat menghasilkan banyak kuasa berbanding enjin mampatan rendah (low compression). oleh itu penukaran kepada piston/omboh mampatan rendah (low compression piston) adalah tidak perlu. sekiranya mengunakan omboh mampatan rendah (low compression piston) kadar kuasa yang dihasilkan adalah lebih rendah dan torque atau pick up sewaktu r.p.m rendah adalah kurang.

Untuk mengunakan omboh/piston asal iaitu omboh mampatan tinggi (high compression piston) perlu untuk mengunakan intercooler yang bersaiz besar dan mengunakan thermostat bukaan rendah (low temperature thermostat) yang beroperasi antara 70°C ke 72°C. Ini adalah untuk mengelakan masalah enjin knoking dimana enjin perlu mengunakan petrol ron 97 atau petrol yang mempunyai kadar octane lebih tinggi.

Selain itu perkara yang paling penting untuk di lakukan adalah sedikit pengubahsuaian pada sistem pemasa penalaan (Ignition timing) pada ignition distributor. untuk memastikan sistem penalaan/ ignition timing beroperasi berpandukan kepada r.p.m dan tekanan/boost. Ini adalah perkara yang wajib di lakukan untuk mengelakan kerosakan teruk seperti piston berlubang, con rod bengkok, head gasked bocor dan lain-lain.